Followers

Saturday, September 13, 2008

“Perniagaan” yang menghancurkan kehidupan manusia

Mustahil jika pemikir dan pemimpin dalam masyarakat tidak tahu bahawa dadah mempunyai unsur ketagih. Unsur ketagihan ini berserta dengan sifat dadah itu sendiri mampu merosakkan kehidupan sipenagih serta mereka yang berurusan dengan nya. Pengguna dadah lama kelamaan menjadi penagih. Walaupun dadah memakan dirinya, ramai penagih tanpa bantuan luar tidak dapat membebaskan diri daripada cengkaman dadah.

Ini lah sebab nya kita melihat kepada penagih sebagai pesakit dan pengedar sebagai penjenayah. Kita menghina pengedar tetapi kita sayang dan membantu penagih. Jika penagih itu tahu dari awal bahawa kehidupannya serta kehidupan keluarganya akan dirosakkan oleh dadah, sudah tentu ia tidak akan hampiri dadah. Maka, tepat sekali Negara kita memerangi pengedaran dadah. Jika kita berjaya menutup sumber dadah, kita akan berjaya menyelamatkan ramai keluarga serta ramai bakal penagih. Pengedaran dadah yang mengambil kesempatan unsur ketagihannya bukan lah cara pengumpulan harta yang benar.

“Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara batil, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan membunuh diri-diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu”. (4:29)

Namun, saya perhatikan Negara kita membenarkan satu lagi perniagaan yang berunsurkan ketagihan serta merosakkan ramai keluarga. Seperti dadah, perniagaan ini juga mengakibatkan “pembunuhan diri-diri kamu sendiri” seperti mana yang dinyatakan didalam surah An Nisaa’ ayat 29 diatas. Saya maksudkan industri perjudian, terutama nya “permainan slot machine” (lihat gambar).

Ramai yang tidak tahu bahawa Negara kita sudah menjadi satu kasino yang besar. Pergi ke mana sahaja, kita akan temui kelab-kelab slot machine. Di Lembah Klang sahaja terdapat hampir 70 lebih kelab-kelab sedemikian yang mengaut keuntungan hampir RM300,000.00 setiap kelab setiap malam! Kelab-kelab ini dilesen oleh Kementerian Kewangan.

Mengapa? Apakah kehebatan perniagaan ini yang mengambil kesempatan kelemahan dan ketagihan manusia? “Rakan Allah” mana yang mahu kehadapan untuk membela penagih judi ini serta keluarga mereka? TIdak kah ia nya sama dengan pengedaran dadah? Mereka yang mahu boleh memikirkan firman Allah didalam surah Al-Maa’idah ayat 91 yang bermaksud:

“Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?” (5:91)

Ketagihan judi boleh mengakibatkan permusuhan, kebencian, kehancuran keluarga serta menghalangi daripada mengingati Allah. Pada saya, melakukan kejahatan seperti menipu, dan mencuri termasuk didalam kategori tidak mengingati Allah. Penagih judi mampu mencuri dan menipu untuk memenuhi penyakit judi mereka. Mereka adalah pesakit. Sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Compulsive_gambling untuk mengetahui lebih lanjut penyakit judi ini.


Kita juga serng terbaca didalam surat khabar dimana penjudi membunuh diri kerana hutang judi yang bertimbun. Masalah “loan shark” yang semakin menjadi-jadi juga ekoran perjudian. Tidak kah kesemua mereka yang terlibat didalam “perniagaan judi” rakan-rakan syaitan? Mereka ini harus menjawab kepada penjudi serta keluarga penjudi mengapa mereka membenrkan serta menjalankan “perniagaan” yang merosakkan kehidupan manusia. Sekiranya jawapan mereka ialah untuk “membuat duit”, saya berpegang kepada firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 268 yang bermaksud:-

“Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui”. (2:268)


Hanya syaitan lah yang akan menakutkan manusia dengan kemiskinan dan oleh itu, menyuruh konco-konco nya untuk melakukan kegiatan sumbang dan batil bagi mengelak kemiskinan.

Datuk Michael Chong, Ketua Bahagian Khidmat Awan dan Aduan MCA berkata: “Most debtors are Chinese, with 80% using the money to gamble while the other 20% use it for business,” Sila lihat http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/13/nation/22069491&sec=nation. Pada saya, isu pengharaman “perniagaan slot machne ini bukan lah satu isu agama tetapi isu sosial dan tanggungjawap Rakyat.

Ramai yang tidak sedar keperitan serta kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga atau anak-anak penjudi. Begitu juga, daripada kajian saya selama melebihi 10 tahun, penjudi juga mengalami keperitan serta kebencian pada diri yang amat sangat. Seperti penagih dadah, ia perlu bantuan luar. Malangnya, masyarakat kita yang mahir berslogan dan berceramah dan memberi nasihat belum melangkah ketahap mengerakkan jentera untuk menangani gejala judi. Dari aspek ini, sebagai masyarakat, kita bersikap zalim kerana membenarkan manusia lemah “membunuh diri-diri” mereka. Boleh kah kita wujudkan satu pressure group ke arah memperjuangkan isu ini ? Saya akhiri tulisan ini dengan memperingati diri saya firman Allah yang bermaksud:

107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,

107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,

107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,

107:7. Dan mereka enggan memberi bantuan

Salam.

8 comments:

Anonymous said...

Secara amnya ramai orang Melayu kurang inteligen. Ikut penulis Star sdri Dina Zaman 'not all Malays are childish'. Maksudnya hanya segelintir saja Melayu yang tidak childish. Sebahagian besar dpd mereka masih childish.

Ibu bapa Melayu tidak tahu mengasuh anak dlm suasana moden (urban, cosmopolitan surrounding).

Bahasa dan budaya Melayu masih diselubung worldview kampong. Maka dadah tidak dilihat sebagai gejala yang besar. Konsep 'esok hari' (tomorrow) masih kabur dalam worldview kampong.

Maka apabila anak muda mula hisap dadah, ibu bapa kabur apa yang akan berlaku esok.

Sebelum itu apabila anak mula lepak dan bercampur dgn budak sebaya di tepi jalan, ibu bapa masik kabur akan apa yang akan berlaku esok.

Sebelum itu apabila anak muda mula mengusik, merayap, mengurat dsbnya ibu bapa masih kabur akan apa yang akan berlaku esok.

Penyelesaiannya : Orang Melayu perlu diberi pengajaran dalam pemikiran lojik, cause and effect. Doa tolak bala saja tak cukup.

Anonymous said...

Saya percaya kelab0kelab yang menjajah slot machine harus ditutp. Buat paa dibenarkan mereka buat duit diats kesengsaraan orang lain? Ini yang saya kurang faham. Kononya kita lah masyarakt sayang, masyarakat madani, hahdhari, civilised tapi buat perniagaan menghancurkan keluarga. Kalah dadah boleh banteras, kenapa tidak slot machine?

Tapi biasa lah, bila komplain, semua pandai, tapi bila jahamy tanay siapa sangup buat kumpulana pendesak, semua diam.

saya jadi sukarelawan pertama biia perlu.

Anonymous said...

yes my friend, the melayus need to have a lot of education that apples and papaya dont just fall from the trees to feed them.

but are the melayus like that, simple and uncaring, because they were spoon fed or are they intellectually defect to a degree of nearing a cacat?

when we find the 2 million ringgit answer to this question, then they can start to address the problem.

will they be able to survive in the "real world" if subsidies are taken away. do they want to be independent of these crutches or do they want to be dependent on them? many question and no answers.

anyway on slot machines, nobody force anybody to go and play the machines. so why blame the machines? blame the idiot who put the money in the machine and then complaint.

The Juice

Anonymous said...

The Juice,

I may agree with you to a certain extent but a simple thought is, if there is no machine, nobody will put their money there.Because there is a machine so people will put the money there.

So who should be blame those who create the machine or those who put the money?

I leave to you The Juice.

Ibnumubarak.

Anonymous said...

The Juice,

You wrote: "anyway on slot machines, nobody force anybody to go and play the machines. so why blame the machines? blame the idiot who put the money in the machine and then complaint".

You are right, nobody force them to play. Is this by itself a sufficient reason not to care if the gamblers themselves are suffering? Leave the drug trafficking alone because nobody ask them to take drugs? I can o on giving examples which carry the logic "if people want to be stupid, its their problem". I agree there are instances where this principle become applicable. But does that mean that society must condone the creation of conditions that allow weak or stupid" people to self-destruct, wreck families, commit crimes, cause social problems to innocent third parties, etc?

The Juice, in your life, must it always be a blame game? Either A's fault or B's? Can't be both? Can't be some other third party? And even if blame can be given, no corrective action is relevant?

GO and find a hardcore gambler. Talk to him. Go and see their family...see how they are doing. See if you can be moved by a child unable to go to school because the father is addicted to gambling. Forget the father if find comfort living that way, but can you forget the child?

The Juice, I believe if you understand the real problems real people are suffering from because of these slot machines, you may see the machines as a wrecker of families and the cause of crime. And if you come to that level, join me in the fight against it.

Anonymous said...

My friend,

i have no qualms in banning the slot machine, as i am not a gambler, but sometimes adalah, toto, magnum, hehehe

but you see, the point i am making is, people are always not addressing the problem, or the real issue.

1. do you treat the gambler or the machine?
2. do you treat the alcholic or the alcohol?
3. do you treat the smoker or the cigarette?
4. do you treat a sex addict or cut of his dick? aiyoh extreme lah ni..

we are never addressing the real issues, blinded always to go for the easy answer. a gambler whether a machine exists or not will find other means of wasting their money away, i have seen.

in the case of eradicating drugs, i must say that is a most noble effort, but why are people taking drugs? its society, its education, its upbringing, its everything else that is not drugs.

i will rather educate someone that fire is hot and it will burn you if you touch it rather than banning fire?

ok i am not condoning gambling, but if you ask a gambler to give you some money, see how hard it is to get it from him. but gambling to him is not throwing money away, to him is a sport, a chance of winning something, it may be winning something big, its a sport for him, its not like the machine is robbing him. well we know differently but to him he has a chance and that is what he going for, that's his dream..

Juice

Anonymous said...

Friends,

The Juice wrote:

1. "We are never addressing the real issues, blinded always to go for the easy answer" - (never the root cause only the branches for expediency.)

2."I will rather educate someone that fire is hot and it will burn you if you touch it rather than banning fire?"

In my humble view, these are important thoughts which is worth thinking about.

Anonymous said...

Saya amat setuju bahawa kajian serius terhadap industri perjudian harus dilakukan. Perjudian ini memang merosakkan manusia. Peniaga yang terlibat didalam perniagaan begini adalah lintah darah yang ambil kesempatan ketagihan dan kelemahan manusia. Mana PAS yang jaguh bercakap mengenai Islam didalam isu ini? Setakat ceramah tanpa tindakan yang proaktif tidak guna. Perkara seperti ini lah yang mencerminakn siapa PAS sebenarnya. Saya lihat mereka tidak pun ambil sebarang langkah untuk menyelamatkan rakyat daripada kesengsaran judi. Saya percaya mereka takut untuk berhadapan dengan isu slot machine ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan peniaga yang kaya raya.

Ini satu cabaran bagi PAS kerana mereka lah yang laung diri sebagai penyelamat umat dan pelindung Islam.