Sudah dua minggu beberapa blogger telah memulakan kempen membaca Al-Quran. Tujuan kempen ini ialah untuk menggalakkan lebih ramai lagi untuk membaca Al-Quran didalam bahasa yang mereka boleh fahami. Usaha ini dirasakan penting kerana beberapa sebab Bagi seorang Muslim, adalah penting dan wajib baginya untuk mengetahui sumber utama kepercayaannya. Terlalu ramai yang tidak tahu isi kandungan Al-Quran walaupun ada diantara mereka yang fasih melagukan nya didalam bahasa Arab. Memahami isi Al-Quran membantu seorang Muslim untuk menapis ajaran yang dicanang sebagai Islam tetapi didapati bertentangan dengan ajaran didalam Al-Quran.
Saya secara peribadi juga berharap kempen ini sedikit sebanyak dapat mematikan alasan-alasan yang sering diberikan oleh mereka yang mengaku Muslim untuk tidak berusaha memahami Al-Quran.
Perkara yang jelas ialah: kempen ini tidak bertujuan untuk “mengIslamkan” orang yang bukan Islam. Saya percaya keimanan itu adalah hak Allah dan Ia membuka hati sesiapa yang diredhai oleh Nya.
Oleh yang demikian, orang bukan Muslim juga digalakkan untuk membaca Al-Quran supaya kefahaman mereka terhadap Islam akan meningkat. Pada hari ini, kita dapati terlalu ramai yang memperkatakan mengenai Islam tanpa membaca Al-Quran langsung. Hari ini juga "Islam" telah menjadi tumpuan dunia kerana sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan. Salah faham terhadap islam juga mampu diatasi dengan memahami isi kandungan Al-Quran.
Al-Quran mempunyai 6,348 ayat- ayat dan 114 surah. Ia nya mempunyai banyak ayat-ayat yang berulang-ulang yang mentafsirkan satu sama lain. Ia nya mudah difahami dan merujuk kepada pelbagai aspek kehidupan seharian. Apabila ditulis 17:36, ia adalah singkatan yang merujuk kepada surah 17, ayat 36.
Salam kepada semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
It would be wonderful if you could get those who think the ISA should stay to read and understand the Quaran.
I'm no where near completion of my reading the English version and already I can tell you that ISA is at odds with the 'justice' as preached in the Quaran!
romerz,
As far as the ISA is concerned, the parliamentarians who passed the law and yet remain silent to its abuses are equally culpable.
Reading the Quran is one thing, understanding it is another and practicing it yet something else.
In any event, how can anyone who claims to believe in God ever support any oppressive laws, irregardless of which religion you belong to? Unless of course, your conception of God does not include justice, compassion and mercy.
Post a Comment