Followers

Saturday, November 27, 2010

Sikap meremehkan penggunaan akal dan fikiran kejayaan Iblis?

Image thanks to here.


Saya kira sudah terlalu ramai yang telah di pengaruhi dengan sikap romantis bahawa mempercayai sesuatu secara buta tuli atau tanpa usul periksa menampakkan “tahap keimanan yang tinggi”. Kita sudah menjadi masyarakat yang memuliakan sikap tidak berfikir sehingga kita menginstitusikannya.

Ada yang bertanggapan bahawa didalam soalan kepercayaan atau akidah, pengunaan minda harus diketepikan.  “Bertanya dan menyoal boleh menyesatkan”, dakwa mereka tanpa mengira bahawa kesan percaya tanpa asas yang difahami samalah seperti tidak percaya.  Golongan anti-berfikir ini tidak memahami bahawa ada manusia dikalangan mereka yang jiwa mereka “terlalu cinta” kepada Maha Pencipta maka mereka cenderung untuk bertanya dan menyoal. Lagi pun, bagaimana kita tahu apa yang kita percaya itu benar jika kita hanya mempercayai nya tanpa memikirkan mengenai nya?

“Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku mempunyai perbendaharaan Allah dan  tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku seorang malaikat; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka apakah kamu memikirkan (nya)?" (Quran: 6:50)


Mereka juga tidak mengira bahawa “asas kepercayaan” yang digunakan itu juga harus lah asas yang berdasarkan ilmu benar, nas-nas serta mampu mempertahankan diri daripada serangan hujah balas.  Sekiranya “keimanan” itu diukur berdasarkan kepercayaan semata-mata tanpa asas yang kukuh, kita terpaksa mengaminkan pendapat orang yang percaya bahawa lembu makan daging dan harimau makan rumput. Jelas pemikiran sedemikian memaksa kita menolak hukum alam atau tanda-tanda yang jelas ditunjukki oleh Maha Pencipta. Namun, ini lah yang berlaku kepada mereka yang sengaja meremehkan penggunaan akal dan pemikiran diatas nama agama.

Menolak peranan akal sama sekali sudah tentu usaha untuk membantutkan perkembangan manusia kerah menjadi “insan kamil”. Apabila kita membuang peranan akal, kehidupan kita akan dicorak oleh emosi, kepercayaan karut marut dan, tahyul, Sebagai contoh, ramai yang percaya kepada ilmu kebal, ilmu santau dan sebagai nya. Namun mereka ini tidak pernah bertanya: kalau kita ada ilmu-ilmu ini, mengapa kita tidak dapat kalahkan Amerika Syarikat dengan ilmu-ilmu ini? Apa guna nya kita begitu risau dengan ilmu nuklear? Santau dan jampi sahaja kesemua askar-askar Amerika dan kita akan menjadi jaguh dunia! Begitu juga kita boleh menyelamatkan rakyat Palestin yang merana dengan “ilmu ilmu sihir” yang kita amat minat percaya – boleh mengalahkan Negara Israel yang amat kecil. (Saya tidak menafikan mengenai kisah-kisah “ahli sihir” dalam Al-Quran dan ini boleh dibincang dalam artikel yang lain, jika diizin Maha Pengatur).

“Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas jalan yang benar daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada buhulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus; Dan Allah Mendengar, Mengetahui”. (Quran: 2:256)

Saya pernah bertemu dengan seorang individu yang dianggap sebagai cerdik pandai agama dalam masyarakat kita yang berhujah dengan saya begini: “Awak jangan terlalu taksub dengan akal dan logik. Kalau Allah kehendaki, api itu boleh menjadi air. Bukankah “kun faya kun?.

Saya berbalas: “Memang Allah berkuasa diatas segalanya dan mampu buat segala apa yang di kehendaki olehNya. Memang Allah mempunyai kuasa ‘kun faya kun’. Memang juga api boleh bertukar menjadi air tetapi apabila ia berlaku, ia akan berlaku mengikut teknoloji yang difahami manusia dan bukan magik seperti yang cuba dihujah oleh Dr. Allah telah menetapkan hukum alam sejak azali dan manusia terpaksa menghadapi ujianNya dalam gelanggang yang siap sedia tanpa peraturan baru yang tiba-tiba wujud. Keyakinan buta tuli tidak dapat menukarkan kuasa tarikan bumi (gravity) kecuali berlaku perubahan struktur alam menurut fenomena “cause and effect. Hakikatnya Dr, Sunnah Allah tidak akan berubah. Dalam penggunaan akal dan logik, kita harus tahu batasan dan kelemahan proses pemikiran tetapi jangan menidakkannya".

"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlalu sejak dahulu,  kamu  sekali-kali tiada akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnat Allah itu". (Quran: 48:23)

Saya berpendapat, fakta sebenarnya ialah: mereka sendiri yang malas mahu berfikir dan menggunakan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan kecacatan mereka. Saya bertemu ramai “cerdik pandai” yang mengumpul dan menghafal banyak fakta dan ilmu secara burung kakak tua tanpa memikirkan apa yang mereka diajar. Menurut adat istiadat masyarakat kita, apabila seorang itu melalui suatu pengajian, kita mengesahkan perkara itu dengan memberi nya segolong kertas yang diistilahkan sebagai “ijazah” atau “sarjana” atau “Ph.D”. Pengesahan melalui kertas ini disalah anggap oleh masyarakat ini sebagai melambangkan yang empunya kertas itu seorang yang mampu berfikir, atau cerdik pandai. Memang dia orang yang berilmu iaitu ia berilmu dalam apa yang diajar kepada nya. Samada ilmu itu sesuatu yang betul, dan berasas adalah persoalan yang boleh dipertikai.

Memandangkan mereka ini malas berfikir, mereka merasakan diri mereka itu “inferior” apabila berhadapan dengan mereka yang berfikir dan mampu mencabar pendirian mereka yang tidak berasas.  Cabaran terhadap pendirian mereka yang tidak berasas itu di salah anggap sebagai kritikan pada diri mereka dan lantas itu, mereka seringkali bertindak balas secara tidak berilmiah atau emosional. Atau pun mungkin mereka itu sombong dan bongkak dengan ilmu yang dipelajari oleh mereka lantas mengangkat diri sebagai “pakar” atau “cerdik pandai”. Sekiranya kumpulan ini berkuasa, mereka akan memaksa orang lain dengan ketakutan hukuman untuk menerima kepercayaan serta fahaman mereka tanpa berfikir atau menilai seperti yang dilakukan oleh Firaun.

“Firaun Berkata:, "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan didalam kota ini untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya. Maka kelak  kamu akan mengetahui (akibat perbuatan ini)!” (Quran: 7:123)

Orang bodoh tidak melatah bila mendengar pandangan yang berbeza. Orang yang ikhlas menganggap diri nya bodoh mempunyai sikap yang mulia mahu belajar. Malangnya, orang yang bodoh sombong amat cepat melatah kerana ia tidak mampu lagi atau enggan untuk belajar. Ini adalah kerana ia tidak mahu ilmu atau kepercayaan nya dikritik. Ia menganggap kefahamannya atau kepercayaan nya itu betul secara muktamad. Maka ia dibelenggui oleh ego atau kesombongan. Sikap apakah yang mengelincirkan Iblis daripada Taman kalau bukan kesombongan?

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman pada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan, dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”. (Quran: 2:34)

Apa yang berlaku pada seorang individu, juga diterjemahkan secara kumpulan. Maka, golongan yang tidak berfikir atau tidak mahu berfikir sering bersatu sebagai satu kumpulan. Mereka selesa dengan tahap pemikiran yang rendah diantara mereka. Malangnya, “defence mechanism” yang ada pada diri manusia itu tidak membenarkan diri mereka untuk mengetahui bahawa tahap pemikiran mereka adalah rendah. Sebaiknya, mereka akan merasakan diri mereka itu adalah betul dan yang tidak setuju dengan mereka itu akan dituduh sebagai “terlalu mengunakan akal atau logik” atau “nak tunjuk pandai” atau “Tak payah la nak fikir panjang-panjang….”. Sikap sedemikian bertujuan untuk tidak membenarkan mereka yang mahu berfikir untuk berfikir.

Apabila keseluruhan masyarakat sudah membudayakan sikap tidak mahu berfikir, seorang individu yang mahu berfikir serta mengajak orang lain berfikir akan dianggap sebagai pengacau keamanan atau penggangu. Ia akan disifatkan sebagai seekor lalat yang harus dimatikan. Selanjutnya juga, apabila masyarakat sedemikian sudah sepakat dalam satu fahaman, mereka akan menganggap fahaman ini sebagai benar diatas hujah “tidak mungkin ramai boleh salah” ! Mereka tidak pernah memikirkan bahawa fahaman yang ramai itu lahir daripada kegagalan untuk berfikir dan ianya diterima sebagai benar turun temurun sebagai tradisi.

“Mereka menjawab, "Tidak, sebenarnya kami mendapati nenk moyang berbuat demikian." (Quran: 26:74)

Ibrahim Berkata, "Maka apakah  kamu telah memikirkan apa yang kamu selalu sembah?, (Quran: 26:75)

“Kamu dan nenek moyang kamu yang terdahulu?” (Quran: 26:76)

Al-Quran itu sendiri memberi petunjuk kepada fenomena ‘mass belief’ atau kepercayaan massa yang dikaji oleh pakar-pakar saikoloji moden. Tidak kira samada orang itu beragama Islam, Hindu, Christian, Buddhist dan sebagai nya, saya percaya kebanyakan mereka tidak pernah pun mengkaji asas kepercayaan mereka apatah lagi menilai kitab masing-masing. Masing-masing menerima dan “mempercayai” ajaran-ajaran agama masing masing yang disampaikan oleh ibu bapa atau “cerdik pandai agama masing-masing tanpa merujuk kepada kitab atau sumber induk agama masing-masing. Ini lah yang dikatakan sebagai kesan “the phenomenon of mass belief”.

Dan jika engkau turuti kebanyakan orang-orang di bumi, niscaya mereka menyesatkanmu dari jalan Allah; Mereka tidak lain hanyalah menurutkan sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah membuat kebohongan semata-mata”. (Quran: 6:116)

Bagi seorang Muslim yang berjinak dengan Al-Quran, fenoma ini tidak menghairankan nya kerana ia telah pun diwahyukan dalam surah Al An’am ayat 116. Sebaliknya, pengetahuan mengenai kecenderungan manusia kearah fenomena inilah, antara sebabnya ia akan menyelidik dan berusaha memahami inti AL-Quran supaya ia mendapat petunjuk. Kalau pun orang yang bercakap pada beliau itu dianggap sebagai “ulama yang dikagumi ramai”, ia tetap akan merujuk kembali kepada Al-Quran untuk mengesahkan apa yang didengar. Ini adalah kerana Muslim beriman kepada Maha Pencipta dan bukan kepada manusia. Lagipun, kalau kita akui bahawa orang ramai memang tidak mengkaji Al-Quran serta tidak mahu berfikir secara mendalam, bagaimana mereka yang tidak boleh befikir mampu mengiktiraf orang lain sebagai “ulama yang dikagumi”?!

Saya dapati bahawa dari kecil lagi kita telah menanamkan sikap tidak perlu berfikir dalam diri anak-anak kita. Walaupun banyak contoh, saya berikan satu contoh disini.

Saya sendiri telah “khatam” Al_Quran dua kali apabila saya sampai umur 14 tahun. “Khatam” yang dimaksudkan disini ialah habis melagukan keseluruhan Al-Quran tanpa memahaminya! Apabila kita mengatakan “anak saya mengaji Al-Quran, kita sebenarnya bermaksud “anak saya belajar membaca Al-Quran tanpa memahaminya”. “Mengaji” tidak bermakna “meng-kaji”! Jarang sekali kita melangkah ketahap seterusnya untuk membolehkan anak-anak kita mengkaji atau memahami isi kandungan Al-Quran. Maka, dari awal lagi kita menanamkan sikap dalam anak kita bahawa membaca tanpa memahami adalah perbuatan yang baik dan dipuji. Pemahaman memerlukan pemikiran, maka dari awal lagi kita tanam sikap bahawa membaca tanpa berfikir pun adalah sikap yang baik.

Harian kah kita apabila kita menjadi dewasa yang sudah menjadi seperti “sponge” yang menerima “ilmu” tanpa berfikir dan menilai?

“Dan jangan lah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan disoal” (Quran 17:36)


Salam.

[NOTA: Sila rujuk Al-Quran masing-masing dan penulis tidak mengkehendaki/meminta sesiapa pun untuk bersetuju dengan pandangan nya di dalam artikel ini. Sebaliknya, penulis alu-alukan sebarang pandangan yang membantu.]

11 comments:

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Yang menjadi masaalah sekarang ini ia lah, apabila kita mula berfikir dan bertanya, kita akan dapat tahu siapa yang bercakap benar dan sebalik nya. Ia akan jadi MASAALAH KEPADA SATU PIHAK !!!!!

Anonymous said...

Syabas Bro Jay for this very well articulated article.

It's time that those who look up seriously to applying logic and thoughts in their quest to seeking the absolute TRUTH as far as the true meaning of ISLAM is concerned, get out from being in the herd. Then only, one can see, reflect, read the "sign", with the quran as the beacon of light to enlighten our soul that there is no other god but Allah.

Anonymous said...

Ada kalanya seseorang itu tidak mahu bertanya kerana takut dilihat seperti tidak cerdik. Inilah masalah masyarakat kita terutamanya orang Melayu. Walaupun mereka tahu - malas bertanya sesat jalan.
Persoalannya kini, bagaimanakah kita harus keluar dari sikap meremehkan penggunaan akal dan fikiran ini?
Adakah sistem pendidikan kita hari ini membantu ke arah meningkatkan penggunaan akal dan fikiran para pelajar?

Juang said...

"Jahamy: Lagipun, kalau kita akui bahawa orang ramai memang tidak mengkaji Al-Quran serta tidak mahu berfikir secara mendalam, bagaimana mereka yang tidak boleh befikir mampu mengiktiraf orang lain sebagai “ulama yang dikagumi”?!"

Hanya jauhari mengenal manikam.

Saya tertarik dengan kata-kata saudara Jahamy ini. Benar, jika sekumpulan manusia itu tidak mengkaji Al Quran, macam mana mereka boleh menilai apa yang "ulama" itu kata adalah benar? Sudah pasti pengiktirafan mereka itu tidak laku di sisi Allah sebab Allah Mengetahui Al Quran yang Dia turunkan sedangkan mereka tak mahu memahami Al Quran.

Bila kita mengkaji Al Quran menggunakan akal, pasti kita akan jumpa jawapan yang sama. Ini kerana Al Quran itu selari dengan logik. Dan yang menetapkan logik-logik di alam semesta ini adalah Allah. Kalau manusia itu tolak logik, bererti mereka tolak Allah.

Tetapi walau macam mana mereka sombong dengan logik, mereka tak boleh hidup tanpa oksigen kerana Allah telah tetapkan aturan logik yang manusia memerlukan oksigen untuk hidup.

Cuba suruh mereka tahan nafas, kalau benci sangat pada logik itu. Boleh tak mereka terus hidup tanpa mengikut logik?

Jika hendak bernafas pun mereka kena tunduk pada logik, jadi janganlah nak berlagak menolak logik dalam seluruh kehidupan.

Anonymous said...

Saya tertarik dgn tulisan saudara:-

“Awak jangan terlalu taksub dengan akal dan logik. Kalau Allah kehendaki, api itu boleh menjadi air. Bukankah “kun faya kun?.

Memang api boleh bertukar menjadi air. Air dalam bahasa kimia dipanggil H20. Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen akan membentuk satu molekul air.

Dalam teknologi Space Shuttle NASA, terdapat 2 jenis bahan api yg digunakan iaitu Roket Pepejal dan Hidrogen Cecair.

Pada kapal angkasa pengorbit seperti ATLANTIS, dibawahnya terdapat 3 enjin utama yg menggunakan gas hidrogen sebagai tujahan. Oksigen digunakan sebagai pengoksida. Kedua-dua hidrogen dan oksigen disimpan di dalam tangki utama (berwarna oren) dan diambil dari ar laut.

Air laut dielektrolisiskan utk memisahkan hidrogen dan oksigen kepada dua fragmen berbeza dan dimampatkan ke dalam bentuk cecair.

Ketika perlancaran, 3 enjin utama ATLANTIS akan membakar hidrogen dengan oksigen sebagai pengoksidanya. Maka terhasillah satu tujahan yg kuat utk memecut ke atas.

Atom-atom hidrogen dan oksigen yg bercampur akan terbakar dan akan membebaskan tenaga. Atom2 ini akan kehilangan tenaga dan seterusnya bertukar menjadi molekul air iaitu H20.

Api (hidrogen yg terbakar) memerlukan udara (oksigen) lalu membentuklah wap air (h20).

Pemahaman manusia terhadap sains sentiasa berubah. Malangnya masih banyak golongan terutamanya Melayu yg malas berfikir seterusnya malas mengkaji.

Mereka masih percaya bahawa apa yg mereka percaya sejak kecil itulah kebenaran yg nyata.

Golongan yg malas berfikir seperti ini percaya semua yg datang dari tanah arab itu adalah Islam.

-017-3883020-

Juang said...

Kalau zaman dahulu ada yang mengatakan besi boleh terbang, sudah pasti ramai yang tidak percaya. Tetapi sejak manusia memahami peraturan alamiah yang membenarkan sesuatu objek itu boleh terbang meluncur seperti burung, ia bukan suatu yang di luar jangkauan akal.

Ini menunjukkan keupayaan akal manusia menerokai hukum-hukum alam yang menyeliputi kehidupan manusia akan mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan.

Cuba kita renungkan, dalam keangkuhan ramai golongan agama kepada logik, ketika mereka hendak pergi ke Mekah, mereka akui kelogikan menaiki kapal terbang, daripada menunggu Tuhan bawakan mereka terus ke tanah Arab itu secara "kun fa ya kun".

Kenapa pada keadaan itu boleh pula mereka akui kelogikan kapal terbang?

Anonymous said...

Very insightful post. I concur with the thinking.

Unknown said...

Bila Saudara mention pasal ..."Saya bertemu ramai “cerdik pandai” yang mengumpul dan menghafal banyak fakta dan ilmu secara burung kakak tua tanpa memikirkan apa yang mereka diajar.

Maintaining the Status Quo: A Human Tragedy
[2:170] When they are told, "Follow what GOD has revealed herein," they say, "We follow only what we found our parents doing." What if their parents did not understand, and were not guided?
[2:171] The example of such disbelievers is that of parrots who repeat what they hear of sounds and calls, without understanding. Deaf, dumb, and blind; they cannot understand.

http://www.submission.org/suras/sura2.html#170

Juga ...Saya sendiri telah “khatam” Al_Quran dua kali apabila saya sampai umur 14 tahun. “Khatam” yang dimaksudkan disini ialah habis melagukan keseluruhan Al-Quran tanpa memahaminya!

Ingat masa saya kecil dulu, diajar junjung Quran...

[62:5] The example of those who were given the Torah, then failed to uphold it, is like the donkey carrying great works of literature. Miserable indeed is the example of people who rejected GOD's revelations. GOD does not guide the wicked people.

http://www.submission.org/suras/sura62.html#0

ria shah said...

if you want to explore on another interesting view abt the brain and much more, check out this interesting blog ahmedhulusi.org. i know the thinking and writing of this incredible man has somewhat enlightened me.

Dr Habiba said...

Thinking use up more energy that mere memorization. Therefore people shy away from thinking as it make them tired mentally and physically...

But only thru thinking any society can survive. I guess same in religion, we have to think abt our religion, not just memorize it

Mu6eb said...

Thinking use up more energy that mere memorization. Therefore people shy away from thinking as it make them tired mentally and physically...

But only thru thinking any society can survive. I guess same in religion, we have to think abt our religion, not just memorize it