Sekiranya kita melihat kepada sejarah turunnya wahyu-wahyu daripada perspektif Quran, kita akan dapati, antaranya, beberapa perkara seperti berikut:
1. Hampir setiap rasul membawa mesej yang berlawanan dengan adat, fahaman, agama, dan cara hidup di zamannya (Quran: 21:53, 23:24, 26:74-76)
2. Hampir setiap Rasul ditindas dan di tindas oleh sebahagian besar umatnya termasuk oleh sanak saudara dan kawan-kawan nya.
3. Setiap rasul mengajak umat nya menggunakan akal dan berfikir manakala pendita-pendita serta pembesar-pembesar dizamannya melarang manusia daripada berfikir mengenai mesej yang di bawa oleh Rasul tersebut (Quran: 5:100), 12:111, 13:19, ;
4. Setiap Rasul mengajak umat nya untuk sujud atau mengabdikan diri hanya kepada Tuhan semesta alam, bukan pun pada dirinya – Ini bererti setiap Rasul mengajar manusia membebaskan diri daripada kongkongan manusia lain. (Quran: 7:65, 7:73, 7:85, 16:36)
5. Setiap Rasul mengajak umatnya menegakkan keadilan tanpa mengira bangsa, keturunan, darjat dan sebagainya (Quran 57:25)
6. Setiap Rasul adalah reformis masyarakat nya (Quran: 43:24) dan bukanlah tukang “agama” yang membaca beberapa mantra (Quran 21:15, 37:36, 23:83),
7. Setiap Rasul tidak meminta sebarang upah, ganjaran dunia atau jawatan untuk menyampaikan ilmu Tuhan (Quran: 26:145, 26:164);
8. Setiap Rasul dan pengikut mereka ditindas oleh pembesar-pembesar serta “cerdik-pandai” zamannya yang mahu mengekalkan status quo (Quran: 2:170).
Penindasan terhadap Nabi Muhammad dan pengikutnya
Sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhamad sendiri terpaksa melalui cabaran selama 23 tahun dalam menyampaikan ayat-ayat Quran. Cabaran pertama yang beliau menerima adalah daripada penduduk Mekah sendiri yang mengenali beliau sejak kecil. Pengikut-pengikut awal Muhammad dikenakan pelbagai hukuman kejam oleh pembesar-pembesar Mekah hanya semata-mata kerana mereka mahu berfikir dan menerima mesej yang di bawa oleh Muhammad. Ramai yang di usir dari tempat kediaman mereka dan kehilangan harta benda semata-mata kerana mereka mahu sujud hanya kepada Allah tanpa syirik.
Sejarah menceritakan bagaimana Nabi Muhammad sendiri ditawarkan dengan pangkat dan harta benda oleh pembesar-pembesar Mekah supaya meninggalkan Islam, namun baginda menolaknya. Kecekalan Nabi Muhammad dalam mentaati ajaran Allah adalah satu sunnah atau perbuatan baginda yang harus di turuti.
Kita harus sedar bahawa penindasan agama di Mekah jahiliyah berlaku hanya semata-mata kerana, dalam bahasa moden, penyampaian “idea” yang bukan lazim dalam masyarakat. Tanpa mahu berbahas, berbincang dan berfikir, mereka yang berkuasa mengambil jalan singkat dengan menindas “idea baru”. Pembesar-pembesar Mekah ketika itu tidak mahu memberikan kebebasan beragamakepada pengikut Nabi Muhammad.
Kesemua penindasan ini berlaku walaupun Nabi Muhammad tidak memaksa sesiapa pun untuk mempercayai atau menerima wahyu yang di bawa oleh nya. Kesemua penindasan ini berlaku walaupun pembesar-pembesar Mekah tahu bahawa Al-Quran menyebut:
“Dan sekiranya Tuhan kamu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang di muka bumi semua mereka, kesemuanya. Apakah engkau hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai)? (Quran:10:99)
“Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas jalan yang benar daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada buhulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus; Dan Allah Mendengar, Mengetahui”. (Quran: 2:256)
Keperluan ruang berfikir untuk menjadi seorang yang beriman berdasarkan nas
Sesiapa sahaja yang mahu berfikir akan lihat kepada ruang pemikiran bebas yang diberikan oleh Allah kepada manusia terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kepercayaan atau aqidah. Apabila kita membandingkan ayat-ayat Al-Quran yang mengajak manusia berfikir dengan sikap jahiliyah Mekah yang menindas pengikut-pengikut Nabi Muhammad, kita akan sedar beberapa perkara:
a) Memaksa pandangan kita keatas orang lain adalah sikap jahiliyah yang membantut perkembangan minda manusia;
b) Penindasan perkembangan intelek adalah berlawanan dengan ajaran Tuhan dan juga merupakan sikap jahiliyah.
c) Pengharaman ruang berfikir adalah sifat jahiliyah.
Selepas lebih 1500 tahun setelah Al-Quran diturunkan, apakah keadaan nya sekarang? Adakah mereka yang mengaku diri mereka sebagai Islam diberikan ruang berfikir dan kebebasan diri untuk mereka mengamalkan Islam seperti mana yang di fahami oleh nya?
Pelbagai perkara telah berlalu sejak sempurnanya Al-Quran diturunkan. Hari ini kita mempunyai himpunan hadis-hadis dan pelbagai kitab-kitab tulisan ulamak. Banyak sumber ilmu yang terdapat bagi mereka yang mahu mencari atau menyelidik. Seharusnya, kita bermula dengan Al-Quran dahulu.
Bagaimana keadaannya hari ini?
Persoalannya: adakah seorang Muslim itu bebas untuk menilai, menerima atau menolak pandangan manusia yang di gelar sarjana atau ulamak? Adakah Muslim ini akan dihukum, dicaci atau dipandang serong oleh ahli-ahli lain dalam masyarakatnya? Bagaimana pula jika seorang Muslim itu lebih bersetuju dengan pandangan ulama A yang tidak popular dan bukan dengan ulama B yang terkemuka (Quran 39:18)? Bukan kah kita tahu bahawa politik dan suasana boleh mempertokohkan seorang yang kurang bijak atau berpura-pura dan mengenepikan orang yang sebenarnya bijak dan jujur? Teknik pemasaran hari ini amat canggih. Tarikan kemewahan dunia dan pangkat amat menggoda.
Atau adakah kedudukannya sekarang begini: mereka yang bergelar sebagai Muslim tidak lagi perlu berfikir kerana segala usaha berfikir sudah pun dilakukan oleh sarjana silam? Bagaimana dengan perkembangan pemahaman ayat-ayat Al-Quran berdasarkan perkembangan ilmu dan teknoloji? Atau adakah Muslim hari ini hanya perlu beriman dan ikut sahaja pihak-pihak yang telah diberikuasa oleh pihak berkuasa?
Persoalan-persoalan ini timbul kerana kita sebagai individu lah yang akan disoal dan dipertanggungjawapkan terhadap akidah dan amalan kita di bumi ini oleh Allah. Perkara ini amat jelas di dalam Al-Quran.
"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, sebagaimana Kami menjadikan kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan dibelakangmu (duniamu) apa yang Kami mengurniakan kepada kamu. Kami tidak melihat bersama kamu penolong-penolong kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu Allah. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah hilang daripada kamu." (Quran: 6:94).
Akan Bersambung Bab 2…Insha Allah.
Salam!
[NOTA: Sila rujuk Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki/meminta sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan nya di dalam artikel ini. Sebaliknya, penulis alu-alukan sebarang pandangan yang membantu.]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
[16:106] "Any one who after accepting faith in Allah utters unbelief except under compulsion his heart remains firmly in faith but such as open their breast to unbelief on them is wrath from Allah and theirs will be a dreadful penalty"
Let's read the Quran. And why not make it a meaningful reading as well.
Peace.
salam.
setiap manusia berakal. dari akal inilah kita kena buat keputusan samada sesuatu tu betul atau tidak.
akal itu pula kena ada guide line camana sambungan neuron dalam otaknya dicantumkan. ada yang tercantum sebab kebiasaan menurut nafsu. Ada yang tercantum dek perkara2 yang dialami, ada yang memang pre-programmed macam mencari tuhan/kebenaran.
Guideline itu pula, mestilah ditafsir dengan coach orang yg ahli. Kita boleh baca, tapi kena refer dengan otai apa yang telah difahami oleh ulama' sebelum ini. Takbley main suka2 tafsir, excerpt sana, paste sini. Nantik, samalah kita macam media di Malaysia yang suka cut-n-paste part2 yang diorang suka dalam speech seseorang untuk buatkan orang yg bercakap tu bercakap macam orang takde ilmu..
Anyway, masing2 ada pendapat masing2. Jika ada pertembungan pendapat antara 2 ulama, dua2 pandangan kita hormati sebab kita ni sapa? Secikai2 ulama jahat tu pun, dia lebih berilmu dari kita. Kita diajar agar mencari jalan tengah sebab hati kedua2 ulama2 tadi kita kena jaga, disamping kebenaran (truth) yg kita cari. Barulah Islam. Ni kang kalau kita pilih sides, ulama2 ni pulak yang kita exposekan kepada serangan setan. Dan serangan terhadap mereka lagi dahsyat dari bisikan2 yg dtg kat kita. Harapan kita semoga Allah beri hidayah kepada kita semua dalam menentukan apa kebenarannya, bukan menentukan sapa betul dan sapa salah dan kena mati berdarah.
Dalam mencari truth, memang kita kena banyak main lojik, deduktif reasoning, pareto, macam2 tool berpikir lagi, tapi basic guideline kena ada: iaitu pemahaman tentang Al-Quran dan sunnah. Kalau tak pernah belajar secara formal dan telah ditauliahkan, lawanlah setan dalam hati tu tiap kali mereka cuba nak suruh kita bercakap against any ulama punya pandangan.
Kita yg intelektualis ni, kena belajar2 rendahkan diri dengan golongan imam, bilal, ulama, makbapak, sesiapa saja.
The moment kita rasa kita betul jer, kita dah berada di jalan Iblis. Kita takkan tau apa yang betul apa yang tidak dan kita harap Allah sentiasa membimbing kita ke arah Nya. Wallahu alam
Post a Comment