Soalan ini mungkin terasa pelik bagi sesetengah orang. Ia
menjadi pelik kerana “Islam” sebenar nya hanya lah “satu” sahaja dan yang berbeza
ialah tafsiran mengenai “rupa bentuk” itu “Islam”.
Tafsiran-tafsiran ini dibuat oleh manusia dengan penggunaan
akal yang dimilikinya berdasarkan sumber-sumber yang dibaca dan dikaji oleh
nya. Lebih banyak fakta, maklumat dan sumber-sumber yang dikajinya, kemungkinan
lebih luas pandangannya untuk membuat suatu tafsiran.
Tafsiran-tafsiran yang dibuat olehnya juga dipengaruhi oleh
keupayaan intelektual serta kerajinan berfikir nya. Sarjana atau orang yang
kurang pandai mempunyai keupayaan berfikir yang kurang berbanding dengan seorang
yang lebih pandai dan rajin berfikir. Disamping itu, kebolehan si penafsir
untuk bersikap adil secara intelektual (“intellectual honesty”), kebolehan
untuk berfikir secara objektif tanpa dipengaruhi oleh prejudisnya, emosinya,
kepentingan peribadinya serta kecendurungannya juga merupakan faktor-faktor
yang boleh mempengaruhi ketepatan tafsirannya.
Iklim politik juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam sejarah manusia untuk menentukan tafsiran mana yang menjadi dominan dalam
masyarakat serta diangkat sebagai tafsiran rasmi. Maka, banyak perkara yang
mempengaruhi penafsiran apa itu “Islam” serta rupa bentuknya dalam masyarakat
tertentu.
Tafsiran mengenai Islam mungkin akan menghasilkan keputusan
yang berbeza-beza berdasarkan sumber-sumber rujukan yang digunakan.
Al-Quran sahaja?
Sebagai contoh, adakah tafsiran anda berdasarkan Al-Quran
semata-mata?
Kumpulan ini mengelar diri mereka sebagai “Quranist”,
manakala mereka dikecam oleh kumpulan lain sebagai “anti-hadith”. Kumpulan ini
merasakan bahawa tafsiran berdasarkan Al-Quran sahaja memadai kerana Al-Quran
itu wahyu Allah yang lengkap serta mudah difahami. Mereka juga merasakan bahawa setiap Muslim wajib
membaca dan memahami Al-Quran bagi dirinya kerana setiap individu bertanggungjawap
bagi dirinya sendiri. Mereka berpendapat bahawa Al-Quran memberi tafsirannya
sendiri didalam Al-Quran dan kesemua ayat-ayat didalam Al-Quran itu adalah
wahyu Allah yang sahih tanpa sebarang keraguan.
Kumpulan ini juga berpendapat orang lain tidak mungkin
memikul kegagalan atau kecuaiannya untuk memahami Al-Quran. Mereka juga
berhujah bahawa kewajiban memahami Al-Quran adalah satu usaha yang tidak boleh
didelegasikan kepada pihak ketiga.
Al-Quran dan Sunnah?
Adakah tafsiran anda Al-Quran dan Sunnah?
Sunnah pada hari ini terbuku dalam kitab-kitab “hadis” yang
digelar sebagai “Al-Sihah Al Sittah” yang
secara literalnya bermaksud “enam yang sahih” walaupun bukan kesemuanya
dianggap sahih kecuali kedua-dua koleksi yang pertama didalam senarai dibawah.
Kumpulan Shia mempunyai koleksi hadis mereka yang tersendiri.
Kumpulan Sunna Wal-Jamaah menerima
enam koleksi hadis dibawah ini sebagai yang terpenting:
- Sahih
Bukhari, dikumpulkan oleh Imam Bukhari (d. 870), mempunyai 7275 hadiths (2,602
tanpa pengulanggan)
- Sahih
Muslim, dikumpulkan oleh Muslim b. al-Hajjaj (d. 875), mempunyai 9200 (3,030
tanpa pengulangan)
- Sunan
al-Sughra, dikumpulkan oleh al-Nasa'i (d. 915)
- Sunan Abi Da'ud,
dikumpulkan oleh Abu Da'ud (d. 888)
- Sunan
al-Tirmidhi, dikumpulkan oleh al-Tirmidhi (d. 892)
- Kadang-kadang
dirujuk sebagai Al-Muwatta, dikumpulkan oleh Imam Malik (d. 796) dan
kadang-kadang Sunan Ibn Majah, dikumpulkan oleh Ibnu Majah (d. 886). Ada
juga yang menerima Sunan al-Darami sebagai yang keenam.
Hadis-hadis yang sahih dikatakan telah melalui satu proses pengsahihan
yang ketat oleh pengumpul hadis-hadis ini. Kumpulan ini berhujah, diantara lain,
bahawa Al-Quran itu tidak mudah difahami tanpa bantuan hadis-hadis didalam
banyak perkara, sebagai contoh dalam hal sembahyang lima kali sehari. Mereka
juga bergantung kepada asbabun nuzul
iaitu penulisan berkaitan dengan mengapa suatu ayat Al-Quran itu diturunkan
untuk membuat penafsiran. Dalam perbincangan mengenai asbabun nuzul juga timbul isu-isu kesahihan dan pemalsuan.
Disamping hadis-hadis yang sahih, terdapat bermacam-macam hadis
yang palsu yang telah lahir didalam didalam “sejarah Islam”. Terdapat pelbagai
sebab mengapa pemalsuan hadis (wad
al-Hadith) ini berlaku termasuk sebab-sebab kepentingan politik dan
kepentingan perkauman.
Maka amat jelas sekali bahawa bagi mereka yang mahu
bergantung kepada hadis sebagai asas, ia harus berwaspada bahawa hadis yang
dipercayai itu adalah hadis yang sahih dan tidak bertentangan dengan wahyu
Allah didalam A-Quran. Walaupun tuduhan terhadap orang lain sebagai “anti-hadith”
amat mudah, jangan pula kita menjadi penyebar hadis palsu dan melanjutkan
penipuan diatas nama Rasul.
Al-Quran, Sunnah,
Ijma’ dan Qiyas?
Disamping Al-Quran dan Sunnah, ijma dan qiyas juga membentuk “rupa
Islam” dalam masyarakat. Ijma’ dan Qias adalah hasil daripada pemikiran dan
penganalisaan para ulama agama.
Ijma dalam penggajian usul
al-fiqh bermakna persetujuan atau persepakatan kesemua sarjana-sarjana
masyarakat Muslim tanpa sebarang kekhilafan atau perbezaan pendapat dalam hal
yang berkenaan. Maka dalam konsep ijma ini, tidak ada ruang untuk sebarang
perbezaan pendapat atau persetujuan majoriti. Untuk sesuatu perkara itu dilayak
untuk menjadi hasil ijma’ ia mestilah hasil pesetujuan semua sarjana-sarjana
dalam masyarakat Muslim.
Qiyas pula merupakan proses untuk membuat suatu kesimpulan
dalam suatu perkara berdasarkan perbandingan dengan perkara lain.
Pendek kata, ijma’ dan qiyas adalah hasil daripada usaha
pemikiran dan penganalisaan ulama-ulama agama dan sarjana-sarjana pengajiaan
Islam atau kumpulan yang di panggil sebagai ahlul
fuqaha.
Pada asasnya, itulah
sumber-sumber yang boleh mempengaruhi tafsiran yang akan menghasilkan rupa
bentuk “Islam” dalam masyarakat. Pengajian usul
al-fiqh dan usul al-hadith adalah
suatu bidang yang dianggap komplek namun saya percaya saya tidak salah jika
saya katakan bahawa bidang-bidang ini adalah hasil pemikiran dan penganalisaan
ulama-ulama agama dan sarjana-sarjana agama.
Salam.
[NOTA: Sipembaca dikehendaki membuat kajiannya sendiri dan
tidak digalakkan menerima penulisan diatas tanpa selidik. Komen-komen dan
pembetulan fakta, jika ada, dialu-alukan].
3 comments:
Perkara yang perlu diketengahkan ialah ajaran2 dari tafsiran al-Quran yang kelihatan amat sesuai digunakan dengan zaman. Jadi kalau melihat kesesuaian dengan zaman ini, maka menafsirkan al-Quran dengan hadis2 lebeh mudah menyebabkan berlakunya kekhilafan berbanding menafsirkan al-Quran dengan akal. Ada tiga kelecehan menafsirkan al-Quran dengan hadis, iaitu;
1. Perlu memastikan yang hadis itu memang menafsirkan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan.
2. Perlu menafsirkan hadis yang hendak menafsirkan ayat al-Quran pula.
3. Memastikan kesahehan hadis yang hendak menafsirkan ayat al-Quran.
Manakala menafsirkan al-Quran dengan akal - yang diperlukan hanya interaksi akal dengan ayat-ayat al-Quran sahaja. Walau bagaimanapun menafsirkan dengan akal perlukan ilmu, tetapi ilmu menafsirkan al-Quran tidak semestinya diperolehi dari kitab-kitab riwayat hadis.
Memandangkan menafsirkan al-Quran dengan hadis juga adalah metodologi yang direka cipta oleh akal manusia, maka ia juga boleh berlaku kesilapan. (Kitab-kitab riwayat2 hadis dan kaitannya dengan kemunculan mazhab Sunnah & Syiah lihat disini (klik)
Ditambah pula ada banyak diantara hadis2 itu yang tidak dapat berfungsi sebagai "penjelas" ayat-ayat al-Quran, sebaliknya menokok tambah apa tidak ada didalam al-Quran. Hadis-hadis yang menokok tambah ini sebenarnya tidak diperlukan sebagai sumber ketetapan hukum.
Jadi menafsirkan al-Quran dengan hadis2 lebih mudah menyebabkan banyak berlaku kekhilafan berbanding menafsirkan al-Quran dengan akal. Namun seeloknya akal itu pula diolah kepada metodologi tafsir al-Quran dengan al-Quran.
Kalau kita membaca mengenai bagaimana saudara baru tertarik kepada Islam baik di Malaysia seanterio dunia,mereka menghampiri Islam melalui pengertian AlQuran. Mereka menemui petunjuk dan konsep yang unik dan tidak disangka oleh mereka. Diantaranya keesaan Tuhan. Tuhan yang tidak memerlukan apa apa, yang memeberi rahmatNya kepada sesiapa saja, yang memandang maklukNya secara samarata.
Dan rahmatnya yang terbesar ialah Islam sebagai cara hidup (deen)dengan memanfaatkan pemberiannya serta mematuhi hukum azali dan mengambilkira fitrah manusia.
Bukan Islam yang menganggap Al Quran sebagai benda ajaib yang boleh memeberi kesan dengan membaca berulang ulang atau dilagukan dengan pelbagai loghat atau resam tanpa memahami mesejnya.
Dan Allah bukanlah Tuhan yang mengharapkan hadiah berupa bacaan tasbih atau termakan puji bila dipuji. Sebaliknya ia mengajar manusia bersyukur, merendah diri, memberi dan mengambil pengajaran untuk kebaikan diri manusia itu sendiri.
Sangat tepat saudara berfikir tentang Islam yang mana hendak dipilih. Islam sekarang penuh dengan caca merba. Bagi saya ketengahkanlah Islam yang mudah (minimalist)yang selari dengan asas dan esennya.
Salamun a'laikum... saudara-saudara sekalian...bagus jugak akan tajuk yang diutarakan...sbg menambah wacana minda...bagi pendapat hamba yg dhoif ini,tidaklah salah kiranya sebagai seorang muslim hendaklah kita mempelajari sebanyak mana pun keilmuan dalam aspek ad-Dean spt ilmu tauhid,fekah,usul fiqh,al-Quran,ilmu hadis dll.. dengan itu akan memberikan kita input dalam proses mencari kebenaran...dalam pada itu jangan dilupakan dalam mengkaji Al-Quran,kerana Al-Quran petunjuk jalan yang lurus yang tiada kebengkokkan didalamnya.
Post a Comment