Followers

Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDIL FITRI

I wish all of you a "Selamat Aidil Fitri" and "happy holidays".


Dalam kita merayakan aidil fitri dengan jamuan rumah terbuka dan sebagainya, ramai di Negara kita serta di merata dunia yang hidup dan tidur di kawasan terbuka kerana miskin.

Dalam kita sibuk untuk memastikan anak-anak kita dapat baju raya yang cantik, baru dan berkualiti, ramai kanak-kanak di dunia yang tidak berbaju. Saya percaya dalam saat ini pun ada ramai kanak-kanak yang sengsara serta tidak tahu di mana mereka berada ekoran sindiket syaitan penculikan kanak-kanak.

Dalam kita memikirkan lauk apa, hidangan apa yang akan kita sajikan kepada keluarga kita, ramai di dunia ini yang tidak tahu bila mereka akan berkesempatan makan.

Dalam kita sibuk berceramah dan memberi nasihat yang tidak perlu oleh tokoh-tokoh yang mempertokohkan diri atau dipertokohkan oleh masyarakat yang lemah jiwa, ramai manusia menanti bantuan praktikal yang membolehkan mereka meringkan keperitan kehidupan.

Dalam kita berhari raya dan tokoh agama sibuk berbincang samada kongsi raya itu “mencabar akidah” atau “melanggar agama”, ramai manusia daif di merata dunia lebih memerlukan pengorbanan harta tokoh-tokoh agama ini untuk menikmati sedikit sesuap makanan.

Dalam kita berhar raya, janganlah kita lupa diri sehingga kita terpaksa di peringati dengan berkesan oleh Maha Pencipta.

Salam hidup.

No comments: