Followers

Friday, September 12, 2008

Mengapa "antara isi dan kulit'?

Saya pernah ditanya soalan itu. Mengapa?

Manusia juga terdiri daripada "isi dan kulit". "Kulit" nya jelas kelihatan kepada mata memandang - pakaian, cara bercakap, cara bergaul, warna kulitnya dan sebagainya. Ramai yang cuba untuk memperbaiki rupa "kulit". Macam-macam - daripada solekan, pakaian, kursus 'public speaking', 'finishing class', kegiatan gym, dan sebagainya. Usaha memperbaiki kulit merupakan satu perniagaan yang amat besar di dalam dunia.

"Kulit" juga mempunyai peranan yang amat penting didalam perhubungan manusia. "kulit" lah yang menjadi tarikan cinta pertama atau penghalang pertama perhubungan antara manusia. Kita tertarik kepada yang cantik, cerah, tampan, yang bercakap selembut sutera, dsb. Kita tidak minat kepada yang hodoh, gelap, pakaian 'biasa', bercakap 'tidak bersopan', dsb. Maka, kulit ada peranan penting. Ia dapat memikat. Maka ia berupaya menipu orang yang di pikat.

"Isi" merupakan yang di "dalam". Sejauh mana "dalam" yang hendak kita ambil kira? Saya maksudkan karektor atau peribadi atau "hati" atau "jiwa" seseorang.

"Isi" lah yang benar manakala "kulit" mungkin palsu. Saya katakan mungkin kerana dua sebab.

Pertama, kulit itu mungkin pencerminan isi sebenar. Jika ini keadaannya, ia tidak menipu orang yang berhampiran atau berurusan dengan nya. Sebagai contoh, perwatakan dan perbuatan orang itu jahat belaka dan ia pun memang berniat dan percaya kepada kejahatan. Atau, perwatakan orang itu baik seiras dengan niat nya yang baik dan ia pula percaya kepada kebaikan.

Kedua, kulit itu mungkin tidak mencerminkan isi sebenar. Perwatakan nya baik tetapi niat nya jahat dan ia percaya kepada kejahatan. Ia mengunakan "kulit" nya yang "baik" bagi mencapai tujuan "isi" nya yang jahat. Orang seperti ini saya kira sebagai munafik. Munafik amat berbahaya kerana ia mampu untuk memperok perandakan orang ramai. Ia nya juga tidak mudah di kenali kerana ia berhijabkan "kebaikan".

Ada juga satu lagi kategori dimana kita lihat perwatakan seseorang itu jahat atau cacat tetapi ia mempunyai niat yang baik dan percaya kepada kebaikan. Orang seperti ini saya kira lemah atau "sedang bergelut memperbaiki diri" .

Maka memahami perbezaan di antara isi dan kulit penting untuk memahami diri.

Maka memahami perbezaan di antara isi dan kulit penting untuk menilai penipu yang suka menipu.

Pada saya, lebih penting untuk memperbaiki isi. Insha Allah, dengan menguatkan "isi", ia akan mencerminkan "kulit" yang diredhai Allah.

Sebaliknya, jika kita hanya puas hati dengan "kulit" atau menanggap nya sebagai benar, maka kita akan menyusahkan orang lain serta diri sendiri.

Dengan merendah diri, inilah pandangan saya yang mendorong saya untuk memilih tajuk tersebut. Semestinya saya mungkin salah kerana hanya Allah swt sahaja yang benar.

4 comments:

Mohd Asyaharim said...

selamat sejahtera saya rasa bahagia mudah mudahan ruang ini berguna buat kita semua mengharungi kehidupan dengan mata yang celik, telinga yang peka, dan hati yang berwaspada. Saya dengan ini merasmikan blog ini dengan lafaz segala puji bagi ALLAH tuhan sekian alam.

Anonymous said...

En Asyaharim,

Terima kasih diatas perasmian! Salam dan semoga kita peka kepada petunjuk Allah sentiasa.

Anonymous said...

Salam,

Ini menarik ni, blogger pun pakai protokol.Amalan yg baik " hormat-menghormati"

Semoga kita semua tergolong dalam golongan2 orang yang mendapat petunjuk Allah.

Ibnumubarak

Anonymous said...

ibubarmarak,

lets stop being pretentious in our pursuit of enlighthenment.

bulans