Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
Thursday, May 14, 2020
Friday, July 5, 2013
“Islam” yang macam mana yang diketengahkan? – Bahagian Satu
Soalan ini mungkin terasa pelik bagi sesetengah orang. Ia
menjadi pelik kerana “Islam” sebenar nya hanya lah “satu” sahaja dan yang berbeza
ialah tafsiran mengenai “rupa bentuk” itu “Islam”.
Tafsiran-tafsiran ini dibuat oleh manusia dengan penggunaan
akal yang dimilikinya berdasarkan sumber-sumber yang dibaca dan dikaji oleh
nya. Lebih banyak fakta, maklumat dan sumber-sumber yang dikajinya, kemungkinan
lebih luas pandangannya untuk membuat suatu tafsiran.
Tafsiran-tafsiran yang dibuat olehnya juga dipengaruhi oleh
keupayaan intelektual serta kerajinan berfikir nya. Sarjana atau orang yang
kurang pandai mempunyai keupayaan berfikir yang kurang berbanding dengan seorang
yang lebih pandai dan rajin berfikir. Disamping itu, kebolehan si penafsir
untuk bersikap adil secara intelektual (“intellectual honesty”), kebolehan
untuk berfikir secara objektif tanpa dipengaruhi oleh prejudisnya, emosinya,
kepentingan peribadinya serta kecendurungannya juga merupakan faktor-faktor
yang boleh mempengaruhi ketepatan tafsirannya.
Iklim politik juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam sejarah manusia untuk menentukan tafsiran mana yang menjadi dominan dalam
masyarakat serta diangkat sebagai tafsiran rasmi. Maka, banyak perkara yang
mempengaruhi penafsiran apa itu “Islam” serta rupa bentuknya dalam masyarakat
tertentu.
Tafsiran mengenai Islam mungkin akan menghasilkan keputusan
yang berbeza-beza berdasarkan sumber-sumber rujukan yang digunakan.
Al-Quran sahaja?
Sebagai contoh, adakah tafsiran anda berdasarkan Al-Quran
semata-mata?
Kumpulan ini mengelar diri mereka sebagai “Quranist”,
manakala mereka dikecam oleh kumpulan lain sebagai “anti-hadith”. Kumpulan ini
merasakan bahawa tafsiran berdasarkan Al-Quran sahaja memadai kerana Al-Quran
itu wahyu Allah yang lengkap serta mudah difahami. Mereka juga merasakan bahawa setiap Muslim wajib
membaca dan memahami Al-Quran bagi dirinya kerana setiap individu bertanggungjawap
bagi dirinya sendiri. Mereka berpendapat bahawa Al-Quran memberi tafsirannya
sendiri didalam Al-Quran dan kesemua ayat-ayat didalam Al-Quran itu adalah
wahyu Allah yang sahih tanpa sebarang keraguan.
Kumpulan ini juga berpendapat orang lain tidak mungkin
memikul kegagalan atau kecuaiannya untuk memahami Al-Quran. Mereka juga
berhujah bahawa kewajiban memahami Al-Quran adalah satu usaha yang tidak boleh
didelegasikan kepada pihak ketiga.
Al-Quran dan Sunnah?
Adakah tafsiran anda Al-Quran dan Sunnah?
Sunnah pada hari ini terbuku dalam kitab-kitab “hadis” yang
digelar sebagai “Al-Sihah Al Sittah” yang
secara literalnya bermaksud “enam yang sahih” walaupun bukan kesemuanya
dianggap sahih kecuali kedua-dua koleksi yang pertama didalam senarai dibawah.
Kumpulan Shia mempunyai koleksi hadis mereka yang tersendiri.
Kumpulan Sunna Wal-Jamaah menerima
enam koleksi hadis dibawah ini sebagai yang terpenting:
- Sahih
Bukhari, dikumpulkan oleh Imam Bukhari (d. 870), mempunyai 7275 hadiths (2,602
tanpa pengulanggan)
- Sahih
Muslim, dikumpulkan oleh Muslim b. al-Hajjaj (d. 875), mempunyai 9200 (3,030
tanpa pengulangan)
- Sunan
al-Sughra, dikumpulkan oleh al-Nasa'i (d. 915)
- Sunan Abi Da'ud,
dikumpulkan oleh Abu Da'ud (d. 888)
- Sunan
al-Tirmidhi, dikumpulkan oleh al-Tirmidhi (d. 892)
- Kadang-kadang
dirujuk sebagai Al-Muwatta, dikumpulkan oleh Imam Malik (d. 796) dan
kadang-kadang Sunan Ibn Majah, dikumpulkan oleh Ibnu Majah (d. 886). Ada
juga yang menerima Sunan al-Darami sebagai yang keenam.
Hadis-hadis yang sahih dikatakan telah melalui satu proses pengsahihan
yang ketat oleh pengumpul hadis-hadis ini. Kumpulan ini berhujah, diantara lain,
bahawa Al-Quran itu tidak mudah difahami tanpa bantuan hadis-hadis didalam
banyak perkara, sebagai contoh dalam hal sembahyang lima kali sehari. Mereka
juga bergantung kepada asbabun nuzul
iaitu penulisan berkaitan dengan mengapa suatu ayat Al-Quran itu diturunkan
untuk membuat penafsiran. Dalam perbincangan mengenai asbabun nuzul juga timbul isu-isu kesahihan dan pemalsuan.
Disamping hadis-hadis yang sahih, terdapat bermacam-macam hadis
yang palsu yang telah lahir didalam didalam “sejarah Islam”. Terdapat pelbagai
sebab mengapa pemalsuan hadis (wad
al-Hadith) ini berlaku termasuk sebab-sebab kepentingan politik dan
kepentingan perkauman.
Maka amat jelas sekali bahawa bagi mereka yang mahu
bergantung kepada hadis sebagai asas, ia harus berwaspada bahawa hadis yang
dipercayai itu adalah hadis yang sahih dan tidak bertentangan dengan wahyu
Allah didalam A-Quran. Walaupun tuduhan terhadap orang lain sebagai “anti-hadith”
amat mudah, jangan pula kita menjadi penyebar hadis palsu dan melanjutkan
penipuan diatas nama Rasul.
Al-Quran, Sunnah,
Ijma’ dan Qiyas?
Disamping Al-Quran dan Sunnah, ijma dan qiyas juga membentuk “rupa
Islam” dalam masyarakat. Ijma’ dan Qias adalah hasil daripada pemikiran dan
penganalisaan para ulama agama.
Ijma dalam penggajian usul
al-fiqh bermakna persetujuan atau persepakatan kesemua sarjana-sarjana
masyarakat Muslim tanpa sebarang kekhilafan atau perbezaan pendapat dalam hal
yang berkenaan. Maka dalam konsep ijma ini, tidak ada ruang untuk sebarang
perbezaan pendapat atau persetujuan majoriti. Untuk sesuatu perkara itu dilayak
untuk menjadi hasil ijma’ ia mestilah hasil pesetujuan semua sarjana-sarjana
dalam masyarakat Muslim.
Qiyas pula merupakan proses untuk membuat suatu kesimpulan
dalam suatu perkara berdasarkan perbandingan dengan perkara lain.
Pendek kata, ijma’ dan qiyas adalah hasil daripada usaha
pemikiran dan penganalisaan ulama-ulama agama dan sarjana-sarjana pengajiaan
Islam atau kumpulan yang di panggil sebagai ahlul
fuqaha.
Pada asasnya, itulah
sumber-sumber yang boleh mempengaruhi tafsiran yang akan menghasilkan rupa
bentuk “Islam” dalam masyarakat. Pengajian usul
al-fiqh dan usul al-hadith adalah
suatu bidang yang dianggap komplek namun saya percaya saya tidak salah jika
saya katakan bahawa bidang-bidang ini adalah hasil pemikiran dan penganalisaan
ulama-ulama agama dan sarjana-sarjana agama.
Salam.
[NOTA: Sipembaca dikehendaki membuat kajiannya sendiri dan
tidak digalakkan menerima penulisan diatas tanpa selidik. Komen-komen dan
pembetulan fakta, jika ada, dialu-alukan].
Monday, March 26, 2012
Bahagian 3: Agama mengkhayalkan manusia dalam kehidupan manakala Islam atau “The Way” mengajak manusia hidup dalam realiti sebenar dunia.
Motivasi dan Niat
Memang motivasi atau niat
masing-masing untuk melakukan sesuatu berbeza. Namun apabila motivasi atau niat
ini ditafsirkan sebagai perbuatan, kesannya juga berbeza dari segi rohani dan
jasmani. Kita ambil sebagai contoh 4 jenis pekerja iaitu Encik A, B, C dan D.
Keempat-empat pekerja ini dibayar
gaji setiap bulan serta diberikan kemudahan-kemudahan tertentu oleh majikan
mereka. Keempat-empat mereka itu menandatangani atau telah memasuki dalam satu
perjanjian pekerjaan dengan majikan mereka dimana mereka berjanji untuk
melaksanakan tugas-tugas mereka. Katakan
juga keempat-empat mereka ini menerima gaji yang sama dan diberikan tugasan yang
sama.
Encik A adalah seorang pekerja yang
berkerja untuk gaji yang diterima. Dia masuk kerja tepat pada waktu 830pagi dan
berhenti bekerja tepat pada waktu 530 petang. Jika majikannya mahukan ia
bekerja lebih masa, ia akan lakukannya jika ia dibayar gaji tambahan masa atau overtime. Ia menjalankan kerja yang disuruh dan tidak
melakukan yang selebihnya atau sekurangnya. Ia melakukan kerjanya sekadar yang
diperlukan dan tidak sebaik mungkin. Kualiti kerjanya tidaklah cacat tetapi
tidak juga cemerlang.
Encik B pula tidak minat dengan
kerja yang beliau sendiri pilih, namun beliau merasakan bahawa kerana keperluan
kewangan, beliau terpaksa bekerja disitu. Oleh yang demikian, beliau cuba untuk
“ular” bila ada kesempatan, sentiasa melihat kepada jam untuk balik, kerap
mabil cuti sakit dan sebagainya. Mutu kerja beliau buat sering pada tahap
minima atau pada tahap lebih rendah daripada minima. Disamping itu, kerana
beliau tidak minat pada pekerjaan beliau, beliau sering juga mengumpat atau
marah dalam hati kepada majikan beliau apabila diberikan kerja.
Encik C pun adalah pekerja yang
tidak minat dengan kerjanya tetapi bekerja kerana gaji semata-mata. Beliau juga
pada amnya cuba untk “ular” daripada sebarang tugasan yang diberikan.
Sebenarnya, pekerja ini malas tetapi ia pandai untuk memastikan bahawa
majikanya sayanginya. Majikannya memang
sayangi belaiu kerana beliau pandai bermanis mulut dengan majikannya dan akan
lakukan perkara-perkara yang disukai oleh majikannya walaupun ia tidak ada kena
mengena dengan tugasan beliau. Dihadapan majikan beliau, beliau berpura-pura
rajin dan perihatin terhadap tugasan beliau dan syarikat. Kepura-puraan beliau begitu berkesan sehingga
majikannya percaya bahawa beliau adalah seorang pekerja yang komited. Lain-lain
pekerja tidak berani sampaikan fakta sebenar keran mereka melihat pekerja
berpura-pura ini amat rapat dengan majikan.
Encik D pula adalah seorang pekerja
yang komited dan melihat pekerjaan nya sebagai satu amanah yang diberikan.
Beliau juga akur pada perjanjian pekerjaan yang dibuat dan berusaha sedaya-upaya untuk
melakukan tugasan beliau sebaik mungkin. Beliau tidak lihat pada masa tetapi
sering-kali memberi sumbangan lebih daripada apa yang diharapkan. Pekerja ini
mementingan maruah diri dan melihat hasil kerjanya sebagai manifestasi maruah
beliau. Oleh yang demikian, beliau tidak bekerja untuk gaji semata-mata.
Betulkah hidupku, matiku untuk Maha
Pencipta? – Realiti Kehidupan
Pada saya,, orang yang beragama
lazimnya akan melihat perbincangan mengenai A, B, C dan D sebagai satu
perbincangan isu sekular atau duniawi semata-mata. Bagi golongan yang beragama, perbincangan
tidak ada kena mengena dengan kerohanian atau hubungan dengan Maha Pencipta. Ini
adalah minda “perangkap agama” mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak kena mengena dengan upacara agama tidak ada
kaitan dengan Maha Pencipta. Inilah didikan agama mereka sejak kecil. Lain
pulak dengan mereka yang benar-benar beriman dengan pengetahuan daripada Al-Quran. Manusia yang beriman dengan ilmu dan kepada Al-Quran sedar dan insaf
maksud “hidupku, matiku kerana Allah”
seperti yang terdapat didalam surah Al-Anaam ayat 162 sehingga 163 yang boleh ditafsir seperti berikut:-
“Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan
ibadahku, dan hidup dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Tuhan semesta alam”.
(Quran 6:162)
“Tiada sekutu bagi-Nya. Itulah yang
diperintahkan kepada aku, dan aku adalah orang yang mula-mula muslim."
(Quran: 6:163)
Saya
dengan jujur mengatakan bahawa saya telah lihat dan dengar beberapa orang
yang membaca ayat diatas tanpa memahami maksudnya dan juga kesannya yang
sebenar. Ayat 6:162 yang dalam bahasa Arabnya berbunyi “Inna salaatii wa nusukii wa mah-yaaya wa mamaatii rabbil ‘aalamin” sering
dibaca sebagai satu upacara tanpa
penginsafan mengenai apa yang kita janji kepada Maha Pencipta. Saya juga dengan
jujur mengatakan bahawa apabila saya melihat perbuatan sedemikian, ia amat
mengerunkan saya kerana saya tertanya-tanya bagaimana mungkin manusia kerdil
meremehkan serta memperli Maha Pencipta dengan ungkapan yang mereka tidak faham
dan insaf atau tidak mahu berusaha untuk mencapainya?
Inilah
antara bezanya diantara agama yang pentingkan upacara semata-mata dan Islam
atau “The Way” yang pentingkan
perbuatan dan tindakan seseorang setiap saat dalam kehidupannya. Malangnya, agama mengajar manusia bahawa
setakat ungkapan “saya beriman” memadai untuk menjadi seorang Muslim
(iaitu seorang yang mengabdikan diri kepada Maha Pencipta). Golongan agama ini seolah-olah tidak
memperdulikan atau tidak tahu firman Allah didalam Al-Quran yang boleh
ditafsirkan seperti berikut:-
“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?” (Quran
29:2)
“Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan
sungguh, Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Quran: 29:3)
Amat
jelas sekali seperti siang yang terang benderang bahawa ungkapan dan
“kepercayaan” bahawa kita “beriman”
belum mencukupi sehingga kita “diuji”. Apakah ujian ini dan untuk
siapakah ujian ini? Saya sering mendengar penekanan yang diberikan oleh
orang-orang beragama bahawa ujian ini terhad kepada perbuatan “perkara-perkara
agama”. Maka, masing-masing penganut agama merasakan bahawa mereka telah lalui
“ujian” Maha Pencipta dengan hanya melakukan upacara-upacara tertentu ini. Inilah perangkap agama dan sememangnya agama
menyempitkan ruang pengabdian kepada Maha Pencipta kepada upacara-upacara
tertentu sahaja yang terlalu kerap ditekankan oleh ketua-ketua agama mereka!
Upacara yang mungkin ada peranannya dijadikan perkara paling dominan dalam
agama!
Lagipun,
berapa lama kah didalam sehari upacara-upacara ini dilakukan? Adakah mengambil
masa sehingga 4 jam sehari? Kalau begitu, bagaimana pula dengan kelakuan dan
tindakan kita dalam masa baki 20 jam itu? Apakah tindakan dan perbuatan kita
didalam tempoh 20 jam itu tidak diambil kira sebagai ujian juga? Mereka yang
jujur dalam analisis akan merumuskan bahawa sebahagian besar kehidupan seharian
kita dihabiskan dengan berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai peranan –
sebagai ibu-bapa, rakyat, pekerja, majikan, kawan, anak, adik beradik, pemimpin
yang berbagai, pelajar, peniaga, dan lain-lain. Peranan-peranan ini juga masih
boleh diklasifikasikan dengan lebih kecil, sebagai contoh, pekerja boleh
dikategorikan kepada buruh kasar, doktor, pemberita, pemandu teksi, peguam,
penjawat awam dan lain-lain. Apakah seorang penjawat awam yang malas,
menyusahkan orang awam dan tidak amanah itu menyangka sudah menjadi seorang
yang “beriman” hanya dengan melakukan upacara-upacara agama dengan setia?
Pada
saya disinilah lah letaknya satu lagi perbezaan diantara “agama” dan Islam.
Ayat “inna salaati..” tadi itu
merangkumi kesemua peranan-peranan yang dipikul oleh kita dan cara kita
mengendalikannya ialah ujian yang kita sebenarnya lalui. Saya tahu pandangan
saya ini mungkin berbeza dengan beberapa fuqaha
namun itu pandangan saya dan masing-masing ada hak untuk pandangan
masing-masing. Pada saya juga, ujian ini
ialah, antara lain, pertamanya, untuk mengenali siapa diri kita sebenarnya dan
kedua ialah supaya orang lain mengenali siapa kita sebenarnya semampu peniliaan
mereka. Ketiganya, saya percaya melalui ujian ini kita akan “mengenali”
kebesaran dan “kasih sayang” Maha Pencipta. Maha Pencipta maha mengetahui dan
Ia tidak perlu pada ujian untuk mengetahui sesuatu.
Menilai
pekerja Encik A, B, C dan D.
Berbalik
kepada contoh Encik A, B, C dan D diatas - Saya memberi contoh-contoh itu untuk
menunjukkan bahawa Islam itu adalah “The
Way” berjalan setiap saat dalam kehidupan kita dan bukannya agama yang
terhad kepada pengulanggan mantra-mantra dan upacara-upacara semata-mata.
Penilaian
terhadap sikap keempat-empat pekerja tadi boleh dijadikan sebagai satu kayu pengukur
terhadap kesetiaan mereka kepada Maha Pencipta. Jelas sekali pekerja Encik C
menampakkan sifat-sifat seorang munafik.
Beliau bukan sahaja pandai berpura-pura tetapi berjaya mengabui mata majikannya
sehingga mutu pekerjaannya terjejas.
Beliau juga tidak mempunyai keinsafan bahawa Maha Pencipta maha
mengetahui apa yang dilakukan olehnya. Sudah tentu kalau ia insaf akan perkara
ini dan benar-benar beriman bahawa ia akan dipertanggungjawapkan oleh Maha
Pencipta nanti, ia tidak berani bertindak sedemikian.
Kalau
dikaji lebih mendalam lagi, Encik C ini telah ingkar kepada ajaran-ajaran Maha
Pencipta seperti tuntutan memperkotakan janji (Quran:2:177) serta bersikap
jujur dan amanah. TIdak kah merbahaya
orang seperti ini?
“Orang-orang munafik hendak memperdayakan
Allah, padahal Allah yang memperdayakan mereka. Apabila mereka berdiri untuk
solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak
mengingat Allah, kecuali sedikit”. (Quran: 4:142)
Didalam
Q4:142, Maha Pencipta memberi contoh dimana seorang munafik sanggup mendirikan
solat bersama sama dengan orang yang benar-benar beriman hanya semata-mata
untuk memperdayakan manusia lain. Bayangkan golongan ini sanggup berkelakuan
sedemikian semata-mata untuk mencapai tujuan dunaiwi dan nafsu mereka!
Malangnya, mereka yang berkacamatakan agama akan melihat semua yang mendirikan
solat sebagai seorang yang beriman walhal Maha Pencipta memberi kita amaran
yang jelas.
Begitu
juga didalam surah 63 ayat 1 yang boleh ditafsirkan seperti berikut:-
“Apabila orang-orang munafik dating kepadamu,
mereka berkata, ‘Kami mengaku bahawa kamu sesungguhnya adalah utusan Allah’.
Dan Allah mengetahui sesungguhnya engaku adalah utusan-Nya. Dan Allah
menyaksikan bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar pendusta”
(Quran 63:1)
Dalam
Q63:1 pula Maha Pencipta memberi contoh orang munafik yang sanggup menyaksikan
Rasul sebagai utusan Maha Pencipta walhal mereka sebenarnya berpura-pura
sedemikian. Sekali lagi, mereka yang berkacamatakan agama akan menilai seorang
yang bersolat dan bersyahadah sebagai seorang beriman walaupun ia adalah seorang
pemalas, tidak jujur atau amanah atau perasuah bertentangan dengan amaran yang
diberikan oleh Maha Pencipta dalam ayat-ayat Al-Quran tadi. Saya bukanlah
menganjurkan untuk menghukum orang lain, tetapi pada saya ayat-ayat ini
mengajar kita berawas terhadap semua orang termasuk orang yang bersolat,
bersyahadah dan lain-lain. Orang itu harus dinilai juga dari segi mana ia
mengendalikan aspek-aspek kehidupannya secara menyeluruh. Memang tidak ada kita
yang sempurna tetapi kita boleh campur tolak dan merumuskan samada seorang itu
pada amnya seorang yang baik atau jahat. Penilaian sedemikian, saya percaya
hanya mungkin kalau kita bebaskan minda kita daripada perangkap agama dan menyemai minda Al-Quran yang sememangnya
praktikal dan realistik.
Tidak
kah pekerja Encik D tadi boleh dinilai sebagai seorang Muslim dan mukmin?
Pekerja B pula boleh dikatakan menampakkan sikap-sikap fasikuun. Bagimana pula dengan pekerja A yang hanya dimotivasikan
oleh ganjaran semata-mata? Bagaimana nak
menilai seorang yang melakukan sesuatu hanya kerana “pahala” dan bukan kerana “kesukaan
atau kegembiraan” Maha Pencipta? Saya tahu bahawa mereka yang berkacamatakan agama
mungkin tidak akan faham mesej yang saya cuba sampaikan. Saya sudah biasa
dengan keadaan ini lebih dari 15 tahun. Namun, mereka yang berlensa Al-Quran
atau Islam atau “Addeen” atau “The Way” akan faham.
Agama
terlalu banyak “lip service”, “superstition”, khayalan, emosi dan
upacara-upacara yang tidak mengguntungkan manusia dalam kehidupan seharian.
Sebaliknya, Islam berkaitan rapat dengan kesabaran, rasionaliti, kemunasabahan,
keefisienan kehidupan, gaya hidup dan sikap seseorang sehingga ia dipanggil
kembali oleh yang menciptanya dahulu. Sebagai satu contoh terakhir didalam
artikel ini bagi menghujahkan bahawa agama dan Islam amat berbeza, saya akan
menyentuh keadah berkomunikasi.
Kaedah
Berkomunikasi
Kebolehan
berkomunikasi amat penting didalam perhubungan sesama manusia. Masyarakat yang
boleh berkomunikasi secara efisien, tepat, objektif, berdasarkan fakta dan ‘sopan’
boleh berjaya menjadi satu masyarakat yang maju, aman dan bertamadun. Malangnya,
realiti kehidupan menunjukkan bahawa pelbagai pembohongan berleluasa ekoran
nafsu orang-orang berkuasa dan berkepentingan. Tahap pemikiran mansuia, pada
amnya hari ini dijadikan begitu rendah oleh sistem-sistem dan institusi-institusi
yang diwujudkan oleh golongan berkuasa dalam masyarakat. Ekoran perkara-perkara sedemikian, kita
mengalami kesengsaraan am yang kita saksikan didunia dan dalam kehidupan kita
sendiri. Agama tidak dapat menangani masalah ini kerana agama pada amnya tidak
ada kena mengena dengan kehidupan seharian.
Sebaliknya,
Al-Quran yang diturunkan oleh Maha Pencipta mempunyai pelbagai kaedah
berkomunikasi yang relevan dalam kehidupan seharian manusia dan masyarakat. Sebagai contoh, Al-Quran mengajar kita supaya
tidak membuang masa dengan mereka yang merepek atau bercakap kosong mengenai “tanda-tanda
Allah” (Quran 6:86). Kita sering berjumpa dengan mereka dikedai kopi atau
dimana-mana yang hendak berbincang sesuatu semata-mata untuk mengisi masa dan
bukan kerana minat yang sebenar. Begitu juga, kalau ada yang mengambil ajaran
Allah sebagai satu permainan atau senda gurau (Quran: 6:70). Tidak guna juga kita habiskan masa dengan
mereka yang jahil dan kita disarankan untuk mengucapkan “salam” kepada mereka dan beredar daripada mereka (bukan maki
mereka) (Quran: 25:63). Al-Quran juga mengajar bahawa orang-orang beriman juga
mengelakkan diri mereka daripada pekerjaan sia-sia termasuk perbualan yang sia-sia
(Quran 23:3).
Didalam
perdebatan atau perbincangan, kita disuruh menggunakan keadah yang terbaik dan
sopan (Quran 16:125) dan kalau hendak membidas, janganlah membidas pihak lawan
dengan bidasan yang melampui (Quran 16:126) tetapi kesabaranlah yang lebih
dinajurkan dalam perbincangan (Quran 16:127). Bandingkanlah cara berkomunikasi
yang dianjurkan oleh Al-Quran dengan kaedah berkomunikasi beberapa orang yang
ditampilkan sebagai beragama!
Kita
sering dihadapkan denga ceramah-ceramah segelintir orang yang ditampilkan
sebagai beragama dimana mereka mengambil kaedah menjerit-jerit, mengaibkan
orang lain dan menengahkan diri sebagai terpelajar atau “alim”. Jika kita rujuk kepada Al-Quran, Maha
Pencipta mengajar kita seperti berikut:-
“Dan sederhankanlah dalam berjalan dan
lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai”
(Quran 31:19)
Sejak
dibangku sekolah sehinggalah kedewasa saya sering bertanya mengapa segelintir
orang yang menampilkan diri sebagai “alim” suka sangat meninggikan suara dalam
berceramah? Apakah mereka merasakan
pendengar itu pekak atau apakah mereka tidak yakin dengan ayat Q31:19
tadi? Atau adakah mereka lebih berminat
untuk memainkan emosi pendengar daripada menyampaikan maklumat dan fakta?
Dengan
merendah diri, saya terpaksa mengatakan bahawa ada segelintir orang beragama
yang suka menghina agama-agama lain tanpa pendekatan kesopanan atau berilmiah. Cara
berkomunikai ini melahirkan permusuhan dan juga mungkin menjauhkan orang yang
dihina itu daripada mencari kebenaran. Malangnya kacamata agama memang mahu
mempertahankan agamanya dan menentang agama lain tanpa menghiraukan pendekatan
pendidikan dan perbincangan. Berlainan pula dengan Islam dimana Al-Quran
mengajar kaedah berkomunikasi seperti berikut:-
“Dan janganlah kamu memaki (sembahan-sembahan)
yang mereka sembah melainkan Allah, maka mereka akan memaki Allah dengan
permusuhan tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menjadikan setiap umat menganggap
baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka,
lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan”.
(Quran: 6:108).
Saya
hanya sempat menulis mengenai sedikit sahaja kaedah berkomunikasi yang terdapat
dalam Al-Quran. Sebenarnya, sesiapa yang mahu atau rela membaca Al-Quran akan
terkejut kerana akan mendapati begitu banyak kaedah-kaedah berkomunikasi dalam
pelbagai situasi yang diajar dalam AL-Quran yang amat relevan dalam kehidupan
seharian.
Salam.
(Bersambung Bahagian 4.. Insha Allah).
NOTA: Harap pembaca merujuk kepada naskah Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki sesiapa pun bersetuju dengan pandangan penulis diatas. Sebaliknya, penulis berterima kasih sekiranya ada sebarang maklum balasa dan pandangan berbeza. Ilmu Allah itu teramat luas untuk dimiliki oleh seorang atau sekumpulan manusia betapa berilmu pun orang itu diiktiraf.
Tuesday, January 3, 2012
Saturday, November 19, 2011
Agama membantut pembangunan minda manusia dan melambatkan kelahiran tamadun yang mengguntungkan makhluk ??? Bahagian Satu: Agama, Ketua Agama dan Penganut Agama
(Amaran: Mereka yang merasakan diri mereka lemah minda atau malas berfikir atau mudah sensitif dengan pandangan alternatif disarankan supaya tidak meneruskan membaca perbincangan ini. Perbincangan ini sekadar perbincangan dan tidak bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa dan sesiapa juga tidak dikehendaki untuk bersetuju dengan analisis berikut. Pandangan membina digalakkan dalam suasana sama-sama belajar dan berfikir kerana cinta kepada Maha Pencipta).
Ramai sarjana Muslim menafsir Islam sebagai cara hidup lengkap bagi manusia kerana ajaran-ajarannya konsisten dengan sifat semula jadi manusia dan alam. Ini lah yang mereka maksudkan apabila mereka mengatakan “Islam itu agama fitrah”. Dengan hormatnya, saya kurang setuju dengan pemanggilan Islam dengan istilah “agama” kerana ia mempunyai pelbagai maksud dan kebanyakkan nya tidak langsung menjelaskan “cara hidup Islam seperti yang diperjelaskan dalam Al-Quran”. Saya lebih berminat merujuk kepada “Islam” sebagai Addeen Allah atau “cara hidup menyeluruh yang disarankan oleh Maha Pencipta untuk yang dicipta”.
Namun, istilah “agama” yang digunakan sekian lama akan terus digunakan dan lantas itu, timbul lah kekeliruan seperti mana yang wujud hari ini.
Sebelum saya menyentuh mengenai fahaman saya terhadap Islam sebagai “cara hidup yang praktikal”, biar saya bincang mengenai “agama” dahulu.
Agama dan Ciri-Cirinya
“Agama” lazimnya membawa maksud satu set fahaman terhadap kuasa ghaib, satu set kepercayaan yang tetap (kepercayaan yang tidak semestinya berasaskan akal atau pemikiran waras), upacara-upacara pengabdian diberikan keutamaan, kebergantungan kepada simbol-simbol agama, serta keperluan penganut-penganut yang bersifat homogenous dari segala segi kalau boleh.
Disamping itu, “agama” juga dicirikan dengan pengenalpastian tempat-tempat ibadah, kewujudan ketua-ketua atau pakar-pakar agama dengan pelbagai nama, gelaran dan pangkat, dan kewujudan begitu banyak kitab-kitab agama disamping satu kitab induk, jika ada.
Hampir setiap agama tidak membenarkan atau merestui perbincangan kritikal atau penilaian mengenai asas-asas agama itu dengan pelbagai alasan termasuk alasan bahawa asas-asas agama tersebut telah mantap berkurun-kurun lama dahulu, Perbincangan kritikal mengenai agama juga akan dipandang sebagai dosa oleh pakar agama masing-masing yang sering dilihat sebagai boleh merosakkan “akidah”. Maka, hampir kesemua agama menjadi seperti warisan budaya dari jenerasi ke jenerasi dengan andaian bahawa segala pemikiran yang perlu telah pun dilakukan dengan sempurna oleh pakar-pakar terdahulu.
Pendek kata setiap penganut menerima serta mempercayai agama nya sebagai kebenaran hakiki tanpa soal.
Ciri-ciri Penganut Agama
Penganut-penganut agama pula kerap tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama mereka sendiri. Mereka hanya memperolehi pengetahuan yang amat asas daripada ibu-bapa mereka (sejak kecil lagi) atau daripada ketua-ketua agama mereka. Pengetahuan agama yang mendalam dirasakan tidak perlu kerana bagi penganut agama, melakukan beberapa upacara agama serta membaca beberapa mantra atau melalukan upacara-upacara tertentu dengan ikhlas sudah dikira sebagai penganut yang baik.
Dari aspek amalan agama pula, melakukan beberapa “kebaikan” yang minima seperti memberi derma kepada rumah-rumah ibadah mereka atau membelanjakan wang pada hari hari tertentu atau untuk tujuan-tujuan tertentu dianggap memadai untuk menjadi seorang penganut mithali. Perkara penting bagi penganut-penganut ini ialah kesedaran bahawa mereka lakukan “kebaikan” ini demi agama mereka atau tuhan-tuhan mereka. Ramai penganut-penganut tidak pernah terifkir bahawa “kebaikan-kebaikan” yang dilakukan diiatas nama agama masing-masing ini juga berupaya mengabui mata dan minda mengenai keberkesanan agama tersebut dalam kehidupan manusia.
Kepercayaan (“faith”) tanpa banyak soal dipandang mulia berbanding usaha menyelidik yang dikhuatiri mungkin “menyesatkan” mereka daripada agama mereka. Orang yang menyoal atau menyelidik sering dianggap sebagai penganut yang lemah iman, ragu-ragu atau mengambil risiko besar yang mampu “menyesatkan” nya.
“Sesat” sering bererti sebagai tidak setuju dengan pandangan umum agama mereka atau tidak setuju langsung dengan agama mereka. Seorang penganut daripada agama A yang menganut agama B dianggap sebagai “sesat” oleh agama A dan sebagai ‘mendapat petunjuk” oleh agama B. Ukuran atau penilaian ini tidak semestinya berdasarkan kemunasabahan atau pemikiran waras mahupun penyelidikan tetapi berasaskan senitmen keagamaan atau rasa bersalah yang meragukan (“dubious notion of guilt”).
Penganut agama juga bergantung kepada agama mereka untuk keyakinan diri dan sebagai satu pegangan “kepercayaan”, maka mereka cepat marah atau melatah jika asas kepercayaan mereka dipersoal. Ini tidak menghairankan kerana apabila manusia tidak mampu menjelaskan sesuatu dengan menggunakan pemikiran, mereka akan melatah dengan emosi. Orang yang mempercayai sesuatu tanpa memahaminya secara mendalam akan marah apabila kepercayaan mereka dipersoal.
Orang-orang jahil dan lemah minda mudah bertindak balas dengan ganas apabila zon keselesaan mereka diganggu oleh proses pemikiran.
Maka, kita tidak harus terkeliru bahawa kemarahan mana-mana penganut agama apabila kepercayaan mereka itu dipersoal menunjukkan bahawa mereka itu “taat” kepada Tuhan. Pada saya, hakikat sebenarnya ialah penganut agama lebih taat kepada agama dan bukan kepada Tuhan. Ada perbezaan yang besar disini. Mereka mahu mempertahankan agama mereka kerana itu adalah kepercayaan mereka untuk berpaut sebagai selimut keselamatan emosi (“emotional security blanket”).
Penganut-penganut agama juga sering rasa tercabar jika ada penganut diantara mereka yang tidak menyertai upacara-upacara agama yang disarankan oleh agama mereka. Bagi penganut agama, mempelilhara “imej” agama menjadi sesuatu yang amat penting berbanding dengan intipati ajaran agama tersebut. Maka, paksaan samada secara sosial atau perundangan adalah sesuatu yang penting bagi menjamin struktur luaran atau imej agama tersebut. Simbolisme memainkan peranan lebih penting daripada apa yang sebenarnya mungkin terdapat didalam hati penganut masing-masing.
Satu lagi ciri penganut agama ialah sikap eksklusif – mereka tidak minat jika orang yang bukan penganut agama mereka berbicara mengenai agama mereka. Penganut agama menganggap agama mereka sebagai “harta” mereka atau penganut yang sebaris dengan mereka. Maka, selain daripada mereka atau pakar-pakar mereka, orang lain tidak boleh menyentuh perihal agama mereka. Adakalanya perbincangan mengenai suatu agama oleh bukan penganut dianggap sebagai perbuatan tidak sopan atau kurangaja, terutamanya jika perbincangan itu bersifat kritikal. Pada saya, sikap ini sahaja membuktikan secara rasional bahawa penganut-penganut sebenarnya tidak mementingkan Tuhan atau kebenaran kerana kepunyaan Tuhan atau kebenaran semestinya untuk semua manusia. Walaupun begitu, setiap penganut agama percaya bahawa agama mereka sahaja lah yang benar.
Oleh kerana sikap eksklusif itu merupakan ciri setiap agama, maka, kesemua penggnut-penganut agama yang berlainan ‘bersetuju’ sesama sendiri bahawa perbnicangan pelbagai agama adalah satu isu yang sensitif. Melalui cara ini, perkembangan manusia kearah mencari kebenaran terbantut dan setiap penganut setiap agama hidup bersama dalam satu masyarakat tanpa memahami agama sendiri mahupun agama-agama lain. Memandangkan kesatuan hidup bersama diantara penganut-penganut berbeza ini bukanlah hasil kesefahaman atau berdasarkan penerimaan perbezaan yang jitu, maka potensi ketegangan diantara agama-agama sentiasa wujud. Sekiranya wujud sikap penerimaan yang jitu, maka tidak akan ada sikap obsesi untuk “convert” orang lain kepada agama tertentu ataupun ketakutan untuk mendengar fahaman agama lain.
Sikap eksklusif ini juga memperkuatkan peranan dan kuasa ketua-ketua agama semua agama disamping mengekalkan “status quo” agama masing-masing.
Ketua-ketua agama
Dalam semua agama, peranan ketua-ketua agama dengan pelbagai gelaran dan pemakaian amat penting. Mereka bukan sahaja menjadi tempat rujuk utama, malahan dianggap sebagai tempat rujuk muktamad dalam persoalan agama mereka. Ketua-ketua agama ini dianggap sebagai tokoh-tokoh yang berilmu tinggi, luas pembacaan agama mereka serta manusia-mansuia yang “suci”.
Mereka juga dianggap mahir dalam bahasa asal kitab-kitab agama masing-masing dan dengan itu, tafsiran mereka diterima hampir tanpa soal. Pengguasan bahasa asal ini dianggap sebagai petanda bahawa merekalah yang memahami kitab induk agama masing-masing. Orang lain yang tidak mahir dalam bahasa asal mereka dianggap tidak layak untuk bercakap mengenai agama tersebut. Didalam agama-agama tertentu, pakar-pakar agama juga dianggap sebagai mempunyai kuasa-kuasa “supernatural” atau kuasa ghaib yang membolehkan mereka melakukan beberapa perkara luarbiasa termasuk mengubati orang “secara agama”.
Kita akan dapati bahawa walaupun kebanyakkan penganut-penganut agama tidak memahami bahasa asal kitab masing-masing, ini tidak pernah menahan ketua-ketua agama untuk kerap menggunakan bahasa asal kitab-kitab mereka dalam ucapan mahupun dalam sebarang upacara agama. Kebolehan serta kekerapan ketua-ketua agama ini menggunakan bahasa asal kitab agama mereka sering mengwujudkan suasana “kesucian” secara saikoloji. Pada saya, tujuan ini dilakukan ialah untuk meningkatkan lagi ketokohan ketua agama itu sendiri dimata penganut-penganut agama. Jika tujuannya ialah untuk mengajar atau berkongsi maklumat, sudah tentu bahasa yang digunakan ialah bahasa yang lazimnya difahami oleh para hadirin.
Faktor ini juga menjadikan bahasa asal setiap agama itu sebagai “bahasa suci” berbanding dengan bahasa-bahasa lain mahupun bahasa yang lazim digunakan! Pada saya, ini juga membelakangkan Maha Pencipta kerana menolak atau mengingkari kebesaranNya yang mencipta pelbagai bahasa.
Dalam agama, kita dapati bahawa kuasa yang dimilki oleh ketua-ketua agama amat besar dan berpengaruh keatas penganut-penganut agama. Ketua-ketua agama sering menekankan simbol-simbol agama, upacara-upacara serta keseragaman dikalangan penganut agama mereka. Ini memudahkan identiti luaran serta memudahkan penguasan keatas penganut-penganutnya.
Ketua-ketua agama juga diangkat sebagai “orang-orang suci” yang boleh membawa penganut kesatu tahap keagamaan yang lebih tinggi, kealam yang lebih baik selepas mati, memahami perkara-perkara agama yang diluar kemampuan penganut biasa serta penentu mutlak agama. Sememangnya ketua-ketua agama ini pada amnya pakar agama masing-masing kerana mereka memang berkelulusan dalam agama mereka daripada institusi-institusi terkemuka yang mengajar serta memasyurkan agama mereka,
Dalam perbincangan saya dengan mana-mana ketua agama tanpa mengira apakah agamanya, saya selalu suka merujuk kepada Al-Quran. Tidak guna saya berdebat mengenai agama mereka menurut fahaman mereka, kerana mereka memang pakar dalam agama yang mereka sendiri menentukan bentuk dan coraknya daripada kalangan mereka sendiri! Saya lebih berminat untuk mengajak mereka berfikir dan berbincang mengenai apa yang dinyatakan didalam Quran meskipun mereka tidak percaya bahawa Quran itu adalah wahyu Tuhan.
Memandangkan pakar-pakar ini berkelulusan daripada institutsi pengajian yang sama, maka tidak hairanlah bahawa mereka mempunyai kesepakatan fahaman dalam agama mereka. Dalam satu-satu agama, walaupun terdapat beberapa pandangan berbeza, akan terdapat satu atau dua fahaman yang dominan. Fahaman dominan inilah yang dikehendaki diiktiraf oleh mana-mana pakar-pakar agama sekiranya mereka mahu diterima oleh golongan dominan serta penganut kebanyakkan mereka. Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pandangan dominan ini akan dianggap menyimpang dan kerap kali, penganut atau pakar agama yang berbeza pendapat ini akan menerima akibat yang parah dalam masyarakatnya. Oleh yang demikian, mana-mana ketua agama atau penganut yang mempunyai pandangan berbeza jarang akan mendedahkan fahaman sebenarnya.
Perbezaan pandangan diantara agama yang berbeza dianggap tidak serius berbanding dengan perbezaan pandangan didalam agama yang sama. Perbezaan pandangan didalam satu agama tidak ditolak ansur kerana ia mencabar fahaman dominan yang dipelopori oleh pihak berkuasa agama yang amat berkuasa. Perbezaan diantara agama yang berlainan tidak memberi kesan terhadap kuasa monopoli ketua-ketua agama dalam masyarakat mereka sendiri. Lagi pun, setiap ketua agama akan memberitahu penganut mereka bahawa agama merekalah kebenaran mutlak. Kedudukan ini juga menafikan peluang untuk perbincangan rasional.
Salam.
(Dengan Izin Maha Pencipta, nanti Bahagian kedua: Agama tidak menggalakkan penganutnya berfikir atau menggunakan minda.)
Tuesday, December 21, 2010
Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie
Oleh Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis.
Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.
Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.
Anda boleh membaca seterusnya pandangan beliau di Malaysiakini
Salam !
Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.
Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.
Anda boleh membaca seterusnya pandangan beliau di Malaysiakini
Salam !
Labels:
Articles In Malay,
Islam,
Law and Justice,
Shariah,
Ulamaks/Clerics
Wednesday, July 28, 2010
STONING UNDER THE SYARIAH PENAL CODE: ANALYSIS & REVIEW – IRANIAN AND NIGERIAN PENAL CODE: PART 4 & Final
5. Stoning under the Bible
It is interesting to note that while the punishment for stoning is not found in the Quran, it is, however found in the Bible.
The Bible states the following explicitly:
(a) “But if the thing is true, that the tokens of virginity were not found in the young woman, then they shall bring out the young woman to the door of her father's house, and the men of her city shall stone her to death with stones, because she has wrought folly in Israel by playing the harlot in her father's house; so you shall purge the evil from the midst of you”. [Deut 22:20 - 21].
(b) "If a man is found lying with the wife of another man, both of them shall die, the man who lay with the woman, and the woman; so you shall purge the evil from Israel” [Deut 22:22]
(c) "If there is a betrothed virgin, and a man meets her in the city and lies with her, then you shall bring them both out to the gate of that city,and you shall stone them to death with stones, the young woman because she did not cry for help though she was in the city, and the man because he violated his neighbor's wife; so you shall purge the evil from the midst of you. [Deut 22:23 - 24]
(d) "If a man commits adultery with the wife of his neighbor, both the adulterer and the adulteress shall be put to death. [Lev 20:10]
Quite apart from the punishment of stoning for adultery, the Bible also prescribes the rajm punishment for those guilty of preaching a different religion such as the following:
"If your brother, the son of your mother, or your son, or your daughter, or the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, entices you secretly, saying, `Let us go and serve other gods,' which neither you nor your fathers have known, some of the gods of the peoples that are round about you, whether near you or far off from you, from the one end of the earth to the other, you shall not yield to him or listen to him, nor shall your eye pity him, nor shall you spare him, nor shall you conceal him; but you shall kill him; your hand shall be first against him to put him to death, and afterwards the hand of all the people. You shall stone him to death with stones, because he sought to draw you away from the LORD your God, who brought you out of the land of Egypt , out of the house of bondage. And all Israel shall hear, and fear, and never again do any such wickedness as this among you. (Bible, King James version: Deuteronomy 13:6-11)
In the Bible, the rajm punishment is prescribed for a variety of ‘biblical offences’ such as the offences of practicing a different religion, for blasphemy, for cursing God and the King, for being a medium or a wizard, for breaking the Sabbath, for being a stubborn and rebellious son, and for stealing, to name a few[1]. Evidence from the Bible therefore clearly demonstrates that the Bible explicitly enjoins rajm as a mode of punishment.
Ironically, it appears that the Shariah penalty of stoning for adultery has support from the Bible and not the Quran. I humbly submit that this point is critical for consideration by current day Islamic thinkers for the following reasons:
a) This is because the Quran unambiguously states the following:
“The adulterer and the adulteress, scourge ye each one of them (with) a hundred stripes. And let not pity for the twain withhold you from obedience to Allah, if ye believe in Allah and the Last Day. And let a party of believers witness their punishment”. [an-Nur 24:2]
Indeed the Quran prescribes a punishment for adultery. But the punishment meted out is a scourge of 100 lashes. The Quran remains silent on the mode and intensity and leaves it to the good judgement of the future generations of mankind.
b) There does not appear to be any evidence that the fukaha has considered the possibility that the narrators or the jurists or the ahlul fikh have not been influenced by the preIslamic mode of thinking, namely biblical influences. This is equally important when one considers that the stoning penalty is derived from hadiths reports and alleged sunnah of the Prophet, both of which is a product of scholarly verification and collection. The question would then arise: In a matter of such doubt where one is faced with the clear verses of the Quran and the scholarly claim that such and such a hadith or sunnah existed, which one should the Muslim “hear and obey” (samikna wa-atakna[2])? This is a critical question for a Muslim who truly fears and believes in the hereafter as opposed to what I humbly term a ‘habitual religionist[3]’.
(c) It may be worthy to examine the message contained in verses such as the following in the Quran when one considers the likeness of the sunnah put forward by jurists as authentic supporting the rajm punishment with the numerous and unambiguous verses in the Bible on the same subject:
“Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion. Say: "The Guidance of God,-that is the (only) Guidance." Wert thou to follow their desires after the knowledge which hath reached thee, then wouldst thou find neither Protector nor helper against God”[4].
6. Conclusion
Based on the foregoing research and analysis, it is impossible to support the stoning as a mode of punishment prescribed by Allah swt if we refer primarily to the Quran. However, it is clear that the Bible strongly enjoins such a mode and it appears that jurists are of the view that there are reported hadiths which enjoins the same. Despite this apparent ‘unanimous’ agreement between the jurists that the Shariah prescribes the stoning penalty, they differ as to its application and as to whether the offender is a male or female. The principles they employ are also not consistent.
For example, in the execution of the death penalty (which rajm is) for apostasy, Imam Malik, Imam Shafii and Imam Ahmad hold the view that death punishment for apostasy is common for both males and females. Imam Hanifah, a woman apostate shall not be punished but imprisoned till she repents or dies and he apparently based his view on a hadith where the Prophet (pbuh) reportedly prohibited the killing on no-Muslim women in battlefield. If the rationale of the hadith is the prohibition of the death sentence for women, then it is illogical that the Prophet would have enjoined the rajm punishment for women. The argument could be extended further to state that it is equally unjust to have different sentences for the same offence by different sexes. Therefore, this is the kind of problems the ahlul-fikh run into when a fikhi conclusion is arrived at which is in clear conflict with the Quran. I humbly submit that when the Quran is clear, there should be no room for exegetical exercises, however clever it may sound.
I submit that the other important fact that lends to the continued belief in an alleged “Islamic principle” when it is unsupported by the Quran or authentic sunnah is the mindset of Muslims over the years – the views of the schools of thought cannot be challenged legitimately and any criticism of the jurists analysis of reported hadiths is misconstrued as a criticism against the Prophet (pbuh). Otherwise, how can one explain the following?
(a) despite the scholarly controversy surrounding the rajm (and the unambiguous verse Q24:2, countries like Nigeria and Iran still incorporate the rajm punishment into law?
(b) Even the offences for which rajm is made into Law in these countries differ. For example, in Nigeria , the punishment for sodomy is rajm but in Iran , though the punishment is killing the offender, the mode is determined by the Judge. For lesbianism, it is 50 lashes in Nigeria and 100 lashes in Iran . Both are called “Shariah Law”.
(c) The insistence that rajm is ordained by Allah when it is not found in the Quran may connote a careless God, which I as a Muslim am unprepared to accept. Allah swt the All-Knowing has ordained ‘without doubt” all matters pertaining to life especially when He has decreed that “no life shall be taken without just cause”.
It is respectfully and humbly submitted that where there is a conflict between the clear injunctions of the Quran and scholarly views, it is “safer” to choose the Quran in line with the following warning from Allah:
“What is the matter with you? How judge ye? (Quran 68:36)
Or have ye a book through which ye learn (Quran 68:37)
That ye shall have, through it whatever ye choose? (Quran 68:38)
Or have ye Covenants with Us to oath, reaching to the Day of Judgment,
(providing) that ye shall have whatever ye shall demand? (Quran 68:39)
Ask thou of them, which of them will stand surety for that! (Quran 68:40)”
The believer has to firstly, judge by the Al Furqan that Allah swt has given us. Which one of the learned human beings can stand surety for what they say other than Allah swt alone and His Prophet? In the event that my understanding is wrong, may Allah swt forgive me and guide me with His mercy knowing that it is only my passion for Him that motivates me to wake up every morning into this illusory world.
Wassalam.
Noah said: "O my Lord! I do seek refuge with Thee, lest I ask Thee for that
of which I have no knowledge. And unless thou forgive me and have Mercy on me, I
should indeed be lost!" (Quran: 11.47)
BIBLIOGRAPHY
(a) Abdul Kadir Qudah Shaheed, Criminal Law of Islam, vol. I, II & III, 1st Edition, Karachi , International Islamic Publishers (Pvt) Limited, 1987.
(b) Abdur Rahman I. Doi, Shariah: The Islamic Law, London , Ta-ha Publishers Ltd., 1984.
(c) Prof Dr Anwarullah, The Criminal Law of Islam, Kuala Lumpur , A.S. Noordeen, 1997
(d) Shariah Penal Code Law, Zamfara State of Nigeria
(e) Nyazee, Imran Ahsan Khan, General Principals of Criminal Law (Islamic and Western), Advanced Legal Studies Institute, 2000.
(f) Kamali, Mohammad Hashim, Principles of Islamic Jurisprudence, 2nd revised Edition, Kuala Lumpur : Ilmiah Publishres, 2000
(g) Terjemahan Hadis: Shahih Bukhari Jilid I, II, III & IV, Singapore, Darel Fajr Publishing House, 2002.
(h) John Burton, The Sources of Islamic Law: Islamic Theories of Abrogation, Edinburgh : Edinburgh University Press, 1990
(i) Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Quran, Translation and Commentary , Maryland , USA : Amana Corporation, 1991
(j) Muhammad Asad, The Message of the Quran, Translation and Explanation, Gibraltar , Dar Al-Andalus, 1980
(k) Ahmed Ali, Al-Quran: A Contemporary Translation, Princeton , New Jersey , Princeton University Press, 1988.
(l) Hanna E. Kassis, A Concordance of the Quran, Los Angeles , University of California Press, 1983
(m) Ahmad Sonhadji Mohamad, Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Quran Di Radio) Juz 1, Kuala Lumpur, Pustaka Al-Mizan, 1991
(n) Bible, King James version.
[1] Holy Bible, King James Version Deuteronomy 17:1-7, Leviticus 24:10-16, 1 Kings 21:1-16, Leviticus 20:27, Numbers 15:32-36, Deuteronomy 21:18-21, Joshua 7:20-26.
[2] Q24:51 “The answer of the Believers, when summoned to God and His Apostle, in
order that He may judge between them, is no other than this: they say, "We hear and
we obey": it is such as these that will attain felicity”.
[3] Q2.170 “When it is said to them: "Follow what God hath revealed:" They say: "Nay!
we shall follow the ways of our fathers." What! even though their fathers Were void
of wisdom and guidance?”
[4] Q2:120
Subscribe to:
Posts (Atom)

