Followers

Saturday, December 6, 2008

Berbohong Dengan Nama Rasul !

Allah telah mengutus pelbagai rasul sepanjang zaman kepada setiap kaum dimuka bumi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Perkara ini jelas daripada ayat-ayat berikut:-

"Ada beberapa rasul-rasul yang telah Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan rasul-rasul yang Kami tidak menceritakan kepada kamu, dan Allah telah berbicara secara langsung kepada Musa" .(Quran 4:164)

"Rasul-rasul itu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada alasan membantah terhadap Allah selepas rasul-rasul itu; Allah adalah Perkasa, Bijaksana".(Quran 4:165)

"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan kebenaran, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiadalah sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran" (Quran:35:24)

Walaupun peranan Rasul-rasul adalah jelas, ramai manusia terperangkap didalam mendewa-dewakan sebahagian rasul-rasul ini sebagai tuhan di samping Allah. Bagi mereka yang mengkaji agama-agama di dunia ini, perkara ini amat jelas. Penyembahan rasul-rasul ini di mulakan dengan pembohongan yang mengambil kesempatan kejahilan manusia sendiri.

Memandangkan Allah telah memberi amaran kepada kita bahawa Iblis akan menunggu manusia dijalan dan akan menyerang nya dari semua arah, maka tidak harian bahawa dunia Islam juga tidak sunyi daripada pembohongan menggunakan nama Rasul.

Datuk Dr Mohd Asri Bin Zainal Abidin, pemikir Muslim yang dihormati dan bekas Mufti Perlis menulis:

"Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama".

[Di syorkan membaca keseluruhan tulisan beliau disini].

Ini lah antara sebabnya saya sentiasa sarankan penceramah dan guru-guru agama wajib bersikap lebih bertanggung jawap apabila menyatakan suatu hadis dengan menyatakan sekali rujukan hadis tersebut supaya pendengar boleh mengesahkan kesahihannya. Muslim harus berwaspada dalam hal ini supaya tidak di gelincirkan oleh hadis palsu.

No comments: