Soal Aqidah atau Undang-undang?
Setiap orang Muslim dalam Negara ini menerima bahawa “rukun Islam” adalah lima perkara iaitu:
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Sembahyang
- Puasa
- Zakat
- Mengerjakan Haji jika mampu.
Perkara-perkara di atas di katakan sebagai asas akidah. Jika ada mana-mana orang yang mendakwa diri nya sebagai Muslim tetapi tidak mahu beriman dengan syahadah, maka akidah nya di katakan rosak dan ia bukan lah seorang Muslim. Mustahil mengaku Muslim kalau tidak mahu beriman kepada Allah.
Begitu juga dengan sembahyang lima kali sehari diterima sebagai amalan ibadah yang wajib dan di ungkapkan sebagai “tiang agama”. Persoalan nya ialah adakah kelima-lima rukun Islam harus diperundangkan? Sebagai contoh, menjadikan ia sebagai satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang syariah jika seorang yang di takrif sebagai Muslim oleh undang-undang tidak mengerjakan sembahyang pada waktu nya kecuali mempunyai alasan yang munasabah?
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi pelbagai perkara yang berkaitan dengan akidah telah diperundangkan di mana tidak melakukan nya menjadi satu kesalahan jenayah dibawah undang-undang syariah.
Sebagai contoh, Seksyen 14 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan:
Any male person, being baligh, who fails to perform the Friday prayers in a mosque within his kariah for three consecutive weeks without uzur syarie or without any reasonable cause shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both".
Menurut seksyen 14 di atas seorang Muslim dalam Wilayah Persekutuan yang tidak melaksanakan sembahyang Jumaat selama tiga kali berturut di masjid yang berada dalam kariah nya melakukan suatu kesalahan jenayah.
Beberapa contoh lagi boleh diberikan daripada Akta-akta syariah Negeri-negeri dimana beberapa perkara akidah telah di perundangkan dibawah kesalahan jenayah syariah.
Bertitik tolak daripada contoh diatas, apakah orang Melayu mahu perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akidah juga diperundangkan? Adakah kita mahu menjadikan kegagalan sembahyang mana-mana waktu atau tidak sembahyang juga sebagai satu kesalahan jenayah?
Orang Melayu, memandangkan mereka di takrif sebagai “Muslim” mengikut undang-undang syariah Negeri-negeri, harus mahu berfikir: - adakah mereka mahu perkara-perkara akidah di uruskan melalui dakwah serta pendidikan atau melalui undang-undang?
“Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia amat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia amat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (Quran: 16:125)
Saya percaya walaupun setiap warganegera Muslim tertakluk kepada kesan dan penguatkuasaan undang-undang syariah Negeri-negeri, ramai yang tidak tahu peruntukkan-peruntukkannya.
Seksyen 3 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 pula memperuntukkan berkaitan dengan penyembahan berhala:
(1) Any person who worships nature or does any act which shows worship or reverence of any person, animal, place or thing in any manner contrary to Islamic Law shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding three thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
(2) The Court may order that any device, object or thing used in the commission of or related to the offence referred to in subsection (1) be forfeited and destroyed, notwithstanding that no person may have been convicted of such offence”.
Pada saya, perkataan “worships nature or does any act which shows worship or reverence of any person, animal, place or thing in any manner contrary to Islamic Law” adalah terlalu luas dan oleh yang demikian boleh di salahguna oleh penguatkuasa. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “melakukan sesuatu yang menunjukkan penyembahan atau ‘reverence’?
Seksyen 11 Akta tersebut pula memperuntukkan keperluan tauliah sebelum seseorang itu boleh mengajar “agama Islam” kepada sesiapa selain daripada keluarga nya sendiri. Disini juga timbul persoalan dengan apa yang di maksudkan dengan “mengajar”. Adakah penglibatan di dalam suatu forum dan memberi pandangan mengenai suatu isu dari perspektif Islam (mengikut fahaman orang yang bercakap) akan di anggap sebagai “mengajar”?
Akta-akta syariah juga mendefinasikan “undang-undang Islam” sebagai “undang-undang Islam menurut mana-mana mazhab yang diiktiraf”. Ini lazim nya merujuk kepada empat mazhab iaitu Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.
Peruntukkan-peruntukkan sedemikian menampakkan kecenderungan pihak berkuasa agama di Malaysia untuk mengawal pengamalan agama di kalangan rakyat Muslim iaitu Melayu.
Pada hakikatnya, perundangan akan memastikan bahawa “Islam” yang sah adalah “Islam” seperti mana yang diperundangkan. Ini akan memastikan kewujudan satu “uniformity” atau kesamaan dari segi amalan agama dalam masyarakat. Ia juga akan memastikan fahaman yang berbeza dengan fahaman penguatkuasa ketika itu tidak akan diberi ruang untuk dibincang atau difikirkan bersama oleh Rakyat Muslim jelata.
Undang-undang syariah juga memberi kuasa kepada fatwa-fatwa pihak berkuasa agama tertentu dimana tidak akur kepada fatwa tersebut menjadi suatu kesalahan jenayah. Bagaimana jika sesorang rakyat Muslim mempunyai fahaman dan pandangan yang berbeza berkaitan dengan suatu isu dengan Majlis Agama yang mengeluarkan fatwa? Jawapannya ialah ia menjadi suatu kesalahan jenayah syariah. Sekiranya pertikaian itu sesuatu yang serius dan di anggap oleh pihak berkuasa undang-undang sebagai “terkeluar daripada fahaman AWSJ”, orang tersebut boleh di takrif sebagai sesat (kafir) oleh undang-undang syariah Negara ini,mungkin melalui fatwa. Kesan takrifan “kafir” ini mempunyai implikasi yang besar dari pelbagai aspek, termasuk ekonomi dan sosial di samping undang-undang.
Bijak kah undang-undang menghukum seseorang itu sebagai “kafir” dalam keadaan dimana seorang itu mengaku berpegang kepada Al-Quran tetapi mempunyai fahaman berbeza? Jika jawapan ya, tidak kah ini mengongkong kebebasan nya untuk mengabdikan diri nya seikhlas dan sedaya fahaman nya kepada Maha Pencipta?
“Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan” (Quran 22:69)
“Dan dalam apa sahaja yang kamu memperselisihkan, keputusannya kepada Allah. Demikian itulah Allah, Pemeliharaku; kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku berkesesalan”. (Quran 42:10)
Sebagai contoh, orang yang berpegang kepada fahaman Syiah adalah di anggap sebagai sesat oleh undang-undang syariah Negara ini. Seperti mana juga orang yang berpegang kepada fahaman Ahmadiyah di anggap sebagai sesat oleh undang-undang syariah Negara Pakistan . Namun, ketiga-tiga kumpulan ini iaitu AWSJ (Melayu), Syiah (orang Iran ), dan Ahmadiyah (orang Pakistan ) tetap menganggap diri masing-masing sebagai Muslim. Ketiga-tiga kumpulan ini mengaku berpegang kepada Al-Quran tetapi mempunyai perbezaan koleksi serta fahaman terhadap hadis, ijmak dan qias. Walaupun ketiga-tiga mereka mengaku berpegang kepada Al-Quran, namun mereka dipecah-pecahkan ekoran undang-undang serta faktor-faktor lain.
Fenomena sedemikian ekoran campurtangan undang-undang dalam bidang kepercayaan amat menarik untuk dianalisa. Ini merupakan keadaan dimana undang-undang berkuasa mengkafirkan seseorang yang meyakini diri nya sebagai seorang Muslim tetapi mempunyai fahaman yang berbeza dengan pihak berkuasa.
“Katakanlah, "Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa mengusahakan hanya terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan” (Quran 6:164)
Bersambung Bab 5 –Insha Allah
Salam !
[NOTA: Sila rujuk Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki/meminta sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan nya di dalam artikel ini. Sebaliknya, penulis alu-alukan sebarang pandangan yang membantu.]
5 comments:
many would argue that the concept of legislating faith is to "protect" Muslims from deviating from the original path. But unfortunately, the consequent of legislating faith is that we have more people who practice, but dont really have faith. Its like many of us are born Muslims, but dont really appreciate what it means to be one, or rather why they choose to be one. I think its the worst thing to do in the name of protecting the originality in Islam. The only way to do so is through understanding and knowledge. Its like education...you cant force someone to learn, can you?
Salam bro Jay,
Boleh tak kalau saya republish siri AMBB tuan di blog saya di bawah satu kategori khas? Total credit to you...
Tolokminda,
No problem. Just appreciate link to this blog.
Salam.
Mac, agree with you. But, "I think it's the worst thing to do in the name of protecting the originality in Islam", what I see is that there seem to be gross and rampant distortion of Islam when one starts to read and analyse deeply the contents, Allah's revelations, found in the quran, against what we can witness as practiced by majority of Muslims worldwide.
Have you ever noticed and start to ask why is it that the hadiths are taken as primary reference instead of what should be of the quran?
Salam,
Dengan adanya teknologi internet yg banyak memberi maklumat2 mengenai agama... maka tidak hairanlah satu hari institusi2 agama diabaikan orang2 ramai... sudi2kan jengah ke
http://doktrinisasi.blogspot.com
Post a Comment