Followers

Tuesday, December 28, 2010

Adakah kita cuba memperlekehkan Tuhan 17 kali sehari?


Ahlul sunnah wal jamaah percaya bahawa sembahyang itu tiang agama.  Muslim di Malaysia adalah ahlul sunah wal jamaah. 

“Ibu Al-Quran”

Setiap hari kita sembahyang, kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari. Surah Al-Fatehah kerap diungkapkan sebagai “ibu Al-Quran” oleh sarjana-sarjana. Ungkapan ini diberikan kerana Al-Fatehah mempunyai makna yang begitu bererti bagi mereka yang cintakan Allah. Surah ini bukan sahaja boleh menggembirakan hati sipembaca tetapi pada hari-hari tertentu boleh tangiskan air mata kerana maksudnya mampu menusuk hati.  Ia juga mengandungi pedoman hidup yang sempurna bagi mereka yang mahu memahaminya dan mengambilnya dengan serius.

Tidak disangsikan langsung bahawa pengajaran yang terkandung didalam Al-Fatehah memadai sebagai pedoman lengkap untuk menjalani kehidupan dimuka bumi ini.

Dengan latar belakang ini, boleh lah kita kaji samaada di antara kita ada yang cuba memperlekehkan Allah melalui sembahyang samada secara sedar atau tidak.

Mencari Jalan - Peta

Jika anda hendak menuju kesatu tempat dan sesat jalan, apakah yang akan dilakukan oleh anda?

Kemungkinan anda akan cuba untuk mendapatkan peta jalan yang dapat memberi petunjuk kepada anda untuk membolehkan anda sampai kedestinasi yang dituju. Anda perlukan peta yang tepat dan boleh dipercayai kerana ia akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda untuk sampai destinasi.

Mungkin juga anda akan bertanya kepada seseorang arah yang betul. Adakah anda akan beri tumpuan kepada jawapan arah yang diberikan atau anda akan tanya dan berlalu tanpa mendengar jawapannya? Kemudian anda berjumpa dengan seorang lagi, anda tanya dan sebelum dijawab, anda berlalu. Katakan anda lakukan perkara yang sama kepada 17 orang. Adakah tindakan ini menunjukkan tindakan yang waras atau perbuatan gila. Mengapa tanya kalau kita tidak pentingkan jawapannya?

Bagaimana kalau kita tanya soalan yang sama sebanyak 17 kali pada seorang tanpa mahu mendengar jawapannya? Adakah kita ikhlas atau kita memperlekehkan orang yang ditanya?

Namun, setiap hari sebanyak 17 kali sewaktu sembahyang, kita bertanya atau berdoa kepada Tuhan:

 “Tunjukkilah aku jalan yang lurus” (ihdinas siratal mustakiim). 

Ikhlas kah kita dengan pertanyaan atau doa ini atau kita hanya secara upacara sahaja membaca ayat ini?

Mengapa bertanya kalau tidak mahu jawapan?

Apabila kita memohon kepada Tuhan supaya ditunjukki jalan yang lurus, tidak mahu kah kita jawapannya? Kalau tidak mahu, bagaimana mungkin kita begitu “berani” dan kurang ajar bertanya sesuatu yang kita tidak peduli jawapannya daripada Maha Pencipta?

Kalau kita mahu jawapannya, mengapa tidak kita berusaha untuk mencari atau “mendengar” jawapannya? Tuhan tidak pernah mengajar manusia buat perkara yang sia-sia. Jika kita dijaar untuk berdoa, jawapan nya sedia menunggu untuk mereka yang benar-benar mahukannya. 

“orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring dan memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, hindarilah kami daripada azab neraka” (Quran: 3:191).

Muslim beriman bahawa tidak ada sesuatu yang dicipta oleh Allah itu sia-sia dan semua ada peranannya. Ayat “ihdinas siratal muskatiim” itu diajar oleh Allah sendiri kepada kita dan oleh yang demikian sudah tentu jawapannya juga dibekalkan bagi mereka yang serius dan tidak memperlekehkan doa ini. Malangnya, kita telah diajar oleh beberapa “orang agama’ bahawa mengerjakan sembahyang tanpa mengetahui maknanya juga mendatangkan pahala. 

Maka tidak hairan bahawa sudah menjadi sebagai satu budaya dan sikap menebal untuk mengerjakan sembahyang tanpa mengetahui apa yang dibaca. Lantaran itu, kita mungkin tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah bertanya/meminta/berdoa kepada Tuhan untuk di tunjukki jalan yang lurus. Sudah tentu pertanyaan atau doa yang tidak mahukan jawapannya bukan lah doa yang ikhlas?

Tahu kah apa yang kita lakukan?

Kita bergegas untuk melakukan upacara sembahyang tetapi pernah bergegas kah kita  untuk memahami apa yang dilakukan? Tanpa pemahaman bolehkah sembahyang itu membantu kita kearah memahami Islam yang diturunkan oleh Allah kepada manusia?  Seharusnya sembahyang itu berperanan untuk memajukan diri kita sebagai Muslim dan Mukmin yang berguna didunia.

Dalam surah Al-Fatehah juga terdapat ayat-ayat berikut yang menyusuli ayat “ihdinas siratl mustakiim”:-

“Jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat”  (Surah Al-Fatehah ayat 7)

Maka, dalam surah Al-Fatehah, Allah telah mengenalpasti tiga jenis manusia iaitu:
-
a)      (1) Orang-orang yang disukai Allah;
b)      (2) Orang-orang yang dimarahi Allah dan;
c)       (3) Orang-orang yang sesat.

17 kali sehari orang yang sembahyang membaca Al-Fatehah, tidak kah mereka ingin tahu siapa kah atau apakah ciri-ciri tiga jenis orang itu? Bagaimana mungkin seseorang yang sembahyang bertahun-tahun tidak digerakkan hatinya untuk mengetahui siapa kah tiga jenis manusia ini? Apa kah bagi golongan seperti ini, surah Al-Fatehah gagal untuk menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri mereka? Atau adakah diri mereka sendiri sebenarnya tidak peduli asalkan ditunaikan upacara sembahyang – kulit tanpa isi?

Ada yang bergegas tidak mahu meninggalkan sembahyang tetapi tidak pernah berusaha untuk menyelidik siapa kah tiga jenis orang ini.  Bagi golongan seperti ini, menjalankan upacara sembahyang tanpa menghayati apa yang diucapkan memadai. Mereka merasakan mereka mendapat pahala dan tergolong dalam golongan orang-orang yang “mukmin”. Benarkah melakukan sesuatu tanpa pengetahuan memadai untuk mendapatkan “pahala” dan diktiraf sebagai orang yang beriman kepada Maha Pencipta? 

“Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya” (Quran: 17:36).

Jika pengetahuan mengenai apa yang dilakukan tidak perlu maka, setiap orang tanpa mengira agamanya yang melakukan upacara-upacara agama adalah seorang yang beriman serta mendapat pahala. Pengetahuan dan pemikiran atau penilian mengenai apa yang dilakukan mampu meningkatkan keimanan berbeza dengan beriman secara buta tuli. Ada perbezaan yang amat besar diantara mereka yang beriman secara buta tuli (walau dirasa seikhlas mana pun) berbanding dengan mereka yang beriman setelah menguji atau menilai kepercayaan mereka.

“Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami beriman", dan tidak akan diuji?” (Quran:  29:2).

Tiga jenis Manusia – Dimanakah mereka?

Berbalik kepada surah Al-Fatehah, pada saya, Allah telah menyatakan kewujudan tiga golongan manusia yang boleh dijadikan sebagai contoh ikutan dan tolakan. 

Apabila Allah sendiri memberikan kita pengetahuan mengenai tiga jenis manusia ini, tidakkah kita yakin bahawa Allah seterusnya akan memberikan kita contoh atau ciri-ciri manusia sedemikian? Dimanakah kita hendak cari “idola” yang boleh dikuti dan contoh manusia yang boleh kita tolak? Sebenarnya bagi mereka yang mengambil sembahyang mereka itu lebih daripada upacara untuk mengejar pahala, mereka akan sedar bahawa Al-Quran itu memperjelaskan lagi ayat Al-Fatehah.

Maka Kami menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus”. (Quran: 24:46).

Sembahyang seharusnya mendorong mereka yang melakukannya untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Malangnya, kita sudah lazim dengan pelbagai alasan untuk tidak mesra dengan Al-Quran terutama untuk memahami isi kandungannya. Gejala menakutkan yang semakin menjangkit umat Muslim ialah mendelegasikan hal-hal agama kepada kumpulan yang mereka anggap sebagai pakar agama tanpa penilian atau pemikiran sendiri.  Melalui “shortcut” ini, mereka cuba melepaskan tanggungjawap mereka kepada Allah. Tidak sedar kah Muslim bahawa masing-masing memikul tanggungjawap masing-masing?

“Katakanlah, "Apakah aku akan mencari satu pemelihara, selain daripada Allah, pada hal dia adalah Pemelihara segala sesuatu?" Dan tidaklah tiap-tiap diri mengusahakan melainkan untuk dirinya sendiri; dan tidaklah seseorang yang berdosa akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu memperselisihkan”. (Quran:  6:164).

Mereka begitu yakin dengan ulama, ustad atau sarjana-sarjana ini sehingga mereka tidak pernah terfikir bahawa kumpulan ini tidak akan membela mereka dihadapan Allah nanti. Masing-masing tanggung dosa masing-masing.

"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, sebagaimana Kami menjadikan kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan dibelakangmu (duniamu) apa yang Kami mengurniakan kepada kamu. Kami tidak melihat bersama kamu penolong-penolong kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu Allah. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah hilang daripada kamu." (Quran: 6:94).

“Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham”. (Quran: 2:242)

Memang saya akui dan hormati usaha ulama agama dan sarjana ikhlas yang memikirkan dan mengupas ayat-ayat Allah untuk pemahaman manusia lain. Saya juga akui peranan sahih yang dimainkan oleh ulama agama dan sarjana-sarjana. Namun begitu, mempercayai segala yang diucapkan oleh mereka tanpa usul periksa oleh diri kita sendiri samalah seperti beriman kepada mereka dan oleh yang demikian kita menyekutukan mereka bersama Allah.  Jika pemikiran saya tersilap dalam hal ini, harap kemukakan hujahan balas supaya kita saling belajar. 

Maka, mereka yang sembahyang serta membaca Al-Fatehah sebanyak 17 kali sehari harus bertanya sama ada mereka serius dengan doa yang diajukan kepada Allah. Tindakan susulan mereka dapat mendedahkan sama ada mereka serius atau pun tidak. Lebih baik pendedahan pedih yang awal di dunia daripada hukuman pedih buat selama-lama nya nanti.

Ringkasnya, tiga contoh manusia yang disebutkan dalam Al-Fatehah itu diperjelaskan didalam Al-Quran dengan begitu detail sehingga tidak timbul sebarang keraguan mengenai ciri-ciri manusia-manusia ini. Mereka yang sebenarnya ikhlas dengan doa “siratal mustakeem” akan begegas untuk mencari identiti tiga golongan manusia ini dalam Al-Quran. Itu pun, kalau mereka benar-benar cintakan Allah dan bukan mengambil agama sebagai satu warisan budaya turun temurun.

"(yaitu) orang-orang menjadikan agama mereka sebagai senda gurau, dan mainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari  (Kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka telah melupakan pertemuan dengan hari ini, dan mereka mengingkari ayat-ayat Kami”. (Quran: 7:51).

Salam.

[NOTA: Sila rujuk Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki/meminta sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan nya di dalam artikel ini. Sebaliknya, penulis alu-alukan sebarang pandangan yang membantu.]

12 comments:

tolokminda said...

Salam tuan,

Mereka mengulangi permohonan supaya Tuhan memberi mereka petunjuk 17 kali sehari. Sebenarnya Tuhan sudah pun memberi banyak petunjuk kepada mereka dalam bentuk kitabNya iaitu Al-Quran dan semua ciptaan Tuhan yang terbentang di hadapan mereka termasuklah kejadian diri mereka sendiri. Tetapi adakah mereka pernah berusaha memikirkannya? Tidak. Mereka hanya menurut apa yang mereka lihat bapa-bapa mereka lakukan.

Juang said...

Ciri-ciri orang yang Allah sukai;

- membersihkan diri rohani dan jasmani (2:22,9:108).

- berlaku adil (60:8,5:42)

- bertakwa (9:4,9:7,3:76)

- berbuat kebaikan (5:93,5:13,3:148)

- bertawakal kepadaNya (5:3:159)

- sabar (3:146)

Nota: Bertakwa bermaksud orang yang takut untuk berbuat kejahatan biarpun tiada manusia lain melihat dirinya kerana merasakan Allah Melihat dirinya setiap masa. Merupakan seorang yang jujur dan amanah (boleh dipercayai).

Jahamy said...

Tolokminda,

Salam. Amat setuju. Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani setiap saat memberi petunjuk dalam kehidupan seharian. Petunjuk akan jelas jika kita membaca Al_Quran yang "membuka rahsia" petunjuk2 ini.

Raeliti hukum alam jelas dijelaskan dalam Al-Quran dan pemahanan itu sahaja boleh menjadi petunjuk yang besar.

Juang,

Terima kasih atas peringatan.

Salam.

Juang said...

Salam,

Perlekehkah Tuhan itu bukan sahaja pada doa "tunjukilah kami pada jalan yang lurus" itu, malah pada menyebut asma Tuhan iaitu "Yang Pemurah dan Yang Penyayang".

Di antara tanda-tanda Pemurah dan Penyayang Tuhan adalah diberinya kita akal untuk mencari kebenaran dan memikirkan Al Quran. Alih-alih selalu kita dengar golongan yang mohon petunjuk 17 kali sehari itu mengatakan dalam Islam (atau agama) tak boleh guna akal.

Allah Pemurah mengurniakan ilmu kepada manusia. Allah Penyayang memberi ilmu kepada manusia agar tahu menempuh hidup dengan cara yang selamat. Tetapi kalau tidak guna akal, macam mana Allah nak beri ilmu tersebut?

pathfinder said...

salam,

ingin berkongsi sdkit:
setahun yg lalu sy bertukar dari berdoa dgn doa lazim yg dihafal dari buku kepada doa sndri
maka ianya dlm bahasa melayu dan ringkas (sbb sy krg setuju dgn semata2 menghafal dan melagukan doa2 lazim)
antara yg utama adalah berilah petunjuk agar menjadi hamba yg beriman dah ahli syurga selain dari mohon rezki.

sy bersyukur dan yakin Allah telahpun memberi petunjuk
sehingga sy membaca artikel ini dan berkongsi pula disini hari ini.

jadi sy amat setuju dgn kepentingan keikhlasan ketika memohon sesuatu.
dan yg lebih penting adalah sentiasa menyedari akan diri sndri (perlakuan,percakapan, etc)
kerana bila kita memaksudkan sesuatu dan menyedari barulah ia bermakna.

sekadar pandangan.

di kesempatan ini juga ingin sy bertanya cara saudara sekalian bersolat (sebagai rujukan sahaja bukan untuk diikut kerana sy smmgnya faham dan setuju ttg konsep merujuk kepada Al-Quran masing)

sy kini solat berbahasa melayu dan memohon segala apa yg sy inginkan.
masih ingin menimba ilmu dalam kembara sy mempelajari Quran.

#note: inign menimba ilmu, saudara boleh untuk tidak menyiarkan atau memadam sebahagian comment sy, yg sy inignkan adalah sedikit pendapat kerana sy masih mencari. TQ.

Jahamy said...

Pathfinder,

Salam. Sepanjang pemahaman saya, ada lah penting untuk memahami apa yang di perkatakan oleh kita ketika bersolat. Surah Annisa ayat 43 adalah jelas:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menghampiri solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun".

Pada saya, bahasa Arab mempunyai suatu kelebihan kerana ada beberapa perkataan dan konsep yang tidak dapat diterjemahankan secara tepat kedalam bahasa lain.

Juang said...

Salam,

Perubahan yang saya alami juga sama seperti yang saudara Partfinder alami iaitu mula berfikir yang solat dan berdoa kena dalam bahasa yang kita fahami. Walaupun mulanya terasa janggal kerana sudah dibiasakan beritual begitu dalam bahasa Arab, tetapi lama ke lamaan datang keyakinan untuk membaca dalam bahasa yang saya faham.

Teruskan saudara meneroka Al Quran. Allah tahu segala niat hati kita. Jika kita benar-benar hendak mencari kebenaran, bukankah Allah mudah sahaja hendak pimpin kita kepada erti Al Quran yang sebenar sebab Dia tahu apa yang ada dalam hati itu?

Yang pentingnya jangan takut dan malas berfikir. Selalu menyoal apa yang kita amalkan selama ini supaya kita tidak termasuk dalam golongan menurut membuta-tuli.

atehac said...

Salam Jahamy

Saya dah beli buku saudara. Sudah lama mencari buku seperti ini dalam BM selepas buku Aidid Safar (Mental Bondage). Suka dengan pendekatan saudara. Walaupun terbitan 2006, ia tetap relevant selagi masih ada yang pentingkan 'kulit' dan menjadi pak turut. terima kasih.

Anonymous said...

visit www.freemalaysiakini.com

it's free update daily

Jahamy said...

atehac,

Terima kasih dan harap buku itu berguna.

salam.

Jahamy said...
This comment has been removed by the author.
Ipoh said...

Salat - Mathematical Structure see article at http://www.submission.org/salat19.html

Code 19. HARAM kata mereka yang berkuasa....

Rakaat 24434=1286x19
(1+2+8+6 = 17).

Bila baca Fateha, bibir terkatup 19 kali bila sebut "baa" dan "mim"

Banyak lagi butir-butir dalam artikel diatas.