Followers

Monday, October 6, 2008

Guna Akal dibenarkan?


Otak. Satu organ yang sangat penting. Daripada otak, kita mampu berfikir. Daripada pemikiran kita, mampu mencetuskan pelbagai realiti. Bagi setiap individu, realiti atau kebenaran adalah apa yang dikecapi atau difikirkan olehnya. Maka, kalau pemikirannya cacat, cacatlah realiti yang dicipta oleh nya.

Sebagai contoh, ada orang yang minat membaca. Kita pangil dia Syed Ahmad.Padanya, realiti hidup nya ialah membaca menyeronakkan serta membantu beliau memahami kehidupan dengan lebih jelas. Ia pula gembira dapat memahami kehidupan dengan lebih jelas. Ada pula yang malas membaca. Kita panggil dia Syed Bengap. Padanya realiti ialah membaca membuang masa. “Berfikir mengenai perkara-perkara tertenu mebuang masa”. “Apa guna ilmu kerana itu semua teori”. Ini realiti hidup nya yang lahir daripada pemikiran beliau.

Dalam kehidupan, siSyed Ahmad dan siSyed Bengap akan bertembung. Sebenarnya, banyak Ahmad dan Bengap didalam kehidupan. Bayangkan bagaimana kedua-dua ini akan berinteraksi sesama mereka? Bengap pasti tidak dapat faham apa yang diutarakan oleh Ahmad – dalam banyak hal.

Andaikan pula siBengap berjaya menduduki jawatan yang penting didalam masyarakat. Ekoran beliau tidak boleh berfikir secara mendalam, maka tindakan yang diambil olehnya tentulah bersifat jangka pendek dengan kesan buruk jangka panjang. Perkara ini dinampak oleh Ahmad dan beliau menegur Bengap serta disusuli dengan cadangan alternatif. Apa reaksi mungkin oleh Bengap?

Kalau Bengap seorang yang bodoh tetapi sedar tahap diri, ia akan menilai cadangan Ahmad. Bagaimana pula kalau Bengap itu seorang yang bodoh sombong serta egoistik? Tentu sekali Ahmad akan mendapat kesusahan. Ia akan dituduh sebagai pengacau, pembantut kemajuan dan sebagainya. Ia mungkin juga dituduh sebagai subversof yang cuba untuk memporak-perandakan masyarakat. Lagi pun, kalau Ahmad pandai sangat, mengapa pula Bengap yang berjawatan lebih tinggi? Ketinggian jawatan dan jumlah harta benda akan dinilai sbegai melambangkan ketinggian tahap pemikiran atau kepandaiaan.

Apabila Ahmad yang pandai itu disusahkan oleh bengap-Bengap dalam dunia, maka Ahmad-ahmad lain pun akan mula berpura-pura menjadi bengap. Lama kelamaan, kebengapan menjadi budaya dominan dalam masyarakat. Kebengapan menjadi nilai atau realiti yang baik dan kepandaiaan menjadi nilai yang buruk atau tidak realistik.

Dan yang akan menjadi pemimpin bukahlah yang pandai tetapi yang kurang bengap. Prinsip ini terpakai didalam segenap aspek kehidupan manusia, samada politik, agama, ekonomi dan lain-lain. Ia bermula dengan pengharaman penggunaan akal.

7 comments:

jebat_moden said...

Bro,

I suppose I can comment in english. Not everyone is s bilingual like you! I feel that there as been as systematic attempt by the powers that be from all angles to make sure that people do not think beyond a certain level. I mean look at the kind of books or magazines in the market that is popular.

Once the powerful can control your minds, you control you. This is reason why there is a need for real freedom of expression. I think people are now waking. They wnt the sapce to express.

Anonymous said...

J,

Saya dapati bahawa seolah olah budaya kita tidak galakkan kita berifkir. Ini kelemahan kita. tata susila dan sopan santun telah dikelirukan dengan perlunya kita bercakap benar dan mengkeritik sesuatu yang tidak betul. Ini nyata satu budaya Melayu. sebagai contoh, didalam meminang pun, kita suka pantun berpantun.

Seperti mana yang sering diutarakan, kita perlukan satu anjakan parigma didalam budaya kita. Namun, masyarakatlah yang harus membenarkan budaya berfikir ini untuk subur.

Anonymous said...

mr j,

what happened to the article - believe in god or priests?

did you take it off your blog?

juice

jahamy said...

juice,

Yes. The article was taken off.

Anonymous said...

mr j,

is there any reason the article was taken off your blog?

too sensitive?
not productive?
too volatile?
seditious?
national security?
muslims are scared?

your readers deserve to know...

juicy

jahamy said...

juice,

This blog is maintained by two volunteers. I understand that they have been advised to remove the article on the ground that the contents may "confuse" and "threaten" some readers faith.

We live in an age where people are afraid to think.

Anonymous said...

mr j,

i assume it was requested by the malaysian govt? or the malaysian religious department aka pak peringat?

i guess we are not living in a free country after all or democratic so it seems. what sort of surpression is this.

so if the blog was hosted in another country would it still be a problem? but i think it is hosted outside the country but ofcourse they know who the owner of this blog is.

i dont beleive that these monkeys have such small brains as in to restrict free from of discussion.

this is where the country is heading, down the drain. and i guess that compliance to these monkeys request is necessary?

juice