Agama
memerlukan penganut yang taat pada agamanya. Hampir semua agama menggalakkan penganutnya
menerima segala sesuatu yang ditetapkan oleh ketua-ketua agama mereka atau
diterima oleh masyarakat mereka sebagai kebenaran hakiki. Mereka yang menyoal
dikatakan sebagai lemah keimanan atau kepercayaan. Apa yang perlu hanya lah “beriman”
atau sering dikatakan dalam Bahasa Inggeris sebagai “All you need is faith”. Hakikat bahawa “keimanan” semata-mata
mengenepikan peranan pengetahuan dan nas tidak dipedulikan. The fact that pure faith displaces the role
of reason and knowledge is of no concern.
Kalau
pun penggunaan akal dibenarkan oleh agama, ia nya hanya lah sekadar untuk
memahami apa yang disampaikan untuk dituruti tanpa penilaian mendalam atau
berasaskan ilmu dan nas. Memandangkan agama menafikan peranan akal, maka hampir
kesemua agama mempunyai pelbagai cerita-cerita fantasi dan magik.
Penganut-penganut dilatih dari awal untuk menerima sesuatu ajaran atau cerita
tanpa berfikir atau selidik. Dalam
keadaan dimana akal tidak mempunyai peranan langsung, emosi atau perasaan serta
superstition bermaharajalela atau menjadi
dominan. Segala sesuatu yang tidak boleh diterima akal atau tidak bersandarkan nas yang kredibel
disedapkan hati dengan alasan bahawa “hanya tuhan sahaja yang mengetahui” atau
“segala-galanya mungkin dengan tuhan” dan sebagainya.
Inilah
antara sebabnya mengapa dunia agama penuh dengan emosi dan perasaan sehingga ia
boleh bergayut diantara dua ekstrim iaitu emosi yang cukup lembut atau emosi
yang cukup ganas. Kedua-dua ekstrim ini melahirkan pelbagai masalah dan
kesengsaraan dalam kehidupan. Malangnya, sikap taat kepada agama menafsirkan
kesengsaraan ini sebagai pengorbanan walaupun ianya secara rasional merugikan
semua pihak.
Perbincangan
atau penilaian mengenai Pencipta atau kebenaran menjadi mustahil dengan
penganut agama ekoran ketaatan mereka kepada agama dan bukan kepada kebenaran
atau Pencipta (“Tuhan”). Ketaatan mereka kepada agama menghalang mereka
daripada menumpukan perhatian kepada perkara yang dibincang. Disamping itu,
obsesi mereka untuk merujuk kembali kepada apa yang diajar juga menghalang
mereka daripada berfikir dengan menggunakan akal sendiri.
Agama melahirkan konsep ketuhanan
yang mengelirukan.
Agama-agama
mempunyai konsep ketuhanan yang agak mengelirukan. Ia kerap tidak mudah
difahami oleh penganut-penganut biasa, maka mereka hanya percaya sahaja. Konsep
“tuhan” juga berbeza-beza daripada satu agama berbanding dengan agama-agama
yang lain. Disamping itu, satu agama mungkin mempunyai banyak tuhan-tuhan
dengan pelbagai nama.
Ada
juga agama yang mempunyai dewa-dewa dan dewi-dewi disamping tuhan-tuhan.
Diantara tuhan-tuhan atau dewa-dewi ini ada yang mempunyai sifat manusia yang
dikatakan telah hidup dimuka bumi satu ketika dahulu. Dalam agama sedemikian,
pengganut akan memilih tuhan atau dewa-dewi yang sesuai untuk mereka dan akan
menyembah pilihan mereka. Perbincangan
mengenai rasionaliti atau kemunasabahan dewa-dewi ini disembah juga menjadi
mustahil kerana tidak wujudnya asas-asas yang logik atau munasabah.
Ada
pula agama-agama yang tidak mempunyai dewa-dewi tetapi mereka juga mencipta tuhan-tuhan
berupa manusia yang masih hidup disamping satu “tuhan induk yang ghaib”.
Islam Bukan Agama dalam ertikata
yang biasa ditakrifkan.
Sebelum
saya meneruskan, saya ingin menekankan bahawa tulisan ini merupakan fahaman
saya dan saya tidak mengkehendaki sesiapa pun untuk menerimanya. Sebaliknya,
seperti selalu, saya mengalu-alukan pandangan yang boleh mendidik diri saya
kerana saya sentiasa beringat bahawa ilmu yang sebenar adalah kepunyaan Allah.
Manusia juga tidak berupaya menguasai segala ilmu dalam kehidupannya yang
begitu singkat.
Saya
ulang disini bahawa tulisan ini merupakan fahaman saya berdasarkan kajian saya
sendiri serta dengan penggunaan akal saya sebaik dan seikhlas mungkin. Oleh
yang demikian, saya tidak rela untuk sesiapa pun setuju dengan pandangan saya
disini tanpa berfikir dengan sendiri serta mengkaji Al-Quran.
Saya
juga tidak rela memikul beban yang sanggup dipikul oleh ketua-ketua agama di
muka bumi ini dimana mereka dengan begitu yakin (dan kekadang secara angkuh)
bercakap bagi pihak Maha Pencipta serta memaksa manusia lain menuruti fahaman
dan tafsiran mereka.
Seperti
yang saya katakan pada awal rencana ini, saya kurang setuju dengan pemanggilan
Islam sebagai “agama” kerana ia mempunyai pelbagai maksud dan kebanyakkan nya
tidak langsung menjelaskan “cara hidup Islam seperti yang diperjelaskan dalam
Al-Quran”. Diantara beberapa ciri-ciri
agama telah pun saya menyentuh diatas didalam tulisan ini.
Saya
lebih berminat merujuk kepada “Islam” sebagai Addeen Allah atau “cara hidup
menyeluruh yang disarankan oleh Maha Pencipta untuk yang dicipta” atau “The Way”.. Garispanduan, prinsip-prinsip atau nilai-nilai
yang perlu untuk menjalani kehidupan didunia serta menghadapi cabaran
semulajadi kehidupan terdapat didalam Al-Quran secara lengkap.
Berpandukan
Al-Quran juga, kita dipandu oleh Maha Pencipta untuk menggunakan akal serta
mempelajari daripada alam semesta kerana banyak tanda-tandaNya ditaburi disitu
bagi mereka yang mahu berfikir dan mahu sujud dengan kesujudan yang sebenarnya
kepada ilmu yang diberikan olehNya kepada manusia yang rela.
Aritkel
saya disini akan berhujah serta menunjukkan rumusan pandangan saya seperti
dibawah ini:-
Agama
mengajar manusia supaya tidak berfikir dan hanya menjadi pak turut manakala
Islam mewajibkan manusia berfikir, merenung dan menekankan “self accountability” iaitu kebertanggungjawapan diri.
Agama
menggongkong jiwa manusia, manakala Islam membebaskan jiwa manusia dimana jiwa
ini bebas menerima rahmat dan panduan Allah kerana bebas daripada penjara
agama.
Agama
mengabdikan manusia kepada manusia-manusia yang berkuasa dan berpengaruh dalam
masyarakat, manakala Islam mengembalikan pengabdian kepada Maha Pencipta.
Agama
mengajar sikap menggemis dalam pelbagai segi manakala Islam mengajar sikap
redha dalam ertikata yang memberi kesan positif dan proaktif secara semulajadi
dalam kehidupan seseorang.
Agama
melahirkan sifat “syok sendiri” dan mudah menghukum mereka yang berbeza dengan
kita manakala Islam mengajar kita sentiasa merendah diri terhadap ilmu dan
menjadi pemaaf yang berhikmah.
Agama
mengkhayalkan manakala Islam membangunkan mereka yang merelakan diri
mereka dibangunkan.
Agama
mengajar manusia bergurukan manusia manakala Islam mengajar manusia bergurukan
Maha Guru yang Esa yakni Maha Pencipta sendiri serta tanda-tanda yang
ditunjukki dalam kehidupan.
Agama
mengajar manusia mempertuhankan pelbagai tuhan-tuhan dalam pelbagai bentuk dan
peranan disamping Maha Pencipta manakala Islam mengajar manusia sujud hanya
kepada hanya kepada Maha Pencipta.
Agama
menekankan upacara, simbol-simbol dan imej luaran tanpa mementingkan dalaman
manakala Islam menekankan dalaman atau kerohanian atau spiritualism yang sekaligus akan memancarkan luaran yang konsisten.
Allah menganjurkan penggunaan minda
supaya manusia memahami Addeen Nya !
Cuba
kita lihat kepada hakikat kehidupan seharian. Setiap ibu-bapa yang
bertanggungjawap akan cuba untuk mendidik anak mereka sebaik mungkin.Awal-awal
lagi kita daftarkan anak-anak kita ketadika, kemudian kesekolah dan lepas itu
ke Universiti. Mereka yang tidak mampu ke Universiti diberikan laithan
kemahiran tertentu. Pendekkata, tidak ada manusia yang akan menafikan fakta
bahawa penggunaan minda secara betul amat
perlu untuk hidup. Jika anda tidak
menggunakan akal, tidak pandai berfikir atau tidak mahu berfikir, hampir
mustahil untuk hidup secara efisien mahupun hidup secara aman dan bertamadun.
Peranan
penting akal dan fikiran dalam kehidupan adalah kebenaran yang tidak boleh
dinafikan oleh sesiapa pun, tidak kira apa kah agama, bangsa atau kedudukannya. DImana “agama” pada lazimnya tidak
membenarkan penggunaan akal atau minda, Al-Quran sebaliknya mengajar bahawa
untuk memahami Islam, kita perlu menggunakan minda atau akal.
“Inalah sebuah Kitab Kami turunkan kepada
kamu yang diberkati, supaya mereka memikirkan ayat-ayatnyai, dan supaya
orang-orang yang mempunyai pemikiran mendapat pelajaran”. (Quran 38:29).
Kitab
Al-Quran itu di turunkan bukanlah untuk dijadikan sebagai satu “kitab suci
agama” yang dibaca pada majlis-majlis “keagamaan” semata-mata tanpa
menghiraukan maksud nya. Kesucian Al-Quran terletak kepada kebenaran universal mesej-mesej
yang terkandung didalamnya. Manusia yang tidak percaya dengan tuhan pun tidak
dapat menafikan sifat “universality” mesej-mesej ini. Sebagai contoh tidak ada
manusia yang boleh menafikan kepentingan keadilan didalam kehidupan bertamadun
yang disebut berulang kali didalam Al-Quran.
Al-Quran
juga mengajar nilai-nilai lain seperti kejujuran, kerajinan, penggunaan minda,
perpaduan manusia, kesabaran, tanggunjawap sesama manusia dan terhadap
makhluk-makhluk lain dan sebaginya. Kesemua ini adalah contoh-contoh
nilai-nilai universal yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa yang berakal. Namun, mana kamu tahu mesej-mesej ini wujud
dalam Al-Quran serta ianya benar kalau kamu tidak pernah atau tidak mahu
membaca serta memikirkan tentang maksudnya?
“Katakanlah,
"Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'.
Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku
seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku."
Katakanlah, "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?
Tidakkah kamu fikirkan?" (Quran: 6:50)
Begitu
banyak tuntutan dalam Al-Quran untuk kita berfikir. Begitu banyak cabaran oleh
Maha Pencipta kepada manusia untuk memikirkan pelbagai perkara termasuk
cipataan alam, sejarah dan sebagainya bagi tujuan memahami hakikat dan
kebenaran kehidupan. Al-Quran juga bukanlah diturunkan semata-mata untuk
melagukannya bagi “menyedapkan hati” tanpa berusaha memahami isi kandungannya.
Al-Quran bukanlah syair (Quran 36:69) atau dongeng-dongeng dulu kala untuk
menyeronokkan hati (Quran 16:24). Namun, masih juga terdapat ramai yang sengaja
tidak mahu berusaha memahami isi AL-Quran. Mengapa?
“Apa,
tidakkah mereka merenungkan Al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati
mereka?” (Quran: 47:24)
Bagi
mereka yang mengambil Islam sebagai “agama”, mereka akan terperangkap dengan
hati yang menghindarkan diri mereka daripada mendekati isi Al-Quran atau untuk
mengamalkan nilai-nilai yang terkandung didalamnya. Ini adalah kerana agama
sering cenderung kepada pengamalan beberapa upacara-upacara asas sahaja yang
dirasai memadai untuk memperolehi “kerestuan Maha Pencipta”. Perangkap agama ini akan menjadikan mereka
taat keapda agama seperti yang dibincang terlebih dahulu daripada taat kepada
kebenaran yang ditunjukki didalam Al-Quran.
Sebaliknya,
mereka yang benar-benar beriman (percaya) kepada Allah akan bergegas untuk
merenungkan ayat-ayat Al-Quran kerana sudah tentu kelompok sedemikian tidak
sabar untuk mengetahui apakah yang diterangkan oleh Pencipta mereka sendiri. Orang-orang
yang beriman mencernakan keimanan mereka melalui
usaha untuk memahami ajaran Al-Quran serta percubaan mengaplikasikan ajaran
tersebut didalam kehidupan seharian mereka. Bagi kelompok yang tidak mahu
berfikir, sudah tentu kepercayaan yang mereka anuti itu berdasarkan sangkaan
tanpa nas sama seperti pengganut-pengganut agama lain yang juga tidak pernah
memikirkan apa yang mereka percaya.
“Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti
sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar.
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka buat”. (Quran: 10:36)
Selain
daripada kedudukan tinggi yang diberikan oleh Al-Quran kepada pemikiran atau
penggunaan minda, saya juga dapati
bahawa kita dipertanggungjawapkan dengan sikap kaji selidik dan sikap menilai
apa yang kita dengar.
Surah
17 ayat 36 boleh diterjemah sedemikian:
“Dan
janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya”.
Ayat-ayat
diatas dengan jelas menidakkan sikap mempercayai secara buta tuli sepertimana
yang dianjurkan oleh agama-agama. Pada saya, ayat diatas mewajibkan kita
membuat kajian serta penilaian berdasarkan ilmu sebelum kita menerima sesuatu
itu sebagai kebenaran. Disamping itu, ayat diatas dengan jelas mengatakan
bahawa kita akan dipertanggungjawapkan mengenai apa yang kita percaya dan
terima. Jelas bahawa Addeen Allah tidak menidakkan peranan akal atau
menganjurkan kepercayaan buta tuli tanpa usul periksa.
Manusia yang benar-benar beriman
kepada Tuhan bukanlah seperti manusia yang siang malam membaca mantra yang
tidak difahami olehnya dengan harapan palsu bahawa perbuatan ini akan
mendekatkan dirinya kepada Maha Pencipta. Sebaliknya, kehadiran serta kewujudan
Maha Pencipta hanya dapat difahami serta di”rasai” oleh mereka yang mahu
memerhatikan serta memikirkan mengenai hukum-hukum alam, kejadian-kejadian alam
dan sebagainya jika ianya adalah pencari kebenaran yang ikhlas dan merendah
diri.
“Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi,
dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang
mempunyai minda”, (Quran: 3:190)
Terdapat begitu banyak ayat-ayat
Al-Quran yang mengajak manusia untuk mempelajari ilmu-ilmu sains yang Al-Quran
mengistilahkannya sebagai “ayatun” atau pengajaran tentang kewujudan Maha
Pencipta bagi mereka yang mahu menggunakan minda mereka (Quran: 7:185, 88:18-20).
Malangnya, ramai manusia yang terpengaruh dengan ajakan agama yang lebih
cenderung untuk menengahkan kaedah tahyul dan fantasi kononnya untuk
“mendekati” diri kepada Maha Pencipta. Pada saya, kaedah-kaedah tahyul dan
“superstition” ini bukan sahaja menjatuhkan martabat manusia sebagai ciptaan
Maha Pencipta yang “karamna”, sebaliknya
ianya memperkukuhkan kerja syaitan untuk memberi janji-janji palsu kepada
mereka yang tidak mahu berfikir.
“Setan menjanjikan dan membangkitkan angan-angan mereka, dan setan tidak
menjanjikan kepada mereka melainkan tipuan belaka” (Quran: 4:120).
Bersambung bahagian 3 (Insha Allah)……
4 comments:
Overhead a converstaion:-
Mr. A: Why you when sembahyang time got to CALL you to sembahyang everytime sembahyang time ?
Mr. B: Ooo..that one because of Sunnah ! Must do one !
Mr. A: Oooo...so everytime has to CALL you aaaa...!
Mr. A: Ehhh..your boss everyday call you when time to go to work ka ?
Mr. B: ????
So How ?
Salaamun Alaikum, Ayat Alquran ini:
"Apa, tidakkah mereka merenungkan Al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?” (Quran: 7:24)"
Ia ialah Ayat 47:24, minta diperbetulkan dlm artikel.
Sdr Azman
Terima kasih. Salam
J
Ya memang benar akan kata-kata penulis..bila mana masyarakat Islam kita terutamanya bangsa Melayu melihat Islam dari kacamata agama,maka akan timbullah kejumudan dalam minda dan membatasi dalam segenap aspek kehidupan,kerana agama dipandang dari sudut upacara yg dihiasi dengan simbol2lan,kias2an,.agama jugak bknlah dari bhs Arab dan semestinya perkataan tersebut tidak terdapat di dalam Al-Quran.Agama berasal dari perkataan Sanskrit yg bermaksud 'Tidak kacau'.sedangkan Allah tlh menetapkan Islam itu suatu ad-Dean ('carahidup') bagi manusia.
Post a Comment