Followers

Thursday, June 3, 2010

Adakah Melayu bebas beragama? Bab 5


Di bab 4, saya telah membincangkan beberapa perkara mengenai memperundangkan kepercayaan dengan memberi beberapa sahaja contoh-contoh “kesalahan agama” di sisi undang-undang. Pada asasnya, apa yang termaktub di dalam undang-undang syariah yang di luluskan oleh Dewan Perundangan Negeri dengan kerjasama majlis agama masing-masing wajib (dari segi undang-undang negeri) diterima sebagai undang-undang Islam atau undang-undang Tuhan.

Rakyat Muslim kebanyakkan mengandaikan bahawa segala yang termaktub di dalam undang-undang syariah Negeri-negeri semestinya sejajar dengan ajaran dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Semestinya ia merupakan satu andaiaan sehingga setiap Rakyat Muslim mengesahkan bagi diri nya bahawa peruntukkan-peruntukkan undang-undang tersebut sejajar dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Pengesahan ini adalah satu perkara yang tidak akan di lakukan oleh kebanyakkan rakyat Muslim. Ini bermakna kebanyakkan rakyat Muslim menurutinya tanpa pengetahuan berasas mengenai apa yang dituruti.

Jika kupasan saya di atas berasas, maka timbul beberapa persoalan yang harus di hadapi oleh setiap Rakyat Muslim yang mengambil berat ubudiah atau pengabdian mereka kepada Allah:

(a)                Adakah sikap Muslim untuk menerima sesuatu tanpa usul periksa dan tanpa pengetahuan?

“Dan jangan lah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan disoal” (Quran 17:36)

Tidak kah ayat tersebut dengan jelas menetapkan bahawa sikap seorang Muslim adalah sikap yang memeriksa, menilai dan mengesahkan sesuatu sebelum menerimanya?  Mustahil Allah memberi akal, fikiran dan kebolehan menilai semata mata untuk hiasan! Fahaman saya, wajib bagi Muslim melatih diri nya untuk mempunyai satu “inquiring mind”. Kita di berikan kebebasan untuk mencari, menyelidik dan memahami ajaran Al-Quran. Keperluan untuk menurut sahaja tanpa berfikir atau menilai menghadkan kebebasan tersebut.
Memang, kita masing-masing sibuk dengan hal-ehwal keluarga, kerja dan lain-lain. Namun tidak kah semua itu alasan belaka untuk tidak mahu menilai sesuatu yang menyentuh ubudiah kita?

Boleh kah kita mengatakan kita mengambil berat mengenai persekolahan anak-anak kita jika kita tidak pernah langsung menjenguk sekolah nya untuk memuaskan diri bahawa persekitaran dan guru-guru nya adalah baik? Kalau tidak pernah menjenguk kerja rumah anak-anak kita? Pernah kah kita beli, umpamanya sebuah kereta tanpa “test drive” dan memeriksa nya dahulu? Kita mengambil begitu berat dalam hal-hal “dunia”. Kita tidak bersikap acoh atau bermain-main dengan duit dan perbelanjaan. Namun, dalam bidang ubudiah adakah kita main-main, pakai agak-agak dan percaya pada kata orang lain?

“(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai satu senda-gurau dan mainan, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, mereka Kami melupakan sebagaimana mereka telah melupakan pertemuan dengan hari ini, dan mereka mengingkari ayat-ayat Kami”. (Quran: 7:51)

Apabila kita mengatakan kita mengambil berat agama kita, tahu kah kita apa yang kita katakan atau sekadar menyedapkan hati?

(b)               Apabila di sebut sahaja istilah “undang-undang syariah”, kita akan menyokong nya atas nama Allah tanpa mengetahui isi kandungan nya. Adakah kah sokongan ini satu sokongan yang benar? Ada yang akan begitu beremosi apabila ada Muslim lain yang mahu menilai nya atau mengupas nya secara ikhlas. Konon nya kita begitu sensitif dan mahu “menjaga kesucian Islam”. Bagaimana mungkin menjaga kesucian sesuatu yang kita tidak tahu atau jahil terhadap nya?  

“Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata, "Kami mendapati nenek moyang kami melakukannya, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah, "Sesungguhnya Allah tidak menyuruk berbuat keji” Mengapa kamu mengatakan (sesuatu) atau nama Allah yang kamu tidak ketahui?" (Quran: 7:28)

Sekali lagi, saya percaya mesej dalam ayat diatas begitu jelas: kita tidak boleh menjadi pak turut tetapi sebaliknya seorang penilai. Pak turut tidak bebas, seorang penilai bebas dan bertanggung jawap pada diri nya sendiri. Adakah Melayu Muslim pak turut atau penilai?

(c)                Kita juga menyedapkan hati dengan meyakinkan diri bahawa jika sesuatu itu dituruti oleh orang kebanyakkan atau majoriti, sudah tentu ia benar, atau tidak ada kepalsuan pada nya. Kita mengukur kebenaran sesuatu berdasarkan berapa ramai orang mengatakan atau mempercayainya. Adakah ukuran ini betul? Kalau betul, mengapa Allah memberi amaran berikut kepada kita?:

Dan jika engkau turuti kebanyakan orang-orang di bumi, niscaya mereka menyesatkanmu dari jalan Allah; Mereka tidak lain hanyalah menurutkan sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah membuat kebohongan semata-mata”. (Quran: 6:116)

Hakikat asasnya ialah suatu pembohongan atau kepalsuan tetap kepalsuan kalaupun diulangi oleh berjuta-juta orang berabad-abad. Begitu banyak tahyul dan pemikiran kusut diturunkan dari jenerasi ke jenerasi kerana jenerasi masing-masing mengharamkan pemikiran di luar yang di terima oleh masyarakat.

(d)               Sebagai peguam, sudah tentu saya sedar bahawa seorang rakyat wajib turuti undang-undang yang di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat setelah ianya digazet. Lagi pun, apabila ia nya telah di luluskan sebagai undang-undang, Rakyat Muslim tidak mempunyai pilihan selain daripada menurutinya bagi tujuan mengelakkan hukuman undang-undang

Andaikan anda lakukan suatu kesalahan lalu-lintas (salah letak kereta), anda akan di hukum mengikut undang-undang berkenaan. Mungkin anda akan didenda. Kemungkinan besar anda tidak akan merasakan bahawa kesalahan ini menggugat akidah atau ubudiah anda. It may not affect your religious conscience. Ini adalah kerana tidak ada sesiapa pun yang mengatakan bahawa undang-undang lalu-lintas itu “undang-undang Tuhan”.

Sebaliknya, undang-undang syariah dikatakan atau difahami orang ramai sebagai “undang-undang Tuhan”. Sudah tentu dakwaan ini akan membangkitkan sensitiviti Muslim. Anda juga sudah tentu mahu memastikan bahawa tiada pendustaan dilakukan diatas nama Tuhan. Sebagai contoh, walaupun setiap Muslim menerima sembahyang lima kali sehari, ada kah anda akan terima sebagai “undang-undang Tuhan” jika digubal undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa agama menahan atau denda atau memenjara seorang yang tidak sembahyang?

Undang-undang “biasa” dan undang-undang “syariah” berada di dua tahap yang berbeza. Boleh dikatakan satu itu menyentuh “jasad” dan satu lagi itu menyentu “roh” seseorang”. Apabila ada perkara yang menyentuh roh kita, mahu kah atau berani kah kita mendeligasikan “kesejahteraan” roh kita di akhirat nanti pada tangan manusia lain, walau berkuasa mana pun atau “berilmu” mana pun manusia itu tanpa kaji selidik sendiri? Kita sudah sedar bahawa kuasa dan ilmu bukan penentu mutlak hidayah atau kejujuran.

“Itulah kamu, kamu membela (bagi pihak) mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan membela mereka terhadap Allah pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi pelindung bagi mereka?”  (Quran 4:109)

Sudah tentu setiap Muslim tahu bahawa diakhirat nanti, setiap kita terpaksa menjawab bagi diri kita sendiri.  Kalau kita benar-benar beriman (percaya dengan yakin) dengan ayat ini, adakah kita memastikan bahawa setiap kita menilai setiap undang-undang yang diluluskan atas nama “Allah”? 

(e)                Undang-undang amnya memperuntukkan hukuman. Apabila ada undang-undang yang “memantau” kepercayaan, menentukan bentuk kepercayaan serta amalan agama, ia lebih tertumpu pada mengenakan hukumana daripada memberi pendidikan. Kita akur bahawa adanya “pusat pemulihan” dan “kegiatan kegiatan” yang cenderung pada “pendidikan” agama dalam undang-undang – tetapi ia nya amat hamper sedikit. (Cara pelaksanaan pendekatan ini di Negara kita juga boleh dikupas dan perlu dikupas)

Begitu banyak komplikasi/kerumitan yang timbul apabila kepercayaan di jadikan subjek perundangan.

Bersambung….Insha Allah.

Salam !

[NOTA: Sila rujuk Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki/meminta sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan nya di dalam artikel ini. Sebaliknya, penulis alu-alukan sebarang pandangan yang membantu.]

17 comments:

Sharifah Nor Ashikin said...

Assalamualaikum,

saya tertarik dengan kupasan berkaitan dengan "inquiring mind". Sekian lama, rata-rata kita seolah-olah diajar tidak boleh berfikir dalam hal agama walhal..zaman kegemilangan Islam penuh dengan pemikir dan ahli sains Islam.

Yang tak mau fikir, cakap pasal hati. Tetapi faham kah mereka apa itu hati? Ikut perasaan disamakan dengan hati itu bahaya...tempat duduk syaitan kalau tak berawas.

Islam itu agama yang memajukan umat.

Terima kasih atas meluangkan masa berkongsi tanpa upah.

Nor Ashikin

Henry Lee said...

Bro,

I like what you write. I am afraid what you write is also true in principle for other religion except they are not legislated!

bravo!

Irwan said...

Melayu tidak bebas beragama dan inilah satu-satunya bangsa yang sebegini. Dan aku sangat berbangga kerana tok moyang aku dulu tu berusaha sedaya upaya memastikan Melayu=Islam sebab tanpa Islam, Melayu kat Tanah Semenanjung ni sekadar sekumpulan orang asli yang mudah ditipu oleh orang Belanda dan Inggeris.

Lagi satu, agama itu ialah kebenaran. Carilah kebenaran dan kamu akan jumpa tuhan.

Talhah said...

Dengan segala hormat saya tak mampu untuk rujuk Al-Quran saya seperti yang dicadangkan sebab saya tidak boleh memahami bahasa Arab Al-Quran. Juga saya tidak memahami nahu dan maksud maksud sesuatu ayat itu dengan jelas dari segi lenguk bahasanya dan sebagainya. Sepengetahuan saya Bahasa Arab Al-Quran berbeza dengan bahasa Arab percakapan. Juga saya tidak mengikuti pengajian Al-Quran secara formal maka sejarah dan sebab-sebab seuatu ayat itu diturunkan melampaui pengetahuan saya.

Dari tafsiran Al-Quran saya tidak berani membuat apa-apa kesimpulan dan pendapat secara bersendiri sebab ianya terjemahan sahaja dan tidak mempunyai apa-apa makna melainkan ada pihak yang membuat ulasan tentang ayat tersebut dalam bentuk tafsir.

Contohnya
“Dan jangan lah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan disoal” (Quran 17:36)

dari ayat di atas saya tidak berani untuk membuat apa-apa kesimpulan sebab :-

a) ianya bukan ayat Al-quran ianya cuma satu terjemahan dari AL-Quran. Apakah ayat yang sebelumnya dan selepas nya?. Adakah lain lain ayat dalam Al-Quran yang berkaitan dengan ayat ini. Adakah hadis-hadis yang berkaitan dengannya. Dan jika dirujuk kepada ayat yang asal yang mana didalam bahasa Arab saya sendiri tidak boleh memahaminya dalam bahasanya yang asli.

(Nota: Saya pernah bertukar pendapat dengan seorang rakan berdasarkan satu ayat di dalam New Testament . Ianya didalam bahasa Inggeris. Saya katakan kepadanya "Congratulation You are the first person that i have met who can speak, argue debate and even digest word and phrases in Aramaic the language that Jesus and the Apostles used."

Beliau agak terkeliru sambil menekan ianya di petik dari New Testament yang beliau pegang ketika itu.

(Dalam intonasi menyindir -minta maaf kepada rakan tersebut) saya berkata "Wow i never knew Jesus can speak English".

b) saya tidak mengetahui sebab-sebab ayat ini diturunkan, sejarahnya, samada surah diturunkan di Mekah atau Madinah. Bagaimana wahyu ini turun samada melalui Jibril atau mimpi atau lain lain cara. Siapakah juru tulisnya. Apakah persekitaran sewaktu itu dalam konteks sejarahnyanya. Adakah Rasulullah berseorangan? Apakah yang sedang beliau lakukan ketika wahyu ini turun. Adakah ianya diturunkan khas untuk sesuatu isu waktu kala itu yang dihadapi oleh Rasulullah.

c)Saya juga tidak berkesempatan untuk menilai tafsir ayat ini dari mereka mereka yang mahir.

Say berpendapat ianya satu perkara yang zalim jika saya membuat sesuatu yang mana saya tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Tahniah juga kepada saudara kerana mampu untuk membuat komentari mengenai sesuatu ayat Al-Quran kerana untuk mengeluarkan pendapat dan kesimpulan dari ayat tersebut saudara telah mencapai satu kualiti yang menakjubkan dan sudah semestinya mempunyai displin-displin dalam pengajian Al-Quran.

Salam

Talhah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jahamy said...

Talhah,

Terima kasih atas komen saudara. Persoalan yang timbul akhirnya daripada komen saudara ialah:

1) Bagaimana seorang Muslim boleh
mengetahui dan memahami isi kandungan Al-Quran?

2) Kalau itu lah masalah (seperti yang saudara huraikan dalam komen), apakah langkah2 yang diambil untuk mengatasinya?

3) Adakah saudara mengatakan bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang "baik" yang mempunyai asas kepercayaan, ianya harus mempelajari keseluruhan hadith Bukhari, Muslim, Sunan Abu Dawud, Termidhi, dll, fahaman mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi, usul al-Hadith, usul-al-fiqh, asbabun nuzul yang pelbagai, naskh al mansukh, sirar rasul, dan lain lain disiplin-disiplin yang berkaitan?

4) Apa kah pandangan anda sebagai Muslim terhadap peringatan Allah sebanyak 4 kali dalam Al-Quran yang terjemahan nya bermaksud:-

"dan sesunggunya kami telah memudahkan Al-Quran ini untuk peringatan, adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran?" (Surah 54:17, 22, 32, 40)

Akhirnya, saya ingin mengulangi bahawa tulisan saya itu bertujuan untuk mengajak mereka yang berminat untuk berfikir dan saling belajar dan bukan lah fahaman muktamad kerana yang mengetahui sebenarnya ialah Allah swt.

Salam dan terima kasih ..:)

Anonymous said...

Saya bersetuju akan respon sdr Jahamy terhadap hujah yg diutarakan oleh sdr Talhah. Allah jua yg maha mengetahui dan darinyalah jua petunjuk terhadap sesiapa jua yg dengan penuh ikhlas amat berkeinginan menyelami utk mengetahui kandungan isi alQuran yg sebenarnya. Sesungguhnya di dalam alQuranlah wahyu dariNya yang tiada siapa harus mempertikaikannya.

Juang said...

Salam,

Menyentuh komen saudara tahlah berkenaan bahasa Al Quran, dan berkenaan "Jesus can speak English", membuat saya tertanya, bagaimana Nabi Musa dan Nabi Isa boleh bercakap Arab bila Al Quran menceritakan kisah mereka dalam bahasa Arab?

Apakah daripada malaikat, iblis, Adam dan semua nama-nama yang disebut dalam Al Quran itu bercakap bahasa Arab atau sebenarnya Al Quran menterjemahkan apa yang mereka ucapkan ke dalam bahasa Arab?

Kenapa ada manusia pertikaikan Al Quran diterjemahkan ke bahasa lain sedangkan Al Quran sendiri menterjemahkan bahasa-bahasa para Nabi terdahulu ke bahasa Arab?

Saya sependapat dengan saudara Jahamy tentang Allah permudahkan Al Quran untuk peringatan. Maknanya sesiapa jua yang mahu jadikan Al Quran sebagai peringatan atau amaran untuk dirinya sendiri, pasti Allah akan bantu manusia itu memahami Al Quran beransur-ansur.

Bukankah Allah pernah membantu Nabi memahami Al Quran walaupun Nabi tidak pernah menulis apa-apa kitab sebelumnya?

Jika Nabi pun Allah boleh bantu kerana Nabi mahu dapat peringatan, apakah manusia lain yang mahu dapat peringatan tidak dibantu oleh Allah, Tuhan sekelian alam?

Jahamy said...

Juang,

Salam dan terima kasih. Komen saudara telah membawa satu perspektif yang baru (bagi saya) yang membantu ke arah memahami fakta mengapa Al-Quran dalam bahasa Arab dan mengapa itu tidak harus jadi halangan kepada yang bukan Arab memahami nya dalam bahasa nya sendiri.

Ini lah faedah berbincang.

Salam.

Juang said...

Salam saudara Jahamy,

Saya juga berterima kasih dan menghargai usaha saudara untuk menerokai dan menjelajah isi kandungan Al Quran mengikut daya yang Allah berikan pada saudara. Saya akan menyokong segala usaha murni agar isi kandungan Al Quran diperjelaskan dalam bahasa yang kita fahami tidak kira kita bangsa dan bahasa ibunda apa sekali pun.

Sesuatu yang benar, jika tidak diterokai dan difahami, bukankah itu satu kerugian dalam hidup kita?

Teruskan semangat saudara untuk menulis, kerana pasti ada insan-insan yang membaca apa yang saudara fahami itu. Dan yang pastinya, Allah akan membalas segala kebaikan yang kita lakukan.

Talhah said...

Saudara Jahamy,

Minta maaf sebab terlewat (wowowowo dah beberapa bulan. sangat-sangat lewat ni!!) membalas kerana sibuk ke kebun saya yang baru dibuka di kawasan yang jauh sedikit dari infra super-highway internet. (saya seorang petani)

Berbalik kepada persoalan sedara bertarikh 12 julai 2010. Akan dibahagikan kepada 2 mungkin lebih sebab panjang sikit

1)Secara hakikatnya TIDAK MUNGKIN sesorang individu itu benar-benar boleh mengetahui dan memahami Al-Quran keseluruhannya dari lafaz pertama hingga lafaz terakhir.

Kalau ada yang mempersoalkan pada saya termasuklah Rasulullah sendiri kerana Rasullulah itu sendiri manusia. Minta maaf kalau saya tersalah atau ada yang tersinggung. Tapi saya kalau dipersoalkan di akhirat kelak akan tetap dengan pendirian saya mengatakan ini. Melainkan Allah buat "magik" dan meletakan di dalam hatinya Rasulullah boleh mengetahui dan memahami Al-Quran secara total(macam masukkan data dalam hard drive copy-paste) yang mana pada saya dalam keadaan ini akan menghapuskan sifat kemanusiaaan Rasulullah. S.a.w.

Ini adalah kerana Al-Quran dalam sifatnya yang asli (maksud saya bukan didalam sifat fizikalnya i.e kertas, dakwat)ialah sesuatu yang wahyi/Divine (sebab tu tak boleh bawak masuk dalam jamban agaknya.)

Kalau sesorang itu boleh memahami sebenar-benarnya dari mula hingga akhir Al-Quran (wow tak berani pulak saya nak ungkapkanya di sini nanti orang kata saya sesat pulak. Tapi tak apalah saya rasa di atas nama pencarian ilmu bolehla kot) seolah-olah satu qualiti atau atrribute ketuhanan dimilikinya. Mana mungkin kalau begini jadinya.

Maka dalam sifat keinsanan kita, apa yang boleh kita lakukan ialah secara individu membacanya dengan displin-displin yang tertentu serta mempunyai guru yang yang layak menjadi guru. Kemudian memahami Al_quran secara keummahan atau secara kolektif yang di unjurkan melalui mereka-mereka yang layak yakni mereka -mereka yang telah memiliki keseluruahn displin-dsiplin di dalam pengajian Al-Quran.

Kalau saya mengatakan Rasullullah sendiri dalam sifat manusia secara individu tidak boleh apatah lagi kita. Pada saya muslim haruslah membuang set minda (hahah direct translation mindset) bahawa Rauslllah itu seolah-olah semi-divine. Dia juga manusia tetapi istimewa malahan unik sebab satu-satunya di seluruh ciptaan Allah.s.a.w.

Talhah said...

Saudara Jahamy, (sambungan 2)

- 11- She said, No man, Lord. And Jesus said unto her, Neither do I condemn thee: go, and sin no more.

Beban pembuktian terhadap wanita itu tidak cukup sebab orang yang menuduh tu dah blah dari situ? Pertuduhan ke atasnya tidak jelas? Tidak ada empat saksi yang adil kot? Tapi Jesus sendiri kata 'sin no more' maknanya Jesus kata perempuan itu sendiri berdosa sebelum itu. Adakah berdosa dalam perzinaan atau dosa ini dosa yang lain. Ikut konteks cerita ianya dosa perzinaan. Kalau benar berdosa heran heran kenapa Jesus tak rejam sahaja sebab dia sendiri bebas dari dosa sperti John 8:7 tadi.

Seterusnya adakah jika beban pembuktian jika telah cukup di dalam Kristian hukuman rejam juga perlu di gunakan?

Yang lebih penting lagi adakah saya sebagai Muslim bertindak adil kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dengan membuat kesimpulan sendiri tanpa mempunyai displin pengajian Bible sepeti di atas? Tentunya TIDAK.

Kita bawa contoh ini di dalam tafsiran dan pemahaman Al-Quran maka ianya sama sahaja. Kalau tajwid tunggang langgang dan harapkan terjemahan sahaja di harapkan kita semak semula diri kita.

3) Layman Muslim dan Laywoman Muslimah (heheh marah pulak sister in Islam kalau saya guna gender biased terms), tukang baca sahaja, end user dan tukang sibuk-sibuk macam saya tak perlu keseluruhannya. Tapi kalau tau baguslah. Dan Layman Muslim dan Laywoman Muslimah kena tahu tempatnya. Bila kita tengok cermin kita akan tau bahawa hidung kita tak la mancung sangat.

Tetapi untuk not so layman pulak macam saudara terutama jika dunia Al-Quran dibawa ke dunia WEB dimana ikut potensinya beratus juta akan baca maka perlulah ambil tahu. Kita harus bertanggungjawab bila membawa Kalimah Allah. Jangan jadi macam contoh saya tadi di atas berkenaan Kisah Jesus dan perempuan berzina. Nak cerita pasal bible kononnye tapi habuk pun tarak. Nahu bahasa Inggeris pun tunggang-langgang apatah lagi Aramaic.

4)secara layman muslim .. Bila baca AL-Quran kita patut ambil pendekatan macam Allah depan kita sebab dalam AL-Quran Allah cakap direct dengan kita. Selalu Allah guna 'Wahai si folan-sifolan' Wahai Muslim dan Muslimah. Wahai Rasul etc Al-Quran bukan bentuk third person narratives. Al-Quran tu macam person to person talk. In Al-Quran's case commands from Allah le bukan chit-chat biasa antara kita dan pelayan kedai mamak. Allah cakap direct dengan kita dan kita dengar dan ikut .

Maka pada saya dalam ayat ini Allah cakap (kalau nak manis lagi berfirman kepada saya) janganlah malas sebab AL-Quran itu dimudahkan. Maka sepatutnya semua orang boleh ambil pelajaran.

Allah soal saya 'adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran?"
Sepatutnya saya cakap 'Ya'. Malangnya saya malas sikit. Sorry Allah minta ampun memang saya malas sikit. Jadi saya akan buat rujukan kepada yang telah mahir berkenaan ayat ini sebab mereka tak Malas seperti saya seperti Imam-imam besar etc. Jangan marah saya Ya Allah yang saya cintai. Saya cuba dalam kemalasan saya sedaya-upaya. Kalau nak pukul saya sikit-sikit dah le (kalau nak hukum juga selsema 7 hari mengikut perkiraan dunia boleh lagi kot : kalau ikut perkiraan akhirat lama tuuu!!!: tak boleh tahan tu) jangan lah terus campak saya dalam gaung api.

Kesimpulan saya apabila hendak memperkatakan berkenaan Al-quran berbicara laa dengan Allah/Tuhan anda terlebih. Bermanja-manjalah dengan Allah bila membaca Al-Quran seperti anda bermanja-manja dan berkasih sayang dengan kekasih anda ibu bapa rakan-rakan anda dan lebih lagi. Janganlah bawak ke vulgarity pulak lol. Itu pevert namanya. ewwwwww.

Sesungguh Allah itu ialah tuan punya cinta. Adakah ada perkara lain yang lebih utama dari cinta? Insyallah Allah akan membalas cinta kita dengan pekali infinitum.
Bila saling mencintai sampaikah hati kita memperkatakan sesuatu berkenaaan DIA dalam keadaaan kita sendiri sendiri kurang mahir dan kurang pengetahuan?

Talhah said...

Sambungan 3

Kita bawa contoh ini di dalam tafsiran dan pemahaman Al-Quran maka ianya sama sahaja. Kalau tajwid tunggang langgang dan harapkan terjemahan sahaja di harapkan kita semak semula diri kita.

3) Layman Muslim dan Laywoman Muslimah (heheh marah pulak sister in Islam kalau saya guna gender biased terms), tukang baca sahaja, end user dan tukang sibuk-sibuk macam saya tak perlu keseluruhannya. Tapi kalau tau baguslah. Dan Layman Muslim dan Laywoman Muslimah kena tahu tempatnya. Bila kita tengok cermin kita akan tau bahawa hidung kita tak la mancung sangat.

Tetapi untuk not so layman pulak macam saudara terutama jika dunia Al-Quran dibawa ke dunia WEB dimana ikut potensinya beratus juta akan baca maka perlulah ambil tahu. Kita harus bertanggungjawab bila membawa Kalimah Allah. Jangan jadi macam contoh saya tadi di atas berkenaan Kisah Jesus dan perempuan berzina. Nak cerita pasal bible kononnye tapi habuk pun tarak. Nahu bahasa Inggeris pun tunggang-langgang apatah lagi Aramaic.

4)secara layman muslim .. Bila baca AL-Quran kita patut ambil pendekatan macam Allah depan kita sebab dalam AL-Quran Allah cakap direct dengan kita. Selalu Allah guna 'Wahai si folan-sifolan' Wahai Muslim dan Muslimah. Wahai Rasul etc Al-Quran bukan bentuk third person narratives. Al-Quran tu macam person to person talk. In Al-Quran's case commands from Allah le bukan chit-chat biasa antara kita dan pelayan kedai mamak. Allah cakap direct dengan kita dan kita dengar dan ikut .

Maka pada saya dalam ayat ini Allah cakap (kalau nak manis lagi berfirman kepada saya) janganlah malas sebab AL-Quran itu dimudahkan. Maka sepatutnya semua orang boleh ambil pelajaran.

Allah soal saya 'adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran?"
Sepatutnya saya cakap 'Ya'. Malangnya saya malas sikit. Sorry Allah minta ampun memang saya malas sikit. Jadi saya akan buat rujukan kepada yang telah mahir berkenaan ayat ini sebab mereka tak Malas seperti saya seperti Imam-imam besar etc. Jangan marah saya Ya Allah yang saya cintai. Saya cuba dalam kemalasan saya sedaya-upaya. Kalau nak pukul saya sikit-sikit dah le (kalau nak hukum juga selsema 7 hari mengikut perkiraan dunia boleh lagi kot : kalau ikut perkiraan akhirat lama tuuu!!!: tak boleh tahan tu) jangan lah terus campak saya dalam gaung api.

Kesimpulan saya apabila hendak memperkatakan berkenaan Al-quran berbicara laa dengan Allah/Tuhan anda terlebih. Bermanja-manjalah dengan Allah bila membaca Al-Quran seperti anda bermanja-manja dan berkasih sayang dengan kekasih anda ibu bapa rakan-rakan anda dan lebih lagi. Janganlah bawak ke vulgarity pulak lol. Itu pevert namanya. ewwwwww.

Sesungguh Allah itu ialah tuan punya cinta. Adakah ada perkara lain yang lebih utama dari cinta? Insyallah Allah akan membalas cinta kita dengan pekali infinitum.
Bila saling mencintai sampaikah hati kita memperkatakan sesuatu berkenaaan DIA dalam keadaaan kita sendiri sendiri kurang mahir dan kurang pengetahuan?

Talhah said...

Sambungan 4

Kesimpulan saya apabila hendak memperkatakan berkenaan Al-quran berbicara laa dengan Allah/Tuhan anda terlebih. Bermanja-manjalah dengan Allah bila membaca Al-Quran seperti anda bermanja-manja dan berkasih sayang dengan kekasih anda ibu bapa rakan-rakan anda dan lebih lagi. Janganlah bawak ke vulgarity pulak lol. Itu pevert namanya. ewwwwww.

Sesungguh Allah itu ialah tuan punya cinta. Adakah ada perkara lain yang lebih utama dari cinta? Insyallah Allah akan membalas cinta kita dengan pekali infinitum.
Bila saling mencintai sampaikah hati kita memperkatakan sesuatu berkenaaan DIA dalam keadaaan kita sendiri sendiri kurang mahir dan kurang pengetahuan?

Talhah said...

Saudara Juang. Minta maaf lambat sedikit. Bahgian (1)

Begini. Kalau saudara biasa membaca AL-Quran dan Bible saudara mesti nampak perbezaannya.
Pertamanya Bible ialah bentuk utamanya ialah naratif. Yakni Cerita.Rujuk mudahnya bandingkan

1) Genesis 1:1 (King James Version) perkataan 'In the begining'
Dalam Bahasa Melayu 'Pada Mulanya'
dan
2) Al-quran Surah AL-Iqra:1
'IQRAK' !!!! (Makna lebih kurang -Bacalah!!!!)
Untuk mudah tafsiran dan sebagai ilustrasi dengar cerita ini yang saya REKA sendiri dan anggap ada sorang tukang bernama Abu bercerita di depan anda.

Kalau dalam format Bible:-
Hikayat Sang Kancil (Sultan Kedah version)Pak Abu bersila dan bercerite:-
'Pada mulanya Sang Kancil berhasrat hendak melastik buah rambutan. Maka berjumpalah Sang Kancil yang bijak sana dengan seekor Khinzir hutan dan terlastik Khinzir Hutan itu sampai mati..'
Begitulah ceritanya Anak-anak sekelian. Baliklah rumah makan nasi Pak Abu nak tidur sekejap. Lain kali kita sambung lagi. Pak Abu pun pergi tidur.
Kalau dalam Format Al-Quran: Pak ABu terus cakap in verbatim dan
Pak ABu tidak bercerite tetapi mengulang semula.

' Dengar Sini!!! Dulu aku Kancil yang bijak sana hendak melastik Rambutan. Maka Aku berjumpa dengan Baby (yakni seekor Khinzir Hutan). Aku yang bijaksana terlastik hidungnya dan termasuklah seketul batu di lubang hidungnya sampai ke esofagusnya. Maka Lemaslah Baby laksana seekor Ikan Keli di atas batas sawah. Begitulah jika Aku hendak membuat iktibar dan perbandingan dan aku sebaik baik tukang membuat perbandingan. Wahai Pendengar sekelian Tidak kah kamu memahami dan mengambil iktibar dari seekor Khinzir Hutan?

Pak Abu lepas tu terus diam dan beredar dan pendengar berkata (bukan Sang Kancilnya atau Pak Abu) 'Benarlah Firman Kancil itu'

(Bersambung)

Talhah said...

Saudara Juang. Minta maaf lambat sedikit. Bahgian (2)

Adakah saudara Juang sudah nampak perbezaanya?

Maka seterusnya gantikan
Pak Abu dengan Matthew (untuk Bible) dan Jibrail (untuk Quran)

Mathew ialah pencerite dan pelapor yang beliau dengar atau tahu dan Jibrail ialah Tukang ulang untuk Muhammad s.a.w. Dengan kata lain Jibrail ulang Apa Allah cakap in verbatim tidak ada perbezaan sedikit pun.

Dari contoh di atas maka Kisah Isa dan Musa ialah Kisah yang ALLAH sendiri cakap dan cerite. Pada waktu itu Allah guna bahasa Arab untuk berkomunikasi dengan Muhammad s.aw. Dan ianya kekal hinggalah waktu ini dalam bahasa Arab.

Pada waktu Allah hendak berkomunikasi dengan Isa a.s mestilah mengunnakan bahasa beliau iaitu Aramaic. Takkanlah Allah guna bahasa Ingeris. Allah juga tak guna bahasa Arab sebab Isa atau Musa bukan orang Arab.

Kesimpulannya Tidaklah Isa dan Musa itu bercakap Arab. Kisah mereka dalam Al-Quran diulang atau diingatkan sendiri oleh Allah dalam bahasa Arab.

Tetapi Kisah Kitab Asal-usul (Genesis) itu bukanlah dalam bahasa Inggeris dan tukang Ulangnya mengunakan bahasa Inggeris bukan bahasa asal kitab itu, Tambahan pula Genesis ialah naratif dan bukannya apa yang Tuhan cakap secara direct.

Kalau Genesis ialah firman Tuhan secara direct maka ayat dalam Genesis 1-3 maka sepatutnya lebih kurang:-

1 In the beginning I the Lord of Universe created the heaven and the earth.2 And the earth was without form, and void; and darkness was upon the face of the deep. And MY SPIRIT moved upon the face of the waters.3 And I said, Let there be light: and there was light.

Bandingkan dengan text version King James sekarang:-

1 In the beginning God created the heaven and the earth.2 And the earth was without form, and void; and darkness was upon the face of the deep. And the Spirit of God moved upon the face of the waters.3 And God said, Let there be light: and there was light.

Ada bezakan?

Kalau Book of Genesis ialah dalam format Quran maka ianya akan jadi seperti Contoh pertama. Contoh kedua ialah versi narratives and accounts of Matthew.

Terimakasih.

Juang said...

Salam Tahlah,

Bible adalah kumpulan Kitab-kitab Allah terdahulu bersama gospel-gospel (riwayat hidup) Nabi Isa.

Keadaan Bible yang kita lihat itu seperti jika terjemahan Al Quran dikumpulkan bersama-sama riwayat-riwayat hadis Nabi Muhammad dalam satu kitab.

Jika riwayat hadis Nabi Muhammad itu mempunyai nama-nama manusia yang meriwayatkan, macam itulah ayat-ayat tertentu dalam Bible, ia mempunyai nama-nama tertentu yang menceritakan perihal perjalanan hidup Nabi Isa (kononnya).

Bayangkan jika riwayat hadis dalam bahasa Arab sudah pupus, dan yang sampai ke sesuatu zaman manusia hanyalah riwayat hadis dalam bahasa Melayu, maka akan dilihat seolah-olah Nabi Muhammad bercakap Melayu.

Begitulah yang saudara nampak pada Bible yang mengandungi riwayat Nabi Isa (gospel) dalam bahasa Inggeris itu.