Followers

Sunday, April 26, 2009

Adakah anda seorang “penilai” atau “peminat”?

Walaupun pun masing-masing yang hidup itu diberi kehidupan oleh Maha Suci, setiap orang membuat keputusan yang berbeza mengenai bagaimana mereka hendak kendalikan kehidupan itu.

Ada yang mengambil berat kehidupan mereka, ada yang mengambil ringan dan ada pula yang membiarkan kehidupan mereka berlalu begitu sahaja.

Apa sahaja keputusan yang dibuat, masing-masing menerima akibat tertentu ekoran keputusan yang di buat.

Bagaimana dengan orang mukmin atau orang yang percaya? Sudah tentu orang mukmin mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kehidupannya. Pertama sekali, seorang mukmin percaya dan sedar bahawa kehidupan nya adalah untuk Maha Suci. Kesedaran dan kepercayaan ini akan menjadikan beliau seorang penilai dalam kehidupan dan bukannya seorang peminat.

Seorang penilai akan menilai segala sesuatu yang di hadapinya atau dialami olehnya bagi menentukan bahawa kehidupannya diatur supaya “ia nya adalah untuk Maha Suci”.

Seorang peminat pula leka dengan kehidupan dan minat kepada tipuan dunia dan kesenangan sementara yang dikecapi oleh pancainderanya. Ia tidak akan menilai segala sesuatu yang didengar, lihat atau dirasa oleh nya. Ia akan terima segala yang dialami atau diingini oleh nya sebagai kebenaran tanpa sebarang penilaian.

Seorang mukmin adalah serorang penilai yang konsisten dimana ia akan menilai tindak-tanduk, pemikiran serta segala sesuatu berpandukan Al-Furqan.

Sekiranya orang mukmin itu tidak merujuk kepada Al-Furqan untuk menilai sesuatu, dari mana pula ia dapat pengukur nya? Kalau kayu ukur nya bukan Al-Furqan, sumber mana kah yang di percayai oleh nya? Apa kah setaraf Al-Furqan yang terus daripada Maha Suci dengan pandangan mana-mana manusia?

Adakah dikatakan orang itu beriman kepada Al-Furqan walhal ia tidak mahu atau tidak pernah merujuk kepada Al-Furqan dengan mata, hati dan akal nya sendiri?

Seorang peminat mudah meminati pelbagai perkara dalam kehidupan – kekayaan, kepandaiaan, benda, orang-orang terkemuka dalam pelbagai bidang, dan sebagainya. Ia menceburi dalam kehidupan dengan seluruh jiwa nya tanpa menilai.

Seorang mukmin menilai peranan pelbagai perkara dalam kehidupan nya. Ia menilai segala yang dilihat, dengar, dan dirasa kerana ia ,beriman bahawa segala ini akan diperanggungjawapkan kelak oleh Maha Suci. Ia mengunakan akal sejajar dengan apa yang di ajar oleh Al-Furqan.

Seorang peminat mudah taklid dan taksub kepada seseorang atau sesuatu.

Seorang penilai tidak pernah taklid dan taksub pada sesiapa atau sesuatu. Ia hanya beriman kepada Maha Suci dan berpandukan Al-Furqan.

Hanya sekadar berfikir - peminat atau penilai dalam hidup.?

Salam.

4 comments:

Mohd Asyaharim said...

Salam, article tuan amat bermakna, sering masa
menyebabkan diri saya
terleka akan peristiwa
yang berlaku dalam hidup.
Dari kecil di asuh bila besar cari kerja buat
duit. Kalau malas hidup
nanti susah.mana ada masa
Nak jadi penilai? Di mana salahnya
Dan dimana ubatnya?

Jahamy said...

Tuan Asyaharim,

Kata orang, tepuk dada tanya selera. Memang kita mempunyai sikap untuk leka, alpa atau lupa. Ini adalah sifat mencabar yang dimiliki oleh kita.

Sikap mencabar bererti sikap yang perlu ditangani atau diatasi, bukan nya disebatikan sebagai sikap utama diri. Orang yang menyangka diri nya "sentiasa leka" bukan orang alpa tetapi orang yang telah meminati hidup.

Namun kesedaran ini akan timbul hanya jika kita menggunakan tiga perkara dengan betul - akal, pemikiran dan bahasa. Saya percaya ini lah yang dsarankan oleh Al Furqan untuk mengelak kesesatan. Jika diizin Maha Suci, saya berniat untuk menghuraikan tiga perkara ini.

Salam -sekadar berkongsi.

Mohd Asyaharim said...

salam ustaz,
terima kasih atas jawapan tuan.dan terima kasih atas niat tuan tentang penghuraian lain di masa depan. saya sedar diri ini kurang tercabar untuk jadi penilai. saya masih struggle di tangga bawah maslow's theory of needs. macam mana saya nak jadi penilai bila saya sibuk bekerja untuk memberi makan keluarga. saya buat aktiviti kehidupan untuk hidup saya. Apa yang saya dapat jadi penilai? kalau menurut penerangan tuan tangga moral penilai jauh lebih tinggi dari peminat. Tapi apa kepentingan moral bila perut lapar? Adakah saya perlu takut kalau saya lupa, tuhan yg saya tak nampak akan marah dan seksa saya. sedangkan saya lupa kerana nak hidup? Tuhan ini juga bagi saya hidup. Kesedaran saya belum sampai tahap penilai masih di tahap ahli perut.Maaf kerana bangkitkan soal ini.
ps. menunggu article baru tentang ahli perut

Jahamy said...

Tuan Asyaharim,

bukan ustad Tuan, masih pelajar.