Followers

Monday, April 27, 2009

Adakah anda seorang "penilai" atau "peminat?" - Respon kepada KomentaR

Seorang pembaca blog ini telah memberi komen berikut yang mana saya dapati mengandungi beberapa perkara penting yang perlu dihurai:

Salam ustaz,

terima kasih atas jawapan tuan.dan terima kasih atas niat tuan tentang penghuraian lain di masa depan. saya sedar diri ini kurang tercabar untuk jadi penilai. saya masih struggle di tangga bawah maslow's theory of needs. macam mana saya nak jadi penilai bila saya sibuk bekerja untuk memberi makan keluarga. saya buat aktiviti kehidupan untuk hidup saya. Apa yang saya dapat jadi penilai? kalau menurut penerangan tuan tangga moral penilai jauh lebih tinggi dari peminat. Tapi apa kepentingan moral bila perut lapar? Adakah saya perlu takut kalau saya lupa, tuhan yg saya tak nampak akan marah dan seksa saya. sedangkan saya lupa kerana nak hidup? Tuhan ini juga bagi saya hidup. Kesedaran saya belum sampai tahap penilai masih di tahap ahli perut.Maaf kerana bangkitkan soal ini.
ps. menunggu article baru tentang ahli perut
.

Respon saya:

Pertama sekali, saya bukan ustad tetapi masih ditahap seorang pelajar. Saya sentiasa berasa amat aneh apabila seseorang itu digelar sebagi “pakar Islam” walhal Allah telah berfirman bahawa kalau lautan itu digunakan sebagai dakwat untuk “ilmu” Allah, lautan itu maih tidak mencukupi (Quran: 18: 109). Kalau seorang itu digelar sebagi pakar agama, saya mungkin tidak terasa aneh sebab memang agama itu ciptaan manusia dan sememangnya manusia yang mencipta agama itu adalah pakarnya. Islam adalah “addeen” dan bukan nya agama.

Maslov’s theory of needs memang menarik dan dari satu sudut boleh diterimapakai bagi memahami tingkahlaku manusia. Namun, pada saya ia adalah satu theory yang tidak benar walau pun betul. Ada perbezaan yang besar diantara apa yang “betul” dan apa yang “benar”. Tetapi bukan lah tujuan respon ini untuk mengkaji theory Maslov disini.

Sebenarnya, keperluan untuk hidup adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh seorang mukmin kerana kita diberi kehidupan oleh Maha Suci. Seorang penilai tahu bahawa maha Suci telah menetapkan kesemua ini sebagai satu “natural law” atau semula jadi serta sifat kehidupan sejak ciptaan. Ia redha dengan sifat itu dan tidak menjadikan nya sebagai satu alasan atau masalah untuk “mengasingkan diri” dari Maha Suci. Kita tidak perlu Maslov untuk terangkankan perkara ini.

“Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Quran 2:155)

Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali." (Quran 2:156).


Manakala Maslov mengajar bahawa manusia itu hanya akan mula berfikir mengenai perkara-perkara yang dianggap sebagai “ideals” setelah keperluan asas nya dipenuhi, Allah mengajar bahawa hambatan untuk memenuhi keperluan asas itu satu ujian dari Nya untuk “mendekatkan diri” pada Nya. Seroang mukmin, kerana ia seorang penilai, sudah mula berfikir apabila ia membenarkan diri nya berfikir berpandukan Al-Furqan. Ia tidak tunggu sehingga “keperluan asas” nya dipenuhi kerana ia tidak tahu bila ia terpaksa kembali kepada Maha Suci untuk dipertanggungjawap.

Tindakan si Ali (penilai) yang sibuk bekerja untuk menyara kehidupan keluarga nya mungkin boleh di nilai sebagai “mengunakan harta nya ke jalan Allah”. Sebaliknya, tindakan si Ahmad (peminat) untuk menyara kehidupan keluarga nya mungkin boleh di nilai sebagai bukan ke arah jalan Allah. Dua-duanya sibuk berkerja tetapi kesan nya amat berbeza. Apa beza nya?

Perbezaan nya terlalu banyak untuk dihuraikan disini. Secara ringkas beberapa perkara boleh di fikirkan bersama. Seroang penilai tidak akan makan harta secara palsu (Quran 2.188, Quran 4.29), tidak akan menindas atau timbang kurang untuk menyara keluarganya (Quran 11:85 ). Pendekata, seorang mukmin kerana ia sentiasa menilai dengan akal dan fikiran yang dianugerahkan oleh Maha Suci, ia tidak akan menjadi ahli perut. Ia tahu bahawa hanya syaitan yang menjanjikan kemiskinan ( Quran 2:268). Ia yakin bahawa Maha Suci memberi keampunan dan pemberian.

Sebaliknya, seorang peminat hidup akan yakin dengan ketakutan kemiskinan yang di bisik oleh syaitan dan sanggup melakukan kesumbangan untuk menyara keluarga nya serta diri nya. Ia sanggup, sebagai contoh menindas pengguna dengan menaikkan harga barangan dengan begitu tinggi sekali melalui kaedah komisyen dan sebagainya. Hanya semata-mata untuk mempunyai tabungan dan keselesaan hidup untuk diri nya! Namun, Maha Suci berpesan bahawa bagi peminat hidup, harta serta anak-anak mereka tidak berguna bagi mereka (Quran 3.10).

Satu lagi perkara yang perlu saya sebut ialah: menjadi “penilai” bukan lah satu tahap “tinggi” atau "rendah" yang susah hendak dicapai. Jika ia nya mustahil untuk di capai, mustahil ada puluhan ayat dalam Al-Furqan yang mendesak dan mengajak manusia untuk menilai dan berfikir. Malangnya, kita yang telah menurunkan martabat manusia dengan mengatakan bahawa “payah untuk berfikir” atau “bukan semua orang boleh berfikir”. Perkara yang lazim telah di jadikan oleh syaitan sebagai satu perkara yang luar biasa. Memang peranan syaitan untuk songsangkan nilai-nilai. Maka ramai mengambil jalan keluar yang dianggap “senang” tetapi sebenarnya menzalimi diri sendiri.

Saya akhiri respon ini dengan firman Maha Suci yang bermaksud:

“Pergilah, dengan ringan dan berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”. (Quran 9:41).

Sekian. Sekadar berkongsi.

SALAM.

NOTA: Sila rujuk kepada teks Al-Quran yang asal untuk pastikan terjemahan diatas.

No comments: