Followers

Tuesday, December 23, 2008

Taubat Sewaktu Tua?

Pertama kali saya mendengar perkataan “bila dah tua, boleh lah taubat adalah semasa saya dibangku sekolah menengah. Kata-kata ini diungkapkan oleh beberapa rakan sesekolah. Kemudian daripada itu, saya juga mendengar daripada beberapa dewasa dikeliling saya. Sebenarnya saya keliru apabila mendengar nya pertama kali dan bertambah keliru sehingga sekarang.

“Taubat” yang saya faham adalah satu sikap yang menyedari bahawa suatu tingkah laku, pendirian, cara hidup atau tabiat yang diamalkan oleh kita itu adalah tidak direstui oleh Allah dan lantas itu kita menggantikan nya dengan satu sikap yang baik. Sebagai contoh, mungkin kita secara tabiat suka menipu orang lain. Tiba-tiba satu hari timbul kesedaran bahawa sikap menipu itu tidak baik dan sekaligus kita menggantikan atau berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan nya dengan sikap jujur.

Taubat semestinya bererti menggantikan yang jahat dengan yang baik. Ia tidak boleh sesuatu yang bercakap sahaja tanpa amalan baik yang menggantikan yang jahat atau yang buruk.

“Mereka ini diberi upah mereka dua kali ganda kerana mereka bersabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, serta menafkahkan daripada rezeki yang Kami berikan pada mereka”.(Quran 28:54)

Pertama, saya percaya prinsip “menggantikan yang jahat dengan yang baik” adalah sejajar dengan saikoloji manusia serta hukum alam. “Things cannot exist in a vacuum”. Maka, bagaimana kedudukan mereka yang menyedari bahawa mereka melakukan kejahatan tetapi “menunda taubat” berdasarkan pelbagai alasan? Sebagai contoh, perasuah berikrar akan “taubat” satu hari kelak atau selepas pencen. Orang yang menipu dan mencuri dalam pelbagai keadaan kehidupan dengan pelbagai kaedah kreatif berikrar akan “taubat kelak”. Begitu juga dengan yang malas menjalankan amanah yang diterima olehnya berikrar akan “taubat” kelak dan sebagainya.

“Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana”. (Quran 4:17)

Kedua, jelas bahawa taubat yang diterima oleh Allah adalah taubat oleh orang yang melakukan kejahatan tanpa disedari olehnya iaitu dalam kejahilan. Kalau ia tahu itu adalah jahat atau tidak baik, dan ia masih sengaja melakukannya adakah “taubat kelak” itu merupakan “taubat” yang dimaksudkan dalam Al-Quran? Bagaimana dengan kerosakkan yang telah dilakukan olehnya terhadap makhluk Allah dengan penuh sedar sekian lama?

Ketiga, pada saya perkara yang jelas adalah orang yang hendak taubat itu mesti mempunyai keupayaan untuk taubat iaitu keupayaan menggantikan yang jahat dengan yang baik. Sebagai contoh, seorang lelaki yang menghabiskan kehidupan sihatnya dengan membohongi wanita untuk kepuasan nafs nya. Apabila beliau menjadi tua dan tidak bermaya, beliau pun “taubat” atas perlakuan memperkosakan wanita. Adakah beliau berupaya memperkosa wanita lagi apabila sudah tua dan tidak bermaya? Kalau tidak berupaya, beliau tidak melakukan kejahatan bukan kerana beliau sengaja berhenti tetapi kerana beliau tidak berupaya melakukan kejahatan lagi. Beliau telah dihentikan oleh aliran masa.

Contoh yang lain: Orang yang bercakap bohong boleh taubat dengan bercakap benar. Bagaimana kalau ia sudah menjadi bisu kerana sesuatu penyakit dan lantas ia “bertaubat” tidak akan bercakap bohong? Bagaimana orang yang telah dihilangkan keupayaan bercakap boleh berikrar untuk bercakap yang benar.

Katakan pula ada pegawai kerajaan yang korup dan ia bertekad akan “taubat” selepas bersara. Namun, apabila ia bersara, ia sudah pun kehilangan kedudukan atau keupayaan untuk menerima rasuah. Maka bagaimana ia boleh “mengorbankan” (iaitu berhenti mengambil rasuah) sesuatu yang tidak lagi ada pada nya?

“Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih” (Quran 4:18).

Berdasarkan fahaman seperti diatas, saya berpendapat konsep “taubat selepas tua” amat mengelirukan dan tidak tepat dengan hakikat alam. Konsep itu mengandaikan bahawa kita akan sampai ke peringkat tua . Gagal didalam usaha bersungguh untuk memperbaiki diri tidak sama dengan tindakan sengaja menunda usaha memperbaiki diri atas alasan “satu hari nanti”.

Salam.

DISCLAIMER: Pembaca disarankan untuk memeriksa dengan sendiri ketepatan sebarang terjemahan Al-Quran didalam tulisan saya. Tulisan ini juga merupakan fahaman saya dan saya tidak meminta mana-mana pembaca terima fahaman saya ini. Ia adalah sekadar perkongsian dan saya mempelawa sebarang komen pembetulan. Prinsip ini adalah berterusan didalam semua artikel saya yang bersangkut paut dengan Addin Allah.

13 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Jangalah tunggu waktu tua...
Kita belum tahu lagi ajal kita bila :-)








(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

mignonC said...

Maafkan saya, saya seorang yang memang agresif and tidak matang dalam pemikiran dan langsung tidak berbuka hati. Saya berpendapat, apabila kesalahan seseorang mendatangkan kecederaan (either physically, mentally or psychologically) kepada pihak lain, secara sengaja atau tidak, keinginan untuk bertaubat itu hanya menenangkan hati dia sendiri. Bertaubat dengan segera pun tidak boleh memulihkan keadaan ataupun membaiki apa-apa. Kesalahan tetap kesalahan, yang meninggalkan kesan pada mangsa, tanpa keadilan.

mignonC said...

orang yang bertaubat itu tidak boleh membantu mangsa keluar dari memori yang gelap dan dahsyat, yang kemungkinan menghantui nya seumur hidup. it is useless to bertaubat, when hurt is already caused.

Bulans said...

when someone intentionally act to detrimentally affect another person, how can bertaubat make it any better?

if you intentionally with sound mind with calculative precision with motive to cause harm to another person, saying sorry, feeling sorry, feeling regret, feeling remorse, is no remedy, whether to the person that was wronged or to your god.

how can that be? it does not make sense at all?

Bulans said...

mr j,

everytime friday comes, around lunch time, you can see cars double parked or triple parked near the mosques for muslims to do their friday prayers.

you can also see these muslims riding their motorcyles without helmets going to the mosques to pray.

i know under malaysian law all the above is against the law.

but what i want to know is, is it islamic to double park and not wear crash helmets on fridays around noon in malaysia for muslims?

because the malaysian police have a 2 hour amnesty for the muslims not to adhere to this malaysian law?

mignonC said...

无可否认, 忏悔无法弥补过往的错误。可是你无法否认,一个人做错了, 始终会有那么的一天为自己的行为忏悔。 这可能是因为他成长了,也可能是因为他身历其境等别的原因。 当一个人有悔过之心,别人就会告诉他,知错能改就好。 这种话无形上就对一个人做出了安慰作用。
我所表达的,就是忏悔是一种必要。可是这种必要在某些时候,是无补于事的, 因为伤害已经构成了。
所以奉劝大家,尽可能不要让自己做出让别人受伤的是事情, 因为你不会知道那个伤害其实有多深。

Jahamy said...

mignonC,

Pertama, sekali memang taubat "sebenar" tidak dpat memulihkan keadaan awal dalam semua situasi. Barang yang dicuri oleh kerana "kejahilan" boleh dipulangkan tetapi nyawa yang diambl tidak dapat dipulangkan. Pada saya "taubat sebenar" harus mendorong orang yang bertaubat itu untuk melakukan sesuatu kepada mangsa dengan seboleh mungkin. Orang yang taubat sebenar juga tidak akan mengulanginya lagi. Hukuman didunia tetap dijalankan dan saya percaya orang yang taubat sebenar rela dihukum. Taubat yang dimaksudkan dalam Quran adalah "taubat sebenar". Sesalan bukan taubat. Sesalan yang diikuti oleh keazaman untuk tidak mengulangi perkara keji itu, serta berusaha memulihkan keadaan setakat yang mampu dan kerelaan menjalani hukuman adalah taubat.

Satu cerita yang sering saya teringat apabila saya memikirkan mengenai taubat ialah cerita tamil yang bertajuk "Daya". Amat mengerunkan cerita ini dimana sepanjang cerita itu, kita sangat benci pada pelakon utamanya seorang yang amat kejam dan pada akhir cerita kita merasa amat kesian dengan nya.

Jahamy said...

Bulans,

you have pointed it out correctly. Where a person deliberately, calculatingly and with conscious mind causes hurt to another mere regret will not avail anything. What is done is done even if the offender sincerely repents in the Quranic sense. IN the Quranic sense, "taubat" is intense remorse towards the evil act coupled with the act of never repeating any such acts in the future and an attempt to remedy the hurt caused to the extent possible with the wholehearted willingness to undergo the worldly punishment.

"Taubat" is not to be confused with mere remorse or regret.

In fact between the ignorant ("the jahil") and the one who knowingly repeatedly does wrong ("fazikuun"), The Quran says Allah hates the fasikuun and the munafikuuns (hypocrites). The munafiqs being at the lowest than the disbelievers.

Bulans said...

mignonc,

i love watching chinese movies especially action movies where jet li is the actor. unfortunately i cant understand or read chinese, but thankfully the movies have subtitles which lets me understand.

hopefully your writings in chinese can have some subtitle in english so that i can understand it too?

but if your chinese writing is actually the subtitle to the english than please i do beg your pardon..

Jahamy said...

Bulans,

Good one ! I had cramps laughing ! MignonC, not laughing at you but WITH bulan.

Bulans said...

无可否认, 忏悔无法弥补过往的错误。可是你无法否认,一个人做错了, 始终会有那么的一天为自己的行为忏悔。 这可能是因为他成长了,也可能是因为他身历其境等别的原因。 当一个人有悔过之心,别人就会告诉他,知错能改就好。 这种话无形上就对一个人做出了安慰作用。
我所表达的,就是忏悔是一种必要。可是这种必要在某些时候,是无补于事的, 因为伤害已经构成了。
所以奉劝大家,尽可能不要让自己做出让别人受伤的是事情, 因为你不会知道那个伤害其实有多深。

the subtitle,
No doubt, regret cannot cover what has been done wrongly. If you are done wrongly, one day you will correct it your self. This is a life - life of growing. Most of the time people will usually say. If you done some thing wrong, it is ok – as long as you know how to correct or change it in future. But in the actual facts and real life, the advice is best is do not do any thing wrong and do not hurt any one at the any time, as it could really hurt people.

Ipoh said...

Rupanya ada ayat Quran tentang umur 40 ni. Yang sering didengar para penceramah hanya qoute hadis nabi aje bila sentuh topik umur 40 ni.

40: The Age of Decision*
[46:15] We enjoined the human being to honor his parents. His mother bore him arduously, gave birth to him arduously, and took intimate care of him for thirty months. WHEN HE REACHES MATURITY, AND REACHES THE AGE OF FORTY, he should say, "My Lord, direct me TO APPRECIATE THE BLESSINGS You have bestowed upon me and upon my parents, and TO DO THE RIGHTEOUS WORKS THAT PLEASE YOU. Let my children be righteous as well. I HAVE REPENTED TO YOU; I am a submitter."
[46:16] IT IS FROM THESE that WE ACCEPT THE RIGHTEOUS WORKS, and OVERLOOK THEIR SINS. They have deserved Paradise. THIS IS THE TRUTHFUL PROMISE that is promised to them.

Repentance
[4:17] REPENTANCE IS ACCEPTABLE by GOD from those WHO FALL IN SIN OUT OF IGNORANCE, THEN REPENT IMMEDIATELY THEREAFTER. GOD redeems them. GOD is Omniscient, Most Wise.
[4:18] NOT ACCEPTABLE is the REPENTANCE of those WHO COMMIT SINS UNTIL DEATH COMES TO THEM, THEN SAY, "NOW I REPENT." Nor is it acceptable from those who die as disbelievers. For these, we have prepared a painful retribution.

In other words, if one repents just because one feels that he/she is dying it will not be acceptable of them. We are given a whole life time (minimum 40 years grace period ) to submit to God Almighty. Repentance at the time of death is nothing more than fear, for at death we are made to know instinctively that God ALONE is Lord. But by then it is too late!

Consequently, when Pharaoh was drowning and he repented (siap mengucap sekali), it was not accepted from him.

[10:90] We delivered the Children of Israel across the sea. PHARAOH and his troops PURSUED THEM, AGGRESSIVELY and SINFULLY. When drowning became a reality for him, he said, "I BELIEVE THAT THERE IS NO GOD EXCEPT THE ONE in whom the Children of Israel have believed; I AM A SUBMITTER."
[10:91] "TOO LATE! For you have REBELLED ALREADY, and CHOSE TO BE A TRANSGRESSOR.
[10:92] "Today, we will preserve your body, to set you up as a lesson for future generations." Unfortunately, many people are totally oblivious to our signs.

Ini lah yang patut kita doakan “…protect us from sinning until it becomes TOO LATE for us to repent…”

[2:286] GOD never burdens a soul beyond its means: to its credit is what it earns, and against it is what it commits. "Our Lord, do not condemn us if we forget or make mistakes. Our Lord, and protect us from blaspheming against You, like those before us have done. OUR LORD, PROTECT US FROM SINNING UNTIL IT BECOMES TOO LATE FOR US TO REPENT. Pardon us and forgive us. You are our Lord and Master. Grant us victory over the disbelieving people."

Recommended article for further reference
Repentance - Mercy from God
The Crucial Age of 40 - Appendix 32 of the Authorized English translation of the Quran by Dr. Rashad Khalifa

Ipoh said...

Interesting fact if we care to ponder

[46:15] … His mother bore him arduously, gave birth to him arduously, and took intimate care of him for THIRTY MONTHS.

Now let us compare to GROWTH MILESTONES CHART put together by the MODERN pediatric experts as to what is happening at 30 MONTHS of a child’s growth and development.
The information presented in Growth Milestones at www.kidsgrowth.com was obtained with the help of pediatric experts and with material from The American Academy of Pediatrics' Guidelines for Health Supervision and Bright Futures' Guidelines for Health Supervision of Infants, Children, and Adolescents. Bright Futures is supported by the Maternal and Child Health Bureau, U.S. Department of Health and Human Services.